Ahad, November 16, 2014

Kamera yang best dan cool

Assalamualaikum........

Tiba-tiba terfikir nak up entri pasal kamera aku yang di pakai sejak tahun 2011 ni. Dah berumur 3 tahun la kat tangan aku. Di jadikan sebagai salah satu hantaran masa aku kahwin. Kami berdua yang pilih kamera ni.

Pada mulanya aku bincang dengan tunang (suamiku sekarang ini), nak beli kamera ala-ala pro untuk rakam saat kami nikah dan sanding semua tu. Then minta tolong adik yang capture momen-momen indah kami tu. Ini kerana kami nak jimat duit upah jurugambar. Konon nak beli yang macam pro punya kamera la. Brand nikon yang glamer tu la. At least kami boleh pakai kamera tu selepas selesai di pakai untuk shoot hari indah kami. Sebab bila di kira-kira harga pakej jurugambar dan kamera pro yang baru adalah lebih kurang. Ala.. orang kata sekali seumur hidup, apa nak berkira sangat..!! Yes!! Memang aku berkira. Berhabis hanya untuk 1-2hari tu je? Oh no no jawab aku. Dan kalau tak bernasib baik, gambar kau tu berbulan tukang jurugambar perap hokey. Kes macam ni aku pernah dengar.

Satu hari kat klcc ada buat pc fair kalau tak silap. Selain pc dan laptop, ada jugak gajet lain. Masa tu kami survey dan tersinggah satu kedai ni. Tak ingat pulak memang kedai barang nikon sahaja atau kedai campur-campur brand. Sorang mamat chinese ni yang layan kami. Dia tanya aku cari apa, yang macam mana, untuk apa? Buntu jugak la masa tu kan. Bajet of coz dah fikir awal-awal. Aku sebenarnya nak utamakan yang boleh ambik gambar dan video cantik! Mesti dua option ni cantik. Then dia suggest kamera ni. Brand NIKON, COOLPIX S8100. Gambar bawah ni. Warna gold. 





Aku sangat tertarik dengan kamera ni sebab video dia cantik tu! Dan patutla cantik sebab dia FULLHD. Boleh fokus sampai 10 kali. Harga? Toksah cakap la. Jauh rendah dari bajet aku. Masa tu tahun 2011 aku beli dalam RM 800 plus gitu. Murah dan sangat berbaloi. Hasil yang dapat sampai ke hari ni tak pernah mengecewakan. Aku boleh fokus ambik video dari jarak jauh. "Rileks arr beb...gua rakam dari belakang je,tak payah berhimpit-himpit dengan korang". Hahahaha. Tapi tak la sampai sejauh 1km kan. Bohong nau tu. Kihkihkih.

Tapi kan... semasa majlis aku tu, kamera ni jadi second back-up je. Dapat la ambik gambar banyak ye tak. Rupanya adik aku beli kamera baru dah dekat-dekat tu. Terharu aku siot. Sanggup dia beli kamera baru jenis jurugambar pro pakai untuk ambik gambar di majlis indah aku tu. Rezeki aku la kan. Tapi start situ gak aku rasa dia dah mula makin pro ambik gambar (ada ambik upah job photographer jugak kalau tak silap) dan start bisnes kamera terpakai. Alhamdulillah.. kalau jadi permulaan baik untuk dia.   

Ah..kecoh la kau yana, orang sekarang mana pakai kamera da. Henfon canggih, snap la pakai kamera. Hmmmm....aku selesa pakai berasingan. Henfon is henfon, kamera is kamera. So tak risau pasal bateri. Lagi-lagi kalau ada special function. Semalam baru je rakam detik indah anak buahku zara, hari konsert dan graduation pra-sekolah dia. Umur dia tahun ni da 5 tahun. Cepat masa berlalu. Dia menari lagu Arjuna Beta. Hahaha. Tersentuh hati aku, macam tengok anak sendiri pulak. Dah besar my sweet baby girl ni. :) 

So pada yang tengah consider nak beli kamera aku suggest yang ini. Sangat best! Entri ni tidak berbayar ye. Best sebab boleh zoom jauh dan video dia cantik. Bateri pun ok. Before pakai tu kena cas penuh la kan, then jangan la lepas snap satu nak tengok. Kalau gitu memang la makan bateri tak gitu. Banding sebelum ni pernah pakai kamera brand apa tah, kaler hitam. Gila makan bateri.

Banyak jasa kamera ni pada aku. Dari start aku kahwin sampai la asif da umur 2 tahun lebih ni. Banyak sangat gambar dan video yang di rakam sewaktu melalui detik-detik indah hidup aku. Sayang kamera cool...be with me for a long time okey... Hihihi.

Ok tu je. adios. Wassalam... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan