Isnin, April 29, 2013

Tumbuh gigi pertama dan mitosnya

Assalamualaikum....

Di kala usia anak aku mencecah setahun sebulan barulah gigi pertama dia atau boleh di panggil gigi susu dia muncul. Sebatang. Belah atas, kiri. Agak lambatkan? Ini aku buat perkiraan dari anak-anak kawan-kawan aku yang umur sebaya dengan anak aku, anak dia orang dah dalam 4-5 batang gigi ada.

Mak aku lah yang tegur dan beritahu aku pasal gigi dia dah tumbuh satu kat atas. Hehe nampak sangat aku tak alert ye. Eh idok la gitu. Aku selalu jugak check masuk jari kat mulut dan rasa gusi dia. Cuma rasa gusi dia dah keras. Tapi takde apa yang muncul. Ni bila aku tak check ada pulak si gigi ni muncul.

Sekarang pulak, gigi atas yang belah kanan dah muncul jugak. Dah boleh nampak tanpa di sentuh. Kalau tak silap, memang masa ngam dia setahun tu gigi dah start nak tumbuh kot. Selepas dia buat check-up setahun kat klinik, balik tu dia terus demam. Aku fikir dia demam sebab kena cucuk, dan mungkinlah sekaligus nak tumbuh gigi.

Aku tak berapa risau bila gigi dia tumbuh lambat, cuma aku risau sebab dia suka nak makan yang keras-keras. Contoh keropok, mi dan lain-lain. Apa yang kami orang dewasa ni makan depan dia, semua tu lah dia nak rasa jugak. Sekarang makin ligat lah nak rasa makan makanan orang dewasa ni.

Dan hari tu suami aku bercerita pada mak mertua tentang tumbuhnya gigi pertama anak kami semasa dia menelefonnya. Haha skemanya ayat. Suami pun cerita baliklah pada aku, bla bla bla bla.... Dan yang aku tertarik kata mak (mengikut kata orang-orang tua/dulu-dulu), tumbuh gigi atas dulu, nanti akan jadi ketua/pemimpin.

Okey aku tidak mengiyakan apa yang di atas ni ye. Kita tak dapat meramal takdir hidup kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tajuk aku pun mitos, kan??

Ada jugak aku baca mitos lain,tumbuh gigi atas dulu di khuatiri akan meninggi diri. Hah yang ni harap di jauhkanlah. Erm aku perhatikan zara dulu tumbuh gigi bawah dulu (err kalau aku tak silaplah, sekarang dia dah 3 tahun lebih so memori aku agak lomah sikit.hehe).

Hah antara mitos bila gigi lambat tumbuh pulak;
- Uri di tanam dalam sangat
- Rambut cepat beruban
- Cepat berjalan

Respon/pendapat aku dari mitos atas ni;
- Tak pasti sebab suami dan mak yang tanam uri si asif ni. Hihihi.
- Erm yang ni macam mana nak komen ye? Ye sejak di lahirkan asif ada beberapa helai uban bahagian depan kepala dia. Kat area jambul depan dia tu (perasan masa rambut dia dah panjang sikit, dalam 6 bulan kot). Sedikit unik. Tapi tak pasti kalau ada hikmah tersembunyi.
- Oh yang ni belum lagi. Dia sedang membina keyakinan dan keberanian. Dah dapat melangkah paling jauh 5-6 tapak.

So apa pendapat korang yang sama pengalaman macam aku ni? Betul ke mitos-mitos atas ni? Wallahualam....
 

#gigipertama #gigibongsu #gigisusu #tumbuhgigi #lambattumbuhgigi

Jumaat, April 19, 2013

Fenomena Gwiyomi

Salam jumaat.......

Korang tahu tak pasal lagu Gwiyomi ni? Mesti majoriti tahu kan?
Kat facebook tengah tersebar meluas. Mula-mula budak-budak girl yang buat. Oh memang la cute. Maksud gwiyomi tu pun cute aka comel, kan???

Tapi sekarang ni sedang tersebar video girl melayu bertudung buat gwiyomi tu. Aku agak umurnya awal 20-an. Tapi dah berkahwin katanya. Dedicate untuk suaminya. Betul atau tak wallahualam. Tapi kalau nak dedicate untuk suami, biarlah ia istimewa. Maksudnya hanya suami dia yang dapat tengok.

Eh aku bukanlah jeles ok. Aku tahu dia memang comel dan cantik. Dan aku hanya wanita biasa-biasa je. Huhu. Tapi hari ni yang nak buat aku 'up' entri ni sebab aku ada nampak video sorang lelaki buat gwiyomi.

Tajuk dia.... "to all male gwiyomiers.. this is how we feel..."

SINI VIDEO DIA (kalau boleh view la ye)

Haha kelakar kau.. Muka dah la jambu. Suami dan bapa orang tu. Janganlah di tiru ye wahai lelaki di luar sana. Dia ni muka jambu ok lagi, bayangkan kalau lelaki muka gengster tapi buat macam ni. Muka nak minta penampar je! Hahaha. Ok la korang layan la video ni...

Isnin, April 08, 2013

Kaison - tempat bunga murah

Siapa pernah pergi? Angkat tangan! Atau pernah dengar? Ini pertama kali nak cerita sebab pertama kali pergi bulan 2 hari tu sebab nak beli bunga buat hantaran tunang adik lelakiku. 2 bulan cerita ni aku simpan. Haha. Sibuklah katakan. Sangatla...

Kaison ni dekat Festival city mall, dekat dengan uptown danau kota. Kalau bab cara ke sana bagai aku surrendar awal-awal. Better u all refer maps gugel ye. Hehe. Ye aku memang lemah bab arah jalan ni. Kedai ni kat tingkat 2. Besar jugaklah. Yang best macam-macam jenis bunga plastik ada kat situ. Rambang mata makcik. Cantik-cantik. Kalau yang suka menghias rumah pergilah ke sana, tak rugi. Ni bagi siapa yang duduk kl la ye. Hehe.

Kedai ni kami tahu sebab kakak aku. Oh kalau bab survey barang, bagilah kakak aku. Memang dia pakar. Tapi ni sebab dia pernah kerja kat mall ni. Of course lah hari-hari keliling mall ni je kan? Sebenarnya kami nak buat tema hantaran hari tu berbungakan orkid. Ada yang kakak aku berkenan tah kat mana tapi mahal, sekuntum rm berbelas kot. Membazir aje bagi aku. Aku ni jenis kedekut dan berjimat untuk sesetengah perkara. So surveylah kami ke sri gombak, bandar baru ampang, ampang point dan akhirnya sampailah ke kaison ni.

Pilih punya pilih kami ambil bunga yang seperti di bawah ni. Kaison ni kalau takde kelebihan aku takkan nak cerita. Sebab ape aku cerita? Sebab bunga kat sini dan yang kami beli ni antara yang murah dari semua tempat kami pergi. Harga dia rm4.50 untuk sejambak, tak silap ada dalam 6 kuntum kot. Tapi kat tempat lain kami pergi survey sebelumnya semua rm9 sejambak. Hah berapa dah jimat tu? 2 kali ganda tau. Bunga jenis lain kami tak perasan. Harga ni untuk sebijik bunga yang jadi pilihan kedua kami seperti gambar bawah ni. Yang ala-ala baldu tu (eh betul ke?). Minta maaf bab ni aku kureng sikit. Asal cantik di mata aku udah la. Yang pasti bunga ni bukan macam plastik tu. Tebal sikit.

Yang kecik-kecik purple dan pink ni rm4.50 je sejambak. Yang purple hat besar aku lupa harga. Tapi still murah.

Dah la murah, lepas tu macam-macam pilihan kat sini. Dah macam taman bunga kau. Selain bunga, ada jugak jual cawan, buku, barang untuk majlis harijadi dan macam-macam lagi. Eh best lah tempat ni aku kata. Yang paling geram, ada lilin comel untuk harijadi tu. Ah rugi aku tak sambar 1 masa tu. Tak fikir nak buat harijadi asif. Harga dia rm2.50. Entah murah atau tak. Hari tu kami buat harijadi asif kecik-kecik sefamili. Aku nak lilin '1 year' kat kedai kek tu tapi nan hado. Dia kata habis stok. Boleh pulak macam tu. Layan gambar bawah ni ye..

Lilin 'birthday boy' atas ni la rm2.50 je, comelkan??? Kakak zara jadi model tak bertauliah. Di sebabkan dia suka bergambar, layan aje katanya.