Isnin, Mac 25, 2013

Selamat ulang tahun pertama anakku ~25.3.2013~

 
Alhamdulillah 1 tahun sudah usia anakku ini.
 
Selamat ulang tahun kamu yang pertama sayang.
 
Segala-galanya ibu doa yang terbaik untuk kamu. Tetapi ketahuilah,
Ibu tak harap kamu jadi kaya-raya
Ibu tak harap kamu jadi hensem bergaya
Ibu tak harap kamu belajar sampai ke puncak gunung
Tapi cukuplah..
Semua serba sederhana
Yang penting kamu kejar ilmu agama, ilmu akhirat..
Kamu jadi lelaki soleh, pemimpin hebat pada keluarga kamu nanti..
Hiduplah atas usaha kamu sendiri, jangan bergantung pada orang lain..
 

Ahad, Mac 24, 2013

Kekerapan bangun waktu malam

Assalam.. dan selamat berhujung minggu.

Rasanya aku tak sentuh lagi pasal kekerapan anak aku ni bangun pada waktu malam. Kekerapan dia bangun waktu malam berubah-ubah since dia baby.

Masa awal-awal, macam biasa la dia akan bangun setiap 2-3 jam. Selain menyusukan dia, kena check jugak kalau dia berak. Straight to the point la ye (orang selalu bahasakan dengan ayat poo poo tapi aku tak tahulah poo poo ni untuk kencing/berak). Bayi ni akan kerap berak di awal-awal dan berak tu warna kehitaman.
** Apa yang dapat aku simpulkan, untuk save bajet tak payahlah beli pampers mahal-mahal sebab memang pampers akan kerap di tukar. So insha Allah tak ada ruam. Bila ada berak, cepat-cepat tukar. Dia pun tak selesa kan?

Maaf ye ni aku cerita secara rambang la. Ingat-ingat lupa kata orang (tu la banyak sangat minum air bersemut.hihi). And then bila dia masuk 3 bulan makin jarang sikit antara 3-4 jam gitu.

Yang paling best masa dia umur 5-6 bulan, dia tidur lama. Bangun malam pun sekali je. Tapi tak lama la. Dapat berapa hari je kot.

Dan sampai sekarang pun dia masih bangun malam untuk menyusu. Sekarang ni dia bangun dalam 2-3 kali satu malam. Dia minum sikit dalam 2oz dan sambung tidur. Kadang bila aku tak larat sangat nak bangun bancuh susu kat dapur tengah malam tu, sumbat puting then dia sambung la tidur. Tapi kadang tak jalan jugak, mungkin dia haus kan. So terpaksa lah ke dapur jugak. Huhu.

Tapi aku dengar-dengar anak orang, bila dah lepas 6 bulan macam tu kot anak mereka dah senang tidur. Bangun malam pun sekali je. Betul ke? Untung la. Hehe.

Bila cakap pasal pengorbanan, ni la salah satu yang terpaksa aku korbankan. Aku suka tidur (siapa la yang tak suka kan?). Dulu bila cuti kerja memang suka bangun lambat. Lagi masa belum kahwin. :P

Sebab tu bagi yang tengah mengandung (anak pertama sebab belum ada pengalaman), tidur dan rehat la puas-puas sekarang ni. Nanti ada anak memang tak cukup tidur. Rehat pun jadi tunggang-langgang. Cuma kalau dapat suami yang ringan tulang, bernasib baik la. Tapi... hmmm tapi kan waktu mengandung sebenarnya pun dah terbiasa tak dapat tidur lena. Sindrom 'rasa panas/berpeluh' + asyik la nak kencing. Lagi-lagi bagi yang dah sarat, semua serba tak kena. Betul tak? Ada hikmah semua ni, ada hikmah dengan rasa ketakselesaan yang kita rasa masa mengandung. Belum di campur dengan urat tersimpul la. Uiiii...aku pernah terkena sekali, tah apa silap tiba-tiba macam hang/stuck time nak angkat kaki.

Woahhh..tiba teringat segala kesakitan yang di alami masa mengandung. Pedih ulu hati. Sakit pinggang. Lepas tu kena kencing manis lagi, tak pasal tiap minggu buat bsp. Hehehe. Adeh macam-macam. Tapi tak buat aku rasa serik pun nak mengandung lagi. Seronok sangat! Perasaan indah yang Allah kurniakan pada para ibu di dunia ini. Walau sakit bersalin tu teramat perit! Huhu dah lari tajuk nampaknya. Orait mau titun (entri ini di tulis di jam 3.50 pagi). Sekian.....

Jumaat, Mac 22, 2013

Perkongsian panduan mendidik anak

Wordless friday....
 
(hihihi..biasa orang wordless wednesday jek kan)
 
Mari kita kongsi dan amalkan.
 
 



Sabtu, Mac 16, 2013

Semakin hari semakin takut

Ketakutan yang bukan datang dari orang lain di sekitar. Tapi datang dari diri sendiri. Kadang-kadang terlintas seperti tak percaya dah memiliki seorang anak. Sangat bertuah kurniaan dari Allah. Di takdirkan aku mudah untuk mengandung tanpa bersusah hadapi rintangan yang berat untuk memiliki anak seperti sesetengah pasangan bertahun-tahun baru berhasil.

Setiap pasangan punya cerita tersendiri. Ada yang nak anak cepat dan lambat. Dengan macam-macam alasan. Cuma nasihat aku, untuk nak dapat anak yang pertama tak usahlah merancang (makan pil what so ever). Ini bagi yang dah menikah ye (yang belum menikah, korang menikah dulu baru boleh cerita pasal nak dapat anak.jangan nak buat dosa). Bukan apa, sebab nanti takut effect pada badan bila dah bersedia dapatkan anak. Seperti cerita seorang kenalan.

Bila dah melahirkan anak, pertama yang terlintas dalam kotak fikiran aku... dapat ke aku didik dengan baik anak aku ni kelak? Dengan zaman yang semakin canggih, senang nak terpengaruh dengan persekitaran yang buruk dan negatif. Tak lama lagi anak akan menjangkau 1 tahun. Macam mana pulak cara terbaik untuk mengajar dan mendidik dia? Dulu masa baby dia tak berapa faham, ajar dia yang basic. Minum susu, mandi, pakai baju. Lepas tu ajar dia bermain, menyanyi.

Baru-baru ni aku ajar 'warning' dia. Apa yang dia buat tu akan buat dia sakit. Bila dia dah start ke tepi katil, aku akan cakap 'asif..nanti jatuh 'pem' (buat bunyi sambil aku tunjuk tangan pegang kepala ibarat kepala sakit terhantuk).sakit.asif nak jatuh?..dan dengan tak semena bila aku ulang beberapa kali, dia buat sign tangan pegang kepala bila aku warning dan cakap bunyi 'pem' tu. so dia faham pem=jatuh=sakit.tapi tetaplah anak yang sihat dan aktif, kadang dia nak ke tepi jugak. Cuma dia jadi berhati-hati. Ni cerita masa dia belum pandai turun naik katil dengan sendiri lah.

Lepas tu ayah dia p ajar cara nak turun dan naik katil. 2-3 kali jugaklah ajar. Sekarang dah laju. Di buatnya cara tu macam dia naik turun gelongsor pulak. Aku biarkan dia bermain cuma aku tengok dan pantau je. So kesimpulannya, di tahap ni dia dah mudah terima ajaran dari orang sekeliling dia. Apa yang berlaku di sekeliling dia, itulah yang dia akan ikut.

P/s : Sekadar membebel.....siapa yang ada pengalaman dan tips mendidik anak cara terbaik bolehla share...... :)

Sabtu, Mac 09, 2013

Berlalu sudah 11 bulan

Masa itu emas. Memang betul pun. Pejam celik, anak dah 11 bulan lebih. Hujung bulan ni menjangkau 12 bulan=1 tahun. Bila saja bersuara kat famili, kakak aku cakap "hmmm... macam baru semalam aku pergi tengok kau kat hospital". Hihi.

Dah lama jugak tak update kan apa yang dah boleh di buat anakku ni pada umur 11 bulan lebih ni. Ringkasannya. Hmmmm..
-belum boleh berjalan, tapi dah start berpaut kat dinding, sofa then melangkah sambil berpaut
-mulut bising tapi belum pandai panggil ibu,ayah, nenek.. yang tahu cakap 'mamamamama' dan tah apa bahasa dia
-merangkak sangat laju. sebelum ni tak suka merangkak (sakit lutut agaknya) then 10 bulan hari tu dah suka merangkak.tiada lagi mengesot. :)  
-dah pandai panjat katil, sofa. tapi kalau mood malas, dia merengek je minta di angkat naik
-berjaya turun dengan jayanya+laju. sebelum ni bila dia bangun dan berpaut kat kabinet, sofa atau katil, dia akan jerit bising (sambil tengok siapa di sekeliling dia dan minta pertolongan orang) untuk duduk kan dia. siap lutut gigil dan lomah. Hehehe. 
-gigi belum tumbuh. dah 11 bulan gigi sebatang pun belum menampakkan tanda nak tumbuh. tak dapat la ibu suap makan yang sedap-sedap ye sayang. boleh bagi sikit pun kek ke, roti ke. cepat lah tumbuh gigi kalau nak makan nasi goreng ye tomey-tomey.hihihi.

Tak sabar nak tunggu dia pandai jalan. Mesti comel terkedek-kedek. Tapi kena bersedia jugaklah nak kejar dia. Huhu. Sekarang ni pun dah habis satu rumah dia geledah. Leka je dia hilang pergi bilik lah, pergi dapur lah dsb.

Besday untuk dia setahun? Takde kot. Mungkin belikan dia something je. Tengah survey dulu. Kalau nak buat pun, combine dengan besday ibu dia bulan depan. Hehehe.