Isnin, Julai 14, 2014

Photobucket yang songal...hahaha

Assalamualaikum.......

Beberapa hari lepas aku berkesempatan up entri untuk homemade pizza aku tu. Syok je menaip dan bila setel menaip p la tengok rupa rumah aku ni. Tup tup buka dan tengok blog (view blog), masya Allah ape kejadah blog jadi serabut gini?? Sakit hati makkkkk ni nak oiiii......!!!!


Tengok la background layout tu. Tak ke panas je mata tengok??!!


Tapi time tu tak sempat nak godeh apa perlu di buat untuk baiki. So close la dengan hati yang sakit. Isk 3-4 hari jugak la terkelip-kelip aku sorang fikir ape sebab blog jadi macam ni. Dah la aku ni bukan la pakar sangat IT ni. Cuma fikir logik akal la. Nak kata aku banyak upload kat photobucket tak mungkin la pulak. Aku memang la ada akaun photobucket kan. Sebab aku tengok 1% baru aku pakai. Siap aku delete la gambar lama aku upload dalam photobucket tu. Mana la tau ada jugak sebab musababnye ye tak.

Cara pertama ni aku rasa bukan sebabnya. So teringat kalau mula-mula buat blog, kita sibuk nak mekap layout so edit kat template yang ada kod html bagai tu. So aku cari ayat 'photobucket' dan aku padam sebaris dia tu. url dia la sekali. Ada 4 baris kot yang ada ayat tu. Padam semua. Godeh-godeh alhamdulillah setel. Huh!! poluh den. Dah back to normal. Bukan apa, kesian la kalau ada kawan nak cari info kat sini tapi tak dapat baca pulak kan?? Hopefully takkan ada masalah lagi macam ni. Tak pasal kena upah yang pakar pulak. Hihi.

Anyway, kita dah selamat menjalani hari ke15 puasa. Tinggal separuh lagi perjalanan kita. Moga di beri kekuatan dan kesihatan untuk menjalaninya dengan sempurna. Dan jangan lupa mendoakan kemenangan dan kesejahteraan saudara kita di palestin. Yang telah 'pergi' menemui Allah, doakan mereka di tempatkan di kalangan ahli syurga. Aku sempat la derma kredit guna sms. Senang je. Rasanya kat facebook dah banyak war-warkan. Kalau tak banyak, derma rm5 pun jadi la. Yang penting ikhlas. Ok la wassalam......

Rabu, Julai 09, 2014

Pizza homemade. Mudah, cepat dan express!!

Assalamualaikum.......

Selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan. Dah masuk puasa hari ke-11. Cepat pulak rasa masa berlalu kan? Bulan-bulan puasa ni takde apa cerita yang menarik. Hihi. Cuma sedang sibuk dengan bisnes online kecil-kecilanku. 

Siang tadi dapat membeli durian dengan jayanya. Anak buah, si zara lama dah nak durian ni. Tapi tak berkesempatan nak dibelikan oleh mamanya. Memandangkan hari ni mama dia cuti, so kami pergi carilah durian buat mengubat luka hati dia (sebab dah lama janji nak belikan tapi selalu tak jadi je). Kesian. Puas jugak lah makan tadi hoi. Siap mak masak buat bubur durian. Nyam nyam.

Ok berbalik pada tajuk ni, beberapa hari sebelum puasa hari tu aku sempat buat pizza. Yang sangat senang aka mudah, ringkas, cepat dan express ok. Ini sebab aku yang teringin nak makan. Teringin nak yang masak sendiri. Jom tengok bahan dan cara buat bawah ni.

Bahan-bahan;
Untuk roti (bahan A)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam kuku 

Topping (bahan B)
Sosej
Keju mozarella (penting! sebab ni yang buat pizza tu bertali-tali)
Keju cheddar
Daging ayam cincang
Sos tomato spageti
** untuk topping lain sila ikut selera dan kreativiti masing-masing.ikut tekak korang le.

Cara membuat;
1- Gaul semua bahan A iaitu tepung gandum, yis, gula dan garam. Masukkan air suam sedikit-sedikit. Aku buat letak 1 cawan. Agak-agak la bila tepung dah tak melekat dah boleh la tu.
2- Bila adunan dah siap, bahagi 2. Akan dapat 2 saiz sederhana pizza. Lenyek tepung tu, kalau nak rangup lenyek sampai nipis, kalau nak tebal lenyek sikit je la ok.
3- Siap lenyek, letak sos kat permukaan paling bawah. Then hias la segala apa yang ada. Sosej, daging ayam cincang dan keju cheddar. Atas sekali tabur keju mozarella tu. Lagi banyak keju, lagi sedap la kan?
4- Boleh di bakar. 230 darjah selama 10-15 minit. Tengok permukaan macam warna coklat keemasan kira dah masak la. Ikut oven korang la. Aku punye dalam 15 minit sebab nak bagi rangup. Hihi.
5- Bila dah masak, siap untuk di makan!! Senang kan??

Cerita di sebalik pembikinan pizza ni untuk pertama kali
Bila aku cakap kat zara nak buat pizza, dia yang excited lebih. Balik dari beli bahan dan barang untuk buat pizza, terus nak ajak buat. So kena pujuk untuk buat keesokan harinya. Dah tu masa buat tu, di sebabkan sibuk bagi kerja kat zara (assistant yang sangat rajin tapi pening kepala sebab nak kena cari apa kerja dia kena buat kalau tak, membebel je "apa dia nak buat??"), aku terlupa nak letak sos tu pada permukaan roti. Tengah masak pizza ni dalam 5 minit dan masa tu tengah membasuh pinggan mangkuk yang di guna,baru ternampak kat sebelah tin sos tu. Alamak lupa letak!!! Patutlah tengok pizza tu aku rasa lain macam je, rasa macam tak complete. Macam putih tak berwarna dan 'bogel'. So cepat-cepat matikan oven, keluarkan dan touch-up. Kah kah kah. At last jadi jugaklah, still rasa yang sama.

Maaflah takde ambik gambar untuk pembikinan ni. Cuma ambik gambar masa nak makan je. Tu pun gambar ni je ada. Haha. Sedap la tu, nampak mereka berdua ni makan dengan berselera je. Hihi.