Isnin, Julai 14, 2014

Photobucket yang songal...hahaha

Assalamualaikum.......

Beberapa hari lepas aku berkesempatan up entri untuk homemade pizza aku tu. Syok je menaip dan bila setel menaip p la tengok rupa rumah aku ni. Tup tup buka dan tengok blog (view blog), masya Allah ape kejadah blog jadi serabut gini?? Sakit hati makkkkk ni nak oiiii......!!!!


Tengok la background layout tu. Tak ke panas je mata tengok??!!


Tapi time tu tak sempat nak godeh apa perlu di buat untuk baiki. So close la dengan hati yang sakit. Isk 3-4 hari jugak la terkelip-kelip aku sorang fikir ape sebab blog jadi macam ni. Dah la aku ni bukan la pakar sangat IT ni. Cuma fikir logik akal la. Nak kata aku banyak upload kat photobucket tak mungkin la pulak. Aku memang la ada akaun photobucket kan. Sebab aku tengok 1% baru aku pakai. Siap aku delete la gambar lama aku upload dalam photobucket tu. Mana la tau ada jugak sebab musababnye ye tak.

Cara pertama ni aku rasa bukan sebabnya. So teringat kalau mula-mula buat blog, kita sibuk nak mekap layout so edit kat template yang ada kod html bagai tu. So aku cari ayat 'photobucket' dan aku padam sebaris dia tu. url dia la sekali. Ada 4 baris kot yang ada ayat tu. Padam semua. Godeh-godeh alhamdulillah setel. Huh!! poluh den. Dah back to normal. Bukan apa, kesian la kalau ada kawan nak cari info kat sini tapi tak dapat baca pulak kan?? Hopefully takkan ada masalah lagi macam ni. Tak pasal kena upah yang pakar pulak. Hihi.

Anyway, kita dah selamat menjalani hari ke15 puasa. Tinggal separuh lagi perjalanan kita. Moga di beri kekuatan dan kesihatan untuk menjalaninya dengan sempurna. Dan jangan lupa mendoakan kemenangan dan kesejahteraan saudara kita di palestin. Yang telah 'pergi' menemui Allah, doakan mereka di tempatkan di kalangan ahli syurga. Aku sempat la derma kredit guna sms. Senang je. Rasanya kat facebook dah banyak war-warkan. Kalau tak banyak, derma rm5 pun jadi la. Yang penting ikhlas. Ok la wassalam......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan