Assalamualaikum...
Baru-baru ni ada dapat komen yang di beritahu tentang anaknya demam dan terkena jangkitan kuman pada paru-paru serta bertanya hospital mana yang elok? Yang ni susah sikit nak jawap. First and last aku bawa anak ke hospital swasta masa dia berumur 2-3 bulan. Aku pergi satu dot dot 'medical centre' ni la. Yang lain aku tak pernah cuba melainkan hanya pergi ke hospital kerajaan dan pastinya yang dekat dan termudah untuk aku adalah hospital ampang.
Sekarang anak aku dah berumur 2 tahun 5 bulan. Bersangkutan dengan jangkitan pada paru-paru yang dia alami seawal 2 bulan, dan sampai sekarang dia masih alami cuma ianya di panggil asma. Terbaru dia kena masa bulan 4 hari tu. Biasanya bila datang batuk je, memang akan melarat dan membuatkan dia sesak nafas. Tak silap dah 4 kali kena tahan wad sehingga umur 2 tahun ni. Tipu kalau aku tak cuba inisiatif lain selain bagi ubat. Bila dia mula batuk, aku sua dia dengan madu. Kadang dia tak nak, so aku campur dengan air dan bagi dia kerap minum air tu. Alhamdulillah kadang ok dan terus sembuh.
Tapi last yang kena tahan wad tu agak melarat. Batuk di hari kedua makin teruk sampai dia tak boleh tidur. Batuk non-stop. Sesak nafas. Minum susu pulak asik muntah. Aku terpaksa tunggu suami balik dari kerja shift malam. Dalam pukul 1 pagi bawa anak ke klinik berdekatan. Dan klinik tu yang konon 24jam boleh pulak tutup, alasan takde doktor. Di sebabkan risau, kami pecut ke hospital ampang.
Sampai je lepas check sikit kat kaunter pesakit luar hospital terus di bawa ke tempat asma. Hah kat situ la di beri gas. Tak silap lepas di beri gas 2 kali dan masih berbunyi pernafasannya, maka tepat pukul 6 pagi di beritahu kami terpaksa di tahan. Adoii ni yang lemah ni. Tapi demi anak terpaksa la. Dugaan yang sangat berat bila kami terpaksa tunggu katil kosong. Masya Allah hanya Allah tau betapa penat dan stressnya kami masa tu. Semalaman tak tidur, tunggu punya tunggu dapat katil pukul 3 petang!!
Sebelum tu aku ada suarakan nak balik sebab tunggu katil macam tunggu buah yang tak gugur, tapi jawap doktor dia 'u boleh balik tapi kalau ada apa-apa masalah jangan salahkan doktor atau hospital.sebab kalau u bawa balik dia boleh senang kena virus.kalau u ok,kita sain letter dulu la'. Kalau korang nak buat apa? So kami tunggu la. Demi anak. Sempat la round hospital, pergi makan. Toksah cerita la stress dan bosan dia oii.
Kami kena tahan wad 2 hari kalau tak silap. Macam biasa di beri gas dan ubat demam. Setiap beberapa jam jugak nurse akan datang ambil bacaan oksigen serta suhu badan anak. Beralih katil entah berapa kali. Dalam 2-3 kali jugak la. Sabar aje la. Haha. Tapi ada satu doktor ni aku respek la. Perempuan, melayu, muka ala chinese, bertudung (aku tak ingat nama dia). Tapi memang garang. Aku perhati dan pasang telinga bila dia mengajar student dia. Sesekali je dia gelak-gelak. Dia banyak bagi info. Antaranya "selalu la perhati anak. Anak ada lelah biasa lepas main-main akan batuk-batuk." Aku sebenarnya suka nak ambil tahu seperti tips dan info dari doktor. Ada doktor memang banyak ilmu dia bagi dan cara dia explain senang nak faham. Dan ada yang just bagi basic yang aku dah tahu. Doktor ni siap bagi stetoskop untuk aku dengar bunyi paru-paru anak aku. First time cuba ok. Haha. Then dia ajar cara dengar. Kalau ok macam mana, kalau tak ok macam mana.
Dan aku ada bertanya doktor ni, anak saya ni memang ada asma ke? Boleh di kata dia pesakit asma? Doktor tu cakap belum konfirm sebab takde punca di kenalpasti. Kami suami isteri takde background famili yang kena asma. Dan anak kami ni bukan kena ambil gas secara tetap contoh setiap bulan/2 bulan sekali. Dan sesak nafas serta nafas berbunyi ni hanya kena bila datang batuk dia yang teruk. Aku sendiri keliru tapi seiring masa berjalan dan umur dia menginjak ni, aku akan perhati macam mana progres kesihatan anak kami.
So jika kesimpulan untuk memilih antara hospital swasta atau kerajaan sememangnya umum pun tahu banyak baik buruk masing-masing. Hospital kerajaan mengikut pengalaman aku;
- Katil penuh kena tunggu sampai ada kosong.
- Beralih katil/wad mengikut arahan nurse
- Lain-lain doktor/student datang check dan bertanya soalan sama yang berulang-ulang
- Kebaikan : dorang check betul-betul dan akan pastikan sihat sepenuhnya sebelum boleh balik. Kami anak beranak kena extend 1 hari lagi bila bunyi nafas anak tidak memuaskan hati doktor. siapa yang nak duduk hospital lama-lama oii.
Kalau hospital swasta sudah pasti selesa. Privasi lebih. Tapi aku taknak komen lebih sebab tak banyak pengalaman kat hospital swasta. Sebenarnya kami boleh je nak masuk hospital swasta sebab tempat kerja suami yang cover kos tu. Tapi di sebabkan pengalaman pertama dan juga terakhir kami di hospital swasta tu maka kami ambil keputusan ke hospital kerajaan je walaupun perlukan kesabaran yang tinggi.
Ahad, Ogos 24, 2014
Jangkitan kuman pada paru-paru membawa kepada asma?
Labels:
Asma,
Buah hati pertama,
Coretanku,
Jangkitan kuman paru-paru
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan