Assalamualaikum...
Aku baru je setup kedai lebih kurang 2 minggu yang lalu. Ala kedai online je, bina laman (page) di facebook untuk barang dan pakaian budak-budak. Aku namakan Chomey Kids Wear. Jangan tanya kenapa aku pilih nama tu. Sebab nama tu yang terlintas dan kuat melekat di fikiranku pada masa tu. Hihi. Bukan sebab aku perasan diri comel/ chomey ok.
Cuma bila kita sebut baby/ budak/ anak-anak, mesti terbayang kecomelan mereka je kan. So letak la nama tu. Di harap memberi tuah. Bukan la bergantung harap tuah pada nama ala-ala feng shui ke apa. Walau macam mana pun rezeki Allah yang berikan. Yang penting usaha untuk mencari rezeki tu.
Jadi, aku berbesar hati kalau kawan-kawan sudi memberi sokongan. Sama ada like page untuk meramaikan atau suggest pada kawan, saudara page aku yang tak seberapa ni dan mengajak mereka membeli.
Antara item yang di jual adalah legging, dress, boy set, girl set, peplum kurung, peplum lycra, pyjamas, pre-walker shoe dan macam-macam lagi.
>>> LIKE PAGE CHOMEY KIDS WEAR <<<
Jangan lupa ya, please support me yang tak berapa terer meniaga ni. Belajar dan terus belajar. Apa pun cinta aku pada bisnes tetap kuat. Dari bertahun dulu sehingga kini. Bisnes kecil-kecilan aje. Memeriahkan dunia bisnes. Ok tata.
Sabtu, Jun 21, 2014
Selasa, Jun 17, 2014
Sangkot the garden wedding place
Assalamualaikum...
Awal bulan hari tu, 8.6.2014 berkesempatan hadiri majlis sanding kawan ofis suamiku. Tema garden gitu. Best tempat dia. Kawasan di seliputi hutan. Tapi sebab kami datang ngam-ngam pukul 1 lebih time matahari tegak atas kepala, so terasa la kepanasannya.
Ini pertama kali aku dengar pasal tempat ni. Kawasannya di area hulu langat. Kalau dari carrefour ampang (sekarang di kenali sebagai aeon big ampang), terus je masuk ke dalam. Lebih kurang 7km. Fuh berpeluh jugak la naik bukit oiii. Semput kereta aku. Haha. Memang jauh la, dah kata 7km lebih, kan?? Tapi tak terasa sangat sebab jalan ke sana kan lengang. Means tak jem la. Jadi takde banyak halangannya. Kalau bawa laju, dalam setengah jam sampai kot dari aeon big tu. Tapi aku bawa berhemah, slow motion je. Hahaha.
Tempat ni sangat sesuai untuk bakal pengantin yang nak suasana aman, damai, hening di kelilingi hutan. Ala tema taman la. Kalau buat malam mesti seronok. Letak lampu banyak-banyak. Romantik. Hihi. Dan akan terasa kesejukan dek kerana flora di sekelilingnya. Pasal rate aku memang tak tahu ok. Sila survey sendiri. Buahahaha. Gambar yang sempat aku snap...
Gambar pelamin ambik sipi-sipi je dari corner hujung tu. Dasar malas nak berjalan. Perut kenyang suka hati, manyakkkk gumbira. Simple je pelamin dia. Pengantin berbaju tema warna pink belacan kalau tak silap. Gambar kami dengan pengantin ada, tapi tak nak tunjuk. Kusut masai kami sebab kepanasan. So simpan je la buat kenangan kami.
Bakal pengantin boleh buat sini kalau berminat ye. Hahaha. Macam promote pulak. Dah la takde dapat apa-apa komisen pun tau. Ok la tata... wassalam...

Khamis, Jun 05, 2014
Yang perlu tahu tentang cyst
Assalamualaikum.......
Pernah dengar tentang cyst? Penyakit yang sinonim dengan wanita. Baru-baru ni, ada kejadian agak merisaukan yang jadi pada adik ipar. Dia baru sahaja mengandung, dan dari scan yang di buat ada nampak macam bentuk bulat, dekat dengan bayi dia yang sedang nak membesar dalam perut tu. Doktor tu kata ketumbuhan, tapi belum konfirm. Beberapa doktor juga la mereka pergi jumpa. Dan seorang doktor ni kata perlu tunggu dalam 2 minggu untuk kepastian.
Tetapi alhamdulillah, itu bukan ketumbuhan, Ia cuma sepertinya segumpal darah/ air. Dan ia menghilang selepas scan di buat kemudiannya. Kami yang tahu memang dah risau. Yang dapat kami buat, hanya doa sementara tunggu kepastian dari doktor tersebut. Kat sini nak kongsi la pasal cyst dan aku dapat info ni dari facebook.
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4.) Kawal pemakanan
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Jenis makanan yg amat sesuai dan yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
Ikan laut seperti bawal emas, kembong dan selar
Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
Buah-buahan - Nenas dan betik
Ubi kayu
Sup miso (sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm sup utk di jadikan miso sup)
Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
Daging merah (kambing dan lembu)
Ayam (Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
Produk tenusu seperti keju
Ikan haruan
Gamat
Bahan perisa - pes segera dan kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
Makanan manis - kuit muih manis dan pencuci mulut
Minuman berkarbonat (krn tinggi kandungan gula)
Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
Makanan berlemak/ berminyak
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada gangguan haid dan senggugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau, tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuhan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuhan itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

Labels:
Coretanku,
Cyst/Fibroid,
Tips dan info
Rabu, Jun 04, 2014
Anniversary
Assalamualaikum.......
Genap hari ni dah 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Terasa cepat masa berlalu. Serius aku tidak menghitung hari untuk sampai ke tarikh hari ni. Semalam tiba-tiba aku terfikir sesuatu, eh macam ada sesuatu sepatutnya awal bulan 6 ni. Tapi apa ye? Hari ulangtahun adik beradik dan emak tak pulak. Rupanya... adoi boleh terlupa. Tidak la maksudnya tidak istimewa ok.
Lepas tu hari ni saja tanya suami, hari ni hari apa ye? Ingat tak? Ada ke cakap hari ulangtahun aku? Ahh..dia bohong. Sebab tiap kali hari ulangtahun aku, dia tak pernah lupa dan selalu jadi orang pertama yang wish. Dia ingat tapi buat lupa. Mungkin. Suami aku ni suka bergurau, tu kadang buat aku geram. Aku cakap serius, dia gurau pulak. Sabar je la.
Takde hadiah istimewa. Takpela kalau ada yang nak kata, ala kesiannya. Do i care? Cukup dengan kata i love u. Yang ikhlas dari hati dia. Aku tak romantik. Suami aku pun sama. Hanya dari perbuatan dapat lihat rasa cinta kami. Hanya kami berdua yang dapat merasakannya. Cewah. Hahaha.
Buat suamiku....
Tiada madah, tiada kata indah untukku luah
Sedang kau tahu aku bukan seorang pujangga
Hanya tulisan buatku bicara
Seandainya kau tahu dan pasti dapat kau rasa
Dalamnya sayang dan cintaku padamu
Saat aku memilih kau menjadi teman hidupku di tarikh 4 jun 2011
Aku tidak mahu istana megah
Aku tidak mahu emas melimpah
Hanya setiamu itu aku inginkan
Aku mahu kau ada, bila aku susah dan senang
Nukilan: yana aka heartbee
Ps : Tak berapa nak ada idea, cukup la yang ringkas dan ada isi hatiku. :) Kalau la suamiku membaca entri ini. Seriously aku tak pernah bagi address blog aku ni. Haha. Pandai-pandai la dia cari.

Coretanku
Langgan:
Catatan (Atom)