Khamis, Februari 14, 2013

Alasan lelaki je tu..

Nak cerita pun aku jadi benci dan meluat. Alkisah...mak aku ada la bercerita seorang pangkat atok ni, katanya sejak dah ada cucu baru, kebajikan dia dah tak terjaga oleh si isteri. Cucu baru dia ni baya anak aku la. Lahir tahun lepas 2012. Ini bukan cucu pertama bagi dia, cucu ke-3 kot tapi anak pertama bagi salah seorang anak mereka.

Lepas tu emak aku bagi pendapat, tak patut jadi macam tu. Isteri kena jaga makan, minum, pakai suami. Jangan terabai hanya sebab sibuk jaga cucu. Aku tak setuju langsung!! Mak... tak mungkinlah boleh terabai. Mungkin aje kurang perhatian pada si suami dan suami bagi alasan...untuk ape?? itu aku tak tau. Tapi bagi aku lah, suami ni kena faham tugas isteri tu yang terlalu super sibuk. Tak silap aku isteri tu bekerja jugak. Tak tahu la sekarang ni maybe dah jaga cucu sepenuh masa. Apa salah kau tolong apa yang patut?? Mestilah isteri sibuk dan kurang perhatian kat engkau sebab engkau tu tak reti menolong! Semua tugas bagi isteri. Padahal cucu tu pun cucu engkau kan?? Darah daging kau.

Aku memang panas hati kalau kata isteri abaikan suami sebab sibuk dengan anak/cucu. Kalau kata engkau taknak di abaikan sampai macam tu sekali tak payahlah ada anak, so tak ada lah cucu!! Betul tak?? Siap mak aku cakap, suami perlu di jaga kebajikannya nanti cari lain baru tahu. Aku balas, ala kalau dah gatal ada je alasan nak di bagi untuk dia cari perempuan lain. Serius aku menyampah dan benci yang amat pada lelaki macam ni. Kau tak fikir ke kau ingat perempuan tak penat jaga anak dan urus rumahtangga?? Lagi kalau isteri bekerja. Engkau balik rumah boleh tidur lena, boleh baca paper atau boleh lepak dengan kawan-kawan. Si isteri boleh dapat semua ni??

Bukan aku nak pertikai la tapi sejak aku dah bergelar ibu ni, masa untuk diri sendiri memang tak ada dah. Jangan kata nak lepak keluar dengan kawan-kawan, nak tidur lena tanpa gangguan pun tak dapat. Aku tak ungkit tapi aku sedar kesusahan para ibu/isteri ni. Alhamdulillah aku ada suami yang memahami. Kalau tak faham, tak payah ada anak lagi la lepas ni. Sorang cukup. Hahaha.

Wahai lelaki, fahamlah dengan kepenatan dan kesusahan para isteri. Isteri ni ikutkan nak puaskan hati semua pihak. Jaga kebajikan anak, suami dan keluarga. Mana kan nak membantu suami cari rezeki (bagi yang bekerja luar), urus anak, urus rumah. Kalau korang faham, bantulah ringankan beban isteri tu. Sama-sama urus anak dan rumah. So takdelah rasa kurang masa la, kurang perhatian la dari si isteri. Dah tu anak dari benih suami isteri. Kenapalah mesti ada rasa macam tu. Kalau isteri bagi perhatian kat lelaki lain tu barulah lain cerita. Takde istilah kurang perhatian la kalau dah semua aktiviti di buat bersama. Kalau masih tak puas hati, tak payah ada anak. So si isteri akan tatang kau si suami bagai minyak yang penuh. 

Rabu, Februari 13, 2013

Mandi = Perang

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru cina bagi mereka yang meraikannya! Aku dapat cuti seminggu. Hihi. Tapi kena tolak gaji memandangkan ada satu hari compulsary leave dan aku belum sah jawatan lagi di tempat baru ni. Emosi dah sikit stabil (terpaksa sesuaikan diri dan ambil sikap positif dengan sekeliling baru ni.huhu). Lama tak buat entri. Dengan emosi kecamuk, sibuk dengan tugas ofis dan rumah dan sibuk melayan anak. Huhu.

Sejak anak meningkat 10 bulan lebih ni, masyaAllah dia punye tak suka mandi tu hanya tuhan yang tahu. Tak ingat since bila dia berperangai macam ni, tak silap lepas dia dah pandai meniarap dan pusing badan kot. Mandikan dia memang macam berperang. Kalau kita yang mandikan pun tak basah sama, toksah cakaplah. Mandi pun asal basahkan badan dan kepala dia je la. Sabun pun kalau dapat la.

Sebelum-sebelum mandikan dia dalam besen mandi. Bila dah makin meningkat umur, so dia pun memanjang dan dah tak muat untuk mandikan dia terlentang (dan dia pun dah pandai takmo mandi baring). So bagi mandi duduk. Time ni ok lagi. Satu part, mak aku cakap kena ajar dia mandi without besen sebab dah besar dan nanti tak muat pakai besen tu. Hehe. Senangkan cerita mandi dekat sinki le kan. Dan mungkin, mungkin la pernah tersiram kepala dia dan dia tak sedia so tak dapat bernafas dan tercungap-cungap. Sebab tu jadi takut dan fobia kot.

Sekarang ni, mandikan dia tak kira la letak air dalam besen nak bagi dia berendam atau just siram-siram dia taknak jejak kaki dia ke bawah. Lepas tu pakej dengan dia panjat badan di sebabkan taknak kena air tu. Aduhai. Padahal kalau air sinki tu sejuk, aku siap campur dengan air panas dan letak kat besen supaya dia mandi dengan air suam. Tapi.... hampeh. Sama jugak resultnya. Kalau bagi mandi air sejuk lagi la, menangis terus. Huahuahua. Adeh ikut perangai sapa la ni, ibu dia suka je mandi. Ikut ayah dia kot. Hahahaha.