Nak cerita pun aku jadi benci dan meluat. Alkisah...mak aku ada la bercerita seorang pangkat atok ni, katanya sejak dah ada cucu baru, kebajikan dia dah tak terjaga oleh si isteri. Cucu baru dia ni baya anak aku la. Lahir tahun lepas 2012. Ini bukan cucu pertama bagi dia, cucu ke-3 kot tapi anak pertama bagi salah seorang anak mereka.
Lepas tu emak aku bagi pendapat, tak patut jadi macam tu. Isteri kena jaga makan, minum, pakai suami. Jangan terabai hanya sebab sibuk jaga cucu. Aku tak setuju langsung!! Mak... tak mungkinlah boleh terabai. Mungkin aje kurang perhatian pada si suami dan suami bagi alasan...untuk ape?? itu aku tak tau. Tapi bagi aku lah, suami ni kena faham tugas isteri tu yang terlalu super sibuk. Tak silap aku isteri tu bekerja jugak. Tak tahu la sekarang ni maybe dah jaga cucu sepenuh masa. Apa salah kau tolong apa yang patut?? Mestilah isteri sibuk dan kurang perhatian kat engkau sebab engkau tu tak reti menolong! Semua tugas bagi isteri. Padahal cucu tu pun cucu engkau kan?? Darah daging kau.
Aku memang panas hati kalau kata isteri abaikan suami sebab sibuk dengan anak/cucu. Kalau kata engkau taknak di abaikan sampai macam tu sekali tak payahlah ada anak, so tak ada lah cucu!! Betul tak?? Siap mak aku cakap, suami perlu di jaga kebajikannya nanti cari lain baru tahu. Aku balas, ala kalau dah gatal ada je alasan nak di bagi untuk dia cari perempuan lain. Serius aku menyampah dan benci yang amat pada lelaki macam ni. Kau tak fikir ke kau ingat perempuan tak penat jaga anak dan urus rumahtangga?? Lagi kalau isteri bekerja. Engkau balik rumah boleh tidur lena, boleh baca paper atau boleh lepak dengan kawan-kawan. Si isteri boleh dapat semua ni??
Bukan aku nak pertikai la tapi sejak aku dah bergelar ibu ni, masa untuk diri sendiri memang tak ada dah. Jangan kata nak lepak keluar dengan kawan-kawan, nak tidur lena tanpa gangguan pun tak dapat. Aku tak ungkit tapi aku sedar kesusahan para ibu/isteri ni. Alhamdulillah aku ada suami yang memahami. Kalau tak faham, tak payah ada anak lagi la lepas ni. Sorang cukup. Hahaha.
Wahai lelaki, fahamlah dengan kepenatan dan kesusahan para isteri. Isteri ni ikutkan nak puaskan hati semua pihak. Jaga kebajikan anak, suami dan keluarga. Mana kan nak membantu suami cari rezeki (bagi yang bekerja luar), urus anak, urus rumah. Kalau korang faham, bantulah ringankan beban isteri tu. Sama-sama urus anak dan rumah. So takdelah rasa kurang masa la, kurang perhatian la dari si isteri. Dah tu anak dari benih suami isteri. Kenapalah mesti ada rasa macam tu. Kalau isteri bagi perhatian kat lelaki lain tu barulah lain cerita. Takde istilah kurang perhatian la kalau dah semua aktiviti di buat bersama. Kalau masih tak puas hati, tak payah ada anak. So si isteri akan tatang kau si suami bagai minyak yang penuh.
Khamis, Februari 14, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan