Rabu, Disember 21, 2011

Merancang bajet tahunan



Assalamualaikum.........

Tinggal 10 hari je lagi nak masuk tahun baru. merancang bajet pun sama pentingnya macam memikirkan azam tahun baru. azam=wishlist=duit. betul kan? maksud aku, dalam azam tiap orang mesti ade wishlist kan?? contoh:dslr,laptop,handphone etc. itu belum masuk mereka-mereka yang nak kahwin, mesti lagi nak pakain duit yang banyak kan??


Ada banyak cara sebenarnya nak mengumpul duit ni sama ada menyimpan/menabung, melabur atau menyimpan sambil melabur. yang tu lebih baik tanya yang lebih pakar.


Cuma hari ni aku nak share jadual bajet tahunan. Di nasihatkan buat la bajet ni ye so boleh nampak ke mana duit kita keluar terutamanya. Semoga bermanfaat buat semua orang.



Jumaat, Disember 16, 2011

Cheklist / to-do list : Persediaan mendapat bayi

Assalamualaikum...


Kawan-kawan semua sihat ke? skang ni musim hujan dan banjir. tak ketinggalan jugak musim orang selsema la, demam la. untuk b2b tu jaga kesihatan baik-baik. jangan stress nanti lagi memudaratkan badan tu. kalau rasa tak boleh handle, bagi sesapa yang di percayai untuk setelkan ok.



Erm bukan je time nak kahwin kene ade checklist, baru terjumpa checklist atau kita panggil senarai untuk persediaan mendapat bayi baru. so baru la semuanya terurus dengan rapi. tapi terpulang tahap kerajinan seseorang kot. hihi. but memang bagus untuk yang 1st baby, da la takde pengalaman dan maybe jauh dari famili untuk rujuk apa-apa kan??



Checklist tu aku da simpan dalam bentuk word bawah ni. kalau korang berminat, boleh la download k. (but dalam english). Start dari bulan pertama sampai la bulan ke sembilan. memang complete. tapi ni checklist untuk apa yang kita perlu lakukan selama pregnant tu bukan checklist barang-barang untuk baby tau. checklist or senarai barang baby yang nak di beli nanti insyallah aku blogkan. kalau terjumpa dan sempat ye. untuk rujukan aku dan kawan-kawan jugak.



DOWNLOAD BAWAH NI



V


V


V


Jumaat, Disember 02, 2011

Fakta dan mitos kesuburan



Assalam...


Sejak dari sekolah menengah lagi aku menghadapi masalah period yang tak regular. dan rasanya ramai lagi yang hadapi masalah sama dengan aku.


Pertama yang aku fikir bila period tak regular ni, "isk boleh ke aku bagi anak dekat bakal suami aku kelak??" takut woooo....


Hari berganti hari , berganti tahun.. masa dekat nak kahwin pun aku masih hadapi masalah ni. tapi awal-awal aku dah cerita pada si dia. ye la biar la dia menerima aku seadanya. ketentuan Allah, takut perkara tu betul. period aku memang tak dapat di agak, kadang-kadang tiap bulan ada. kadang-kadang 2,3,4 bulan tak ada. sampai macam tu sekali tak tentunya. tak dapat di agak bila nak datang tu.

4 bulan sebelum kahwin aku tak period, tup-tup sehari sebelum majlis bertandang belah suami, aku period. di sebabkan masalah aku ni, memang langsung tak terfikir tentang nak plan mengandung. kalau cepat, syukur sangat. kalau lambat, aku redha. cuma memang aku banyak buat research la tentang kehamilan, kesuburan dan yang berkaitan hal ni. tapi alhamdulillah rezeki cepat. (rupanya pegi honeymoon tu bertiga la, lepas sebulan kami kahwin..ekekeke...).

So kat sini nak share la mitos serta fakta tentang kesuburan ni. boleh la menambah pengetahuan kita semua.

............................................................................................



Mitos: Berhubungan intim setiap hari mengurangkan kualiti sperma.
Fakta: Jika pasangan ingin mengharapkan kehamilan sebaiknya lakukan aktiviti seksual dua hingga tiga kali seminggu. Kualiti sperma yang baik memerlukan waktu produksi dalam dua hari. ”Ada juga yang perlu diingat, kualiti sperma yang dikeluarkan saat ejakulasi pertama tentu lebih baik dari ejakulasi berikutnya”.



Mitos: Ketidaksuburan lebih sering dialami wanita berbanding lelaki.
Fakta: Salah besar! Pemikiran itu memang berkembang pesat di masyarakat. Wanita sering dijadikan salah sangka atas ketiadaan keturunan dalam keluarga. Padahal, lelaki atau wanita memegang peranan penting.
Jika alat reproduksi serta sel telur wanita kurang baik. Pun alat reproduksi dan sperma laki-laki, kehamilan sulit terjadi. Pada wanita misalnya, terjadi gangguan sel telur, gangguan ovulasi, endometrium atau selaput lender pada rahim yang tidak dapat menjadi punca untuk tumbuhnya janin.
Sedangkan pada lelaki, masalah yang sering timbul adalah sperma yang tidak memenuhi persyaratan. Kriteria sperma yang baik adalah jika pada awal pembentukan dan proses penyempurnaannya baik dan benar (2 hari) untuk menghasilkan sperma yang matang dan siap untuk membuahi.
Masalah lainnya adalah kurangnya jumlah sperma yang dihasilkan. Untuk suatu kehamilan dibutuhkan 250-300 juta sperma saat ejakulasi. Dari jumlah tersebut hanya sekitar 40 hingga 60 persen saja yang baik. Permasalahan boleh kerana infeksi, seperti penyakit kelamin, varises pada scrotum yang boleh menghasilkan sperma tidak bagus.


Mitos: Posisi misionaris (wanita di bawah) akan memudahkan terjadinya kehamilan.
Fakta: Gaya klasik ini memang banyak diminati, tapi tidak selalu berakibat pada kehamilan. Pada sebahagian orang yang menginginkan kehamilan, ini merupakan posisi yang menguntungkan. Apalagi dengan bantuan bantal untuk menganjal bahagian pinggul. Mulut rahim akan terendam oleh sperma yang akan mempermudah masuknya sperma ke dalam mulut rahim. Sebaliknya posisi woman on top akan menyulitkan terjadinya pembuahan.




Mitos: Kalau tidak juga hamil, pasti ada yang salah dengan posisi saat berhubungan intim.
Fakta: Ini juga mitos yang tidak sepenuhnya benar. Ketidakhamilan 55 persen disebabkan adanya gangguan ovulasi dan sel telur. Kehamilan juga ditentukan faktor kesihatan kedua pasangan, terutama kandungan gizi pada makanan dan gaya hidup sehat.
Menurut dr Ferryal, untuk tujuan kehamilan, posisi dalam berhubungan intim bergantung pada kondisi rahim seorang wanita. Ada dua bentuk rahim yang hanya dapat diketahui melalui pemeriksaan doktor pakar, iaitu antefleksi dan retrofleksi.
Pada bentuk rahim antefleksi di depan posisi rahim menekuk ke belakang, akan sangat baik jika menggunakan gaya konvensional, iaitu lelaki di atas. Untuk bentuk retrofleksi atau menekuk ke belakang, dicadangkan menggunakan posisi dari tepi atau belakang.




Mitos: Wanita obesiti sulit hamil.
Fakta: Secara medic, obesiti menyebabkan sulit hamil. Seseorang yang gemuk, hormon estrogennya akan naik, sehingga menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Hal lainnya adalah tertutupnya saluran rahim oleh lemak yang akan mempersulit bertemunya sel telur dan sperma. Selain itu, secara fisik terlalu gemuk sulit terjadi penetrasi.




Mitos: Tidak boleh hamil kerana salah satu pasangan tidak dapat memiliki keturunan.
Fakta: Dalam dunia medic tidak ada istilah mandul. Infertilitas dapat diubati. Keadaan yang memungkinkan wanita tidak dapat hamil dari segi fisik adalah jika dia mengalami hipoplasia (pertumbuhan yang berhenti atau tidak sempurna). Seperti uterus rahim terlalu kecil, yang ditandai dengan wanita yang tidak mengalami menstruasi atau tidak memiliki sel telur.
Pada pasangan yang keduanya subur, ketidakhamilan boleh juga disebabkan faktor ketidakcocokan secara genetik. Salah satu contoh, sperma tidak dapat diterima tubuh wanita. Tubuh membentuk pertahanan terhadap sperma, sehingga sperma akan rosak sebelum bertemu sel telur.

Jumaat, November 25, 2011

Durian! Boleh sebabkan keguguran kandungan?


Durian memang nyam2! apa yang kite tau mula-mula dalam otak fikir durian ni boleh buat badan panas kalau makan banyak. memang tak di nafikan. boleh demam woooo...

Ramai sangat tanya boleh makan durian tak masa mengandung? lagi-lagi bila aku masuk salah satu room kat facebook, yang banyak bincang tentang kehamilan dan anak-anak. of coz pregnant anak pertama memang sangat risau kan?? bagi aku makan apa pun boleh, tapi berpada-pada. tapi sapa yang rasa ketahanan badan dia lemah, baik elakkan. aku tak kata aku superwoman ok.

Selain durian, orang kata tak boleh makan tapai, nanas, air kelapa, air tebu, air gas etc2. tapi aku ada cerita aku sendiri masa awal kehamilan hari tu.

Aku pun sama macam wanita lain jugak, sangat risau apa yang tak boleh di makan yang akan beri kesan pada kandungan atau boleh sebabkan keguguran. zuriat adalah anugerah paling berharga, tak dapat di nilai dengan apa pun.

Aku dapat detect kehamilan aku masa puasa hari ke-15 bersamaan 15 ogos 2011. masa ni da 1 1/2 bulan. tau tak 3 kali aku buat pregnancy test baru la dapat detect! agak sukar bagi aku sebab macam teragak-agak kan??? tah ngandung ke tak? tanda-tanda ada tapi kit tu negatif pulak. hat murah sangat kot?? haha.

Aku buat second test masa hujung bulan 7, masih negatif. kenapa aku buat test tu? sebab aku nak melantak durian! kihkihkih. masa tu memang musim durian, terliur beb tengok orang jual tepi jalan. berkali-kali ajak adik aku pegi cari tapi takde rezeki, ade je halnya. esoknya lepas aku buat test tu, lepas balik kenduri kahwin bersama sekali mak,anak buah, kakak dan abang ipor aku, saja-saja aku cakap 'jom cari durian' tup-tup abang ipor aku laju pulak pegi bawa kita orang ke tempat durian yang sangat best! hoorayyyy!! pucuk di cita ulam mendatang la kan.

Uiii aku melantak bagai tak hengat dunia. tak silap, aku sorang habis sebiji setengah la jugak! hah kau. mana taknya abang ipor belanja, dapat pulak durian jenis high gred tah apa musang king la, d24 la. order yang best-best je! (ni la baru dapat merasa durian mahal, biasa aku telan je durian murah-murah tu!rezki2....hehe)

Tapi mak aku menjeling je, 'jangan makan banyak-banyak'....(cakap ada makna tu)
Aku balas... 'takde la mak, da check'.. dengan konfiden tu

Tapi orang tua kan, dan rupanya time tu aku da ada isi. dan mak aku da agak, sebab dia kata aku macam mengidam dan nak sangat makan durian tu cuma aku sendiri rasa biasa je, tak la mengidam. instinct ibu adalah kuat pada anaknya. :P

Alhamdulillah takde apa-apa jadi.

Ni baru cerita makan durian, ada jugak aku minum bergelas-gelas air kelapa dan air tebu. time puasa hari tu memang aku suka sangat nak minum air kelapa. hampir setiap hari. rasa hilang haus sume. air tebu pulak sebab adik aku suke. so aku tumpang minum je la. syukur alhamdulillah tak jadi benda tak di ingini. ni sume jadi masa aku belum tau aku da mengandung. kalau ada ibu mengandung teringin jugak makan durian, makan just seulas. kalau nak minum air tebu ke, minum just seteguk. cukup la menghilangkan rasa nak tu je. tapi kalau risau takut apa-apa jadi, tahan je la. demi baby. yang penting banyak berdoa walau apa yang kite lakukan baby sihat dan selamat.

Jumaat, November 04, 2011

Petua meramal jantina anak dalam kandungan

Assalam dan selamat hari jumaat! hooreyyy..(bila da hari jumaat senyum melebor je.haha)

Insyallah lagi dalam 4 bulan lebih nak menjalani hidup sebagai seorang ibu. perasaan takyah cakapla. excited. tapi takmau keterlaluan, selagi belum tiba masanya kita hanya boleh bersikap sederhana. apa situasi pun. kalau over excited takut jadi lain, kite hanya merancang tapi tuhan yg menentukan. hanya mampu berdoa selalu.

Macam tertarik bile ada yang tanya dah scan ke?baby boy or girl? honestly tak tau pun lagi. tah macam nak scan, macam tak nak. leh tak camtu? hihi.

Orang dulu-dulu mana ada scan-scan ni kan? dorang main teka je. apa yang aku dapat info dari pembacaan dan cakap-cakap orang, petua nak tau baby boy or girl dalam kandungan ialah;

1- perut melebar ke tepi, girl. perut memuncung ke depan, boy.

2- tidur selalu mengiring ke kiri, girl. mengiring ke kanan, boy.

3- pergerakan dalam perut selalu rasa belah kiri, girl. belah kanan, boy.

4- suka makan manis-manis, girl. suka makan masam-masam, boy.

5- alahan biasa-biasa/takde, girl. kalau alahan teruk sampai minum pun nak muntah balik, boy.
(ni sangat tak pasti, if tak silap alahan kan ikut ketahanan badan. tapi ikut pemerhatian masa akak aku memamg takde alahan apa langsung, so dapat anak buah girl.hihi)

6- suka mekap dan melawa, girl. tak suka mekap dan selekeh semacam, boy.

7- malas buat segala kerja, girl. rajin buat segala kerja, boy.

8- muka berseri, girl. muka tak semenggah/tak berseri, boy.
(yang part ni aku ada baca sebaliknya, iaitu muka tak berseri dapat girl sebab seri si ibu dah di ambik/di tarik oleh anak dalam kandungan..wallahualam)

Ini je la antara yang aku ingat. banyak lagi sebenarnya petua-petua tu. antara betul atau tak, apa pun jangan letak percaya 100% takut kang harap lain, yang keluar lain. sedangkan kalau buat scan pun tak tentu kesahihannya lagi.

p/s : lusa dah raya haji/aidiladha, aku nak ucap selamat hari raya aidiladha pada semua. tak sabar nak makan rendang. walau raya haji je, rumah aku tetap buat rendang macam raya aidilfitri. yeyyy. raya rumah sini pulak tu. hikhik. lalalalalala........(sng hati betul!)....

Isnin, Oktober 24, 2011

Check-up bulanan for pregnancy

Di petang hari isnin ni terasa bosan n lambat je masa berlalu. tetiba rasa nak berblog. hehe.

Start last month (kandungan 3 bulan) aku da start buat check-up kat klinik ampang. kire 1st time register la.

1st aku call klinik tu untuk tanya apa yang perlu di bawa, taknak la datang berkali-kali sebab kena reject untuk daftarkan? so apa yang kena bawa?
1- ic kite
2- sijil nikah
3- scan pic baby (masa 1st time aku konfirmkan pregnant kat klinik swasta, doktor terus buat scan je n bagitau aku pregnant n dia pesan suruh bawa masa g check-up bulanan.tak silap masa ni da sebulan 1/2).

**penting : in case asben tak ikut, korang siap2 amik detail asben seperti pangkat keja apa, fon ofis, alamat ofis (selain nama, ic no of coz korang da ingat kan?). time ni nasib la my asben teman. huhu. 1st time agak cuak la.

Tup-tup sijil nikah bukan dia tengok pun, just nak amik no atas sijil tu. tanya sikit-sikit je bila nikah sume. aku still usung sijil ke hulu-hilir. belum sempat buat kad nikah la. tah bile nak buat. grrrrrr..

Bila kata klinik gomen paham-paham je la. aku pegi dari pukul 8.30 pagi sampai la lebih kurang pukul 12. perut da menyanyi2. so pegi la terus makan. lepas tu cabut pegi keja terus. penat woo.

So besok 2nd test for this month la. nak buat monthly check-up dekat klinik swasta pun bole. terpulang bagi yang ada fulus. tapi ada gak negative respon, ada kata check-up kat klinik swasta tak berapa details. contoh mungkin ada ubat/suntikan yang tak di bagi. but dari segi nak scan baby, ada yang kata susah nak buat kat klinik gomen ni. kan ramai orang, so cuma akan buat scan pada kandungan yang bermasalah je. wallahualam. oh ye satu lagi, boleh start monthly check-up seawal kehamilan (ada tulis pada belakang buku pink tu nanti). but ada akak sorang tu suggest pegi la bila da 2 bulan pregnant. yang jadi lelah bile kite fikir kena tunggu lama. huh kematu montot. hehe.

Selasa, Ogos 23, 2011

Nikmatnya menjadi isteri

Salam ramadan...

Tinggal seminggu lagi kita berpuasa then akan sambut raya, mesti semua dah tak sabarkan? aku pun. hehe. badan di ofis tapi otak dan jiwa dah fikir nak raya. ekeke.

Puasa tahun ni agak mencabar bagi aku. alhamdulillah aku dah ada 'isi'. 1 bulan ++. pagi2 rasa loya, adoi macam tak tahan. but cuba gak tahan sedaya mungkin. huh menguji betul. Ya allah kuatkan hamba-Mu ini. maka tahun ni aku beraya 1st time bergelar isteri dan bersama baby dalam perut. Ya Allah semoga sume selamat. amin.

Oh ye, lepas raya nanti mesti ramai yang akan ke jinjang pelamin kan. buat mereka yang membaca blog ni dan akan ke jinjang pelamin bulan depan dan seterus2nya, aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. smoga majlis berjalan lancar dan meriah. takmo stress2 k. dont put too high expection, buat apa yang termampu and the best je! insyallah sume ok. amin.

Menjadi isteri memang punya banyak kenikmatan. bukan je dr segi tidur berteman, paling penting hubungan dah halal jadi nak ke mana-mana sangat bebas! seronok woooo!! hihi.

Kelebihan dan kenikmatan lain bila menjadi isteri :-
1- buatkan air dapat pahala
2- suami balik rumah dan penat, isteri layan dapat pahala jihad
3- isteri tengok suami dan suami tengok isteri dengan kasih sayang, Allah pandang kedua2nya dengan penuh rahmat
4- isteri yang jaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah izinkan masuk syurga dari mana2 pintu ikut suka
5- berpegang tangan, gugur dosa2 kecil
6- picit kepala suami tanpa di suruh, pahala 7 tola emas. picit kepala suami dengan di suruh dapat pahala 7 tola perak

Banyak sangat kelebihan dan kenikmatan jadi isteri ni. aku pun sedang belajar memperbaiki diri. yang aku sebut kat atas ni kira hal kecil yang kita buat tapi dengan senang dapat pahala. marilah sama2 menjadi isteri yang menyejukkan hati suami dan menjadi isteri yang solehah. amin.

Pesanan terakhir dari aku "Selamat Hari Raya Aidilfitri". Maaf zahir dan batin.

P/s : kalau balik kampung tu hati2 ye. tak kira drive sendiri or naik transport awam.

Selasa, Jun 07, 2011

Alhamdulillah...selesai sudah!

Assalam...

Takde apa nak di cakap selain bersyukur sebab dah selesai satu episod untuk majlis di pihak aku. alhamdulillah.. semua berjalan lancar walau ada gak la sikit-sikit masalah di luar jangkaan.

Buat masa ni takde mood nak buat review lagi. banyak benda boleh di pelajari dari majlis aku ni kot, nanti aku share ye bila mood sudah mari... hihi..

Buat blogger2 lain yang langsungkan majlis pada hari sama dengan aku iaitu 5 jun 2011, tahniah di ucapkan ye. semoga berbahagia ke akhir hayat n selamat pengantin baru serta melayari alam baru..

Jumaat, Mei 27, 2011

Tabahlah kamu......

Pagi ni di kejutkan dengan cite dari sorang membe baik. dia baru gak berkahwin bulan ni. dugaan maha hebat!

Hubungan yang di harap bahagia, tapi permulaan je da di duga dengan kehambaran. aku doakan kau tabah ye. banyak-banyak la solat dan doa smoga rumahtangga kau bertahan dan bahagia selamanye. pada wanita-wanita lain di luar sana, kalau sorang laki dah jadi hak milik wanita lain, jangan la cuba nak bermain api ye. cari la lelaki lain yang lebih elok. tak perlu la nak guna ilmu-ilmu hitam untuk rampas hak orang. aku sedih sangat, baru tau hal ni. sebelum ni kau sembunyi dari aku kan ape kau alami ni........ :( sedihnye laaaaaaaa!!..........

Rabu, Mei 25, 2011

Selesai hal borang nikah! Prosedur untuk pengantin Selangor.

Sebelum ni rasa macam susah betul nak siapkan borang nikah ni. but skang rasa senang pulak (ceh mentang-mentang dah lalui).. hehe.. :P

Aku cerita la ye serba sikit. maybe boleh jadi rujukan pada bakal pengantin yang lain (tapi tengok juge pada situasi korang ye).

** Penting : korang kene pastikan siapa penolong pendaftar nikah or PPN area rumah korang (tanya qariah masjid berdekatan). step ni aku cut sebab kakak aku dah kahwin so just proceed ke PPN tu.

Situasi kami :
a-ic aku alamat Ampang jaya di bawah Pejabat Agama Islam Daerah Gombak-Keramat
b-tunang aku beralamat melaka dan bekerja di KL

........................................................

Lets start (L-lelaki merujuk tunangku & P-perempuan merujuk pada aku) :

1- L & P - hadiri kursus pra-perkahwinan (kat mana-mana pun boleh)

2- L & P - buat test hiv di klinik kesihatan kerajaan (mana-mana boleh tapi certain klinik tu siap tengok alamat baru boleh proceed. kene buat appoinment).. yang ni kami buat di klinik kesihatan kampung pandan. borang akan di bagi oleh klinik tersebut masa korang set appoinment. kene datang n set appoinment k. siap kene baca n hafal tentang hiv n aids ni. result ni cuma valid untuk 6 bulan je.

3- L - minta surat pemastautin n akuan bujang dari majikan dia. sebab dia uruskan dari kl je. bole buat kat kampung gak, kalau buat kat kampung so tak payah surat pemastautin la. surat akuan bujang selain majikan bole minta penghulu/ketua kampung dan pihak lain yang di benarkan.

4- L - ambik borang dari JAWI atau download kat web dia. Borang 1 (butir pemohon, pasangan dan perkahwinan iaitu masa dan tempat nak nikah). Isi je la apa yang di suruh. Then complete hantar ke Jawi untuk proses. Siap pada hari yang sama. Caj RM5. So keluar la surat kebenaran berkahwin di luar negeri/negara. Pass je ke pihak perempuan iaitu aku la kan. JANGAN LUPA BAWA ORI SIJIL KURSUS PRA-KAHWIN. hari tu sijil tunang ada pada aku so takleh proceed untuk pegi hantar. hehe.

5- P - Ambik dan isi borang 2C-permohonan kebenaran berkahwin dan 2D-persetujuan wali dan wakalah wali, ambik dari PAID or download je kat website. aku pegi amik dari PAID sebab nak tau tempat kat mana. Masa tu 1st time pegi so kakak yang teman dan tunjuk la. Lampir la apa yang patut iaitu ic pemohon, wali, 2 saksi, sijil nikah, surat kematian ayah dan result hiv (ayah dah meninggal so wali adalah abang).. set borang kebenaran berkahwin lelaki pun lampir sekali. oh ye,mesti usung gak ori punye surat kematian ayah ye. ppn nak tengok. termasuk usung sijil kursus ori. kes aku, abang ada la ke-2 dari 4 orang so tak perlu sijil nikah mak bapak. if abang korang menjadi wali dan anak sulung, siap sedia dengan sijil nikah mak bapak ye. mesti ada! then ppn akan sahkan if semua dah ok dan complete.

** Pihak P bole ambik dan isi dulu form 2C dan 2D ni, jangan tunggu borang yang siap dari pihak lelaki tapi jangan di isi bahagian tandatangan saksi dan wali tu. kene bawa wali dan saksi-saksi then sain depan ppn.

6- P - Borang yang dah dapat pengesahan ppn, hantar pulak ke PAID semula. time ni pun bawa la yang ori surat kematian ayah dan sijil kursus kahwin ye. orang kaunter tu check-check then buat bayaran rm10 untuk pemprosesan. then balik la n collect besoknya.

7- P - Collect borang yang dah dapat pengesahan pendaftar PAID. Last step just bagi balik borang-borang ni pada ppn. Done!! hooraayyy.. da boleh kahwin. haha.

Sekian celoteh kali ni, smoga berguna untuk b2b yang akan bernikah di Selangor ye. jadi lelaki senang ek, step dia macam ringkas je. kalau perempuan, berpeluh. hihi.

Selasa, Mei 24, 2011

Idea pemakaian tudung untuk pengantin

Lari dari kebiasaan, pengantin kat malaysia ni rata-rata pakai tudung instant jenis ber'awning' masa nikah @ sanding. betul tak??


Aku sangat adore la dengan fesyen pemakaian tudung macam kat bawah ni. sweet dan gorgeous la!! ada terlintas nak buat masa nikah @ sanding. tapi-tapi...erm macam susah je nak lilit-lilit bagai. tengok la macam mana nanti. :P




isk3 cantiknya dia.. comel dan sweet. yang bunga-bunga tepi kepala tu headband rasanye kan?? ala sape yang pandai diy macam ni bole la buat kan.. huhu..




Gaya ni agak tipikal tapi yang lainnya.. veil bahagian belakang dia just ikat dan tak di biar kembang. if tak salah la. hihi. baju dia pun sangat cantik ok. jeles.



Siapa yang bermuka bujur dan lonjong buat la gaya ni ye, sure meletop la.

Isnin, Mei 23, 2011

Kerja gila. tukar warna tema di saat akhir!

Wah-wah kau yana.. suke ati je kan tinggal lagi 2 minggu tukar warna tema pulak.. tu orang kata kerja gila!!



Takpe-takpe be cool.. aku nak puaskan ati aku. tahle susah nak di ceritakan, sampai esok pun tak abis la kot. ok fine maybe la silap aku, sebelum ni set dalam kepala nak kaler turquoise but butik takde pulak. yang ade pun saiz comel-comel dan design tak best.. cerewet!! but reserved gak 1 kaler biru (aku kata bkn kaler turquoise but orang butik kate turquoise gelap!ye la tuu). design very simple. baju ala2 kebaya paras lutut dan kain meleret sikit. (masih tak dapat senyum ke telinga sebab tidak seperti ku ingin dan angankan) :(



So last week pegi untuk buat trial mekap dan photoshoot studio, tup-tup 'terpakai' baju set kaler kuning dan hijau. (butik tak kisah nak pakai baju ape pun untuk shoot tu) dan terus jatuh cinta. design pun gua suka banget!! terkelip-kelip aku fikir sorang-sorang. dalam ati memang da terlintas nak pakai baju tu masa sanding. nak tukar!!! takpe-takpe cool dulu wahai ati..



Besok-besok cerita kat akak yang aku pegi try mekap dan photoshoot, dan-dan dia nak tengok gambar. nasib la aku standby kamera sendiri masa tu, so snap-snap lebih sikit. harap official sikit je la, free ye dok. ohhhh upenye akak aku pun kata baju tu marveles dan eksklusif. cantik! arrgghhhh ati semakin meronta-ronta!! ye akak aku adalah consultant image aku. hehe. aku percaye pada pandangan dia. so kalau aku dan akak da kata cantik, botui la tu. ekeke.



Call butik nak tanya ke'available'an baju tu. alhamdulillah takde nak pakai masa date aku nanti. so proceed!! tinggal last fitting nak pick-up baju je nanti. so ade sikit keje untuk mix-n-match barang lain spt bunga telur warna biru. kot silap-silap jadi tema aku colorful pulak. haha. yang penting mak dah dapat baju yang mak suke nyaaahhh..hahahahaha gile!



p/s : sila jangan tiru perangai huduh sy ni!! yihaaa..




...............................................................................




update pantas :




- semalam dah book dan bayar depo untuk pa sytem

- setel jumpa tok kadi untuk konfirm date and time nikah (last minit. keje gile lagi!!)

- setel booking homestay kat melaka nanti. walau hanya 2 jam dr kl, ade yang nak berjimba-jimba dok berhari-hari. aku on je. takde masalah la setakat nak sewakan homestay. bia dorang hepi kan kan??..




Untuk para bakal pengantin (b2b) bila masa makin dekat jangan pening-pening sangat. takmo stress-stress ok. ramai dok push aku termasuk my beloved mum buat tu buat ni. tapi buat telinga kuali je. mean bukan la ko buat pekak tapi tak jalan ape-ape. ko buat ape yang patut la. jangan stress dengan ke'push'an orang sekeliling. ni majlis kite, buat ape kehendak kite. mana nasihat bole amik, kite amik. kalau tak, abaikan aje. kalau stress , jom pegi karaoke release tensen. hihi. :P

Jumaat, Mei 20, 2011

Nak buat apa lepas kahwin?



Pssssttt...rahsia eh... sebenarnye aku dah tensen keje bawah orang. dah rasa macam nak pencen sebelum masa jek. hehe. so berbincang dengan tunang,


"lepas kite kahwin, i ni nak keje ke duduk rumah je??"

"terpulang la kat u. tapi i warn awal-awal. kalau i keje seorang, u takleh nak komplen-komplen makan tak sedap ke, tak dapat shopping ke bla bla bla... maksudnye ape yang i termampu bagi, u terime je dengan redha..."


huhuhu...tak dapat shopping?? xbestnye... :(


Ye bakal suami masih menstabilkan kerjaya beliau, so aku takleh la nak demand-demand. tapi kan, aku dah fikir kalau aku nak behenti keje bawah orang, aku takmo duduk diam je. macam-macam bole buat. lagi-lagi dunia teknologi ni. bisnes melalui online la ape lagi. yey..!!!


Ada beberapa perkara yang perlu di fikir sebelum ambik keputusan nak behenti keje ni. memandangkan kire aku dah stabil dengan kerjaya skang ni (but still nak ade kemajuan lagi) nak behenti kene fikir panjang. aku ade target jugak. dan takde la nak susahkan dia. lagi-lagi sebab aku tak dapat shopping nanti. huhu.


Kalau aku behenti keje??


1-ape aku nak buat selain keje rutin kemas rumah, masak etc2.

a)bisnes online-jual barang tersedia (baju, tudung etc) @ yang perlu buat sendiri (jahit baju, buat kek/cupcake etc), affiliate yakni tolong jual je barang orang lain. dll.

b)bisnes offline-jual nasi lemak dan kuih depan rumah (kalau teres la), jaga anak orang dll


Asasnye aku dah ade, dan maybe akan carry-on je lepas kahwin nanti. sebelum ni buat secara partime je. kalau ambik kursus baking-baking or mekap-mekap best jugak kan?? hihi.


2-dah puas hati ke dengan income yang dapat sendiri?

Ohhh... memang la belum puas hati. kene keje keras lagi. dia dah bagi green light carry-on bisnes sebelum ni, but secara online je. penah jugek join karnival kat luar, tapi penat wooo dan banyak masa perlu di habiskan, tu yang dia tak bagi.


3-kene nekad, jangan hangat-hangat taik ayam je

Once da behenti keje, if nasib tak sebelahi memang susah nak pulun cari keje lagi kot kat luar tu. lagi-lagi umur makin meningkat.huhu. so setapak melangkah buat bisnes sendiri full-time kene la teruskan sampai berjaya! semangattttttttttt!

Khamis, Mei 19, 2011

Sedang 'siapkan diri'

15 days to go...........


Bukan siapkan diri untuk hari majlis sahaja tetapi siapkan diri untuk tenang n kuat hadapi segala dugaan yang dah n akan di hadapi.


Lebih kurang lagi 2 minggu kami akan bernikah. progres wedding sangat banyak, preparation secara marathon. cuti baru ni selama 4 hari pun memang tak duduk diam. hari-hari keluar g beli macam-macam barang.


Bile nak dekat majlis memang macam ni, akan ade je yang kurang or tiba-tiba nak beli. haha bole pulak tiba-tiba kan?? nak tambah la ape la. isk macam-macam.


Vendor-vendor tinggal nak finalise discussion je lagi. ape patut n tak patut buat.


Buat bakal-bakal pengantin, b2b yang ade blog or tak aku cuma doakan smoga punye ketabahan n kekuatan hadapi masalah yang pasti mendatang.


Masalah dari famili n sanak-sedara, bukan senang nak puaskan hati banyak pihak. cuma bersediala dengan telinga kuali yang kalis bunyi-bunyian. hahaha. serius! pandangan tu banyak, demanding tu banyak tapi tengok la poket kite k! lain ar dorang nak sponsor. aku cakap straight to the point je. tensen beb! suggestion kemain tapi habuk pun tarak, baik takyah banyak bunyi. emo. hihi.


Masalah dari vendor. lagi-lagi untuk mereka yang upah vendor pelbagai. ambik pakej asing macam katering, pelamin, baju sanding, mekap, jahit baju nikah etc2. aku tak punye banyak vendor untuk majlis aku. untuk pakej mekap, pelamin, baju sanding, baju nikah n katering sume all-in-one. cume berdoa tiada masalah. amin. aku buat yang termampu, Allah yang tentukan sumenye. ni pun dah pening. bukan tak cuba faham, tapi bile dah janji sekian-sekian tolong la tunaikan. contohnye aku nak ambik baju sekian-sekian date, dia kata akan call balik esok untuk konfirm. tup-tup seharian suntuk tunggu takdo gak. hampeh. thats why kene letak dateline yang lebih awal, supaya dapat elak kalau ade masalah d kemudian hari. so ade masa untuk selesaikan. huh!


Masalah dengan bakal suami. tak di nafikan bile kite stress, nak naik angin je kejenye. pastu of coz akan banyak bincang banyak hal dengan bakal pasangan hidup kite. so marah pun akan tempias pada si dia. bawa-bawa banyak bersabar. hah ni memang kene pada aku, sejak-sejak ni memang aku selalu marah-marah je. tunang aku sendiri cakap macam tu. hehe. bile dah sedar terus minta maaf, yela stress persiapan n keje kat ofis lagi. dia senang je, bagi duit kat famili n dia teruskan keje je kat sini. huh jeles. hehe. tapi aku cerewet, aku nak sume pilih sendiri. kalau tak elok pun aku sendiri yang pilih so puas hati. haha. kesimpulannye, bertolak-ansur. kalau dia marah, aku pulak diam je la kan. :P


Masalah paling besar adalah dari diri sendiri. masalah fizikal bole buat stress. lagi-lagi masalah berat badan kan?? majoritinye. include of me. tapi rileks je. kite usaha tapi kalau tak dapat weight di inginkan janganla stress yang keterlaluan. cool je n move on. masalah psikologi, orang sekeliling push untuk hal yang kite tak suke. masalah psikologi kat tempat keje lagi. buat seketika abaikan je. letak tepi la sume tu.


Panjang pulak aku membebel kali ni. ape pun jika satu-satu masalah tu terlalu sukar sampai rasa macam tak dapat di selesaikan, letak tepi dulu. just buat something yang bole buat kite hepi.


Doa untuk menghadapi stress : surah al-imran ayat173

Rabu, Mei 11, 2011

Kami alami accident! wuwuwu...

As salam..



Sob sob sob.. last weekend kami balik ke melaka untuk setel pakej andaman, hantar kad kahwin yang dah siap dan survey rate homestay sekitar situ.. sume setel dengan aman walaupun agak rushing memandangkan kami hanya balik beberapa hari je.. kampung tunang adalah di merlimau, melaka.. org melakau.. :P


Perjalanan balik sume dalam keadaan baik, kami behenti kat r&r ayer keroh.. aku singgah toilet dan beli sikit stok jajan2 dan air untuk kunyahan dalam keta..


Niat d hati memang nak suruh tunang drive kete masa kat highway (dia takde lesen keta..shhhhh rahsia tau! :P ).. aku nak dia belaja drive, ala ape la sangat keta auto pun kan.. pejam mata pun leh bawa (berlagak padahal baru P pun!).. haha.. sebab dah planning suruh dia ambik lesen keta lepas kami selamat dengan majlis kami nanti.. insyallah.


So dengan baik hati n bia dia senang sikit bawa, aku drive bagi kuar dari r&r tu dulu.. then aku park la tepi highway tu.. pada aku situ selamat la kan.. sebabnye orang keluar dari r&r takkan la nak racing kan?? tapi aku silap..!


Tengah syok aku buka plastik nak makan pau kaya kesukaan aku, n tunang aku pulak tengah setting2 seat dan mirror sume.. debuuummmmmmm!!.... eh apehal lak ni?? jantung dah berdegup kencang la.. nampak la cover side mirror aku belah kanan tercabut dan tercampak!! dan dengar bunyi cermin pecah kat belakang keta!!..


Tapi macam si** pemandu bodo tu lagi laju ade la.. bukan nak behenti say sorry ke ape.. memang nak mampos la.. hei memang aku sumpah seranah la kan!.. mesti bontot keta aku remuk, seremuk hati aku ni dengar keta aku kene hentam!!... aku jadi blur, kalau tak boleh amik gambar ke kan?? tapi lembab la pulak kan, padahal keta tu berdesup gile.. kang aku kuar kamera je da tinggal asap keta je la kan.....


Aku tak kuar keta, aku duduk je dalam sambil sumpah seranah driver yang sangat biadap tu..! yang aku dapat tangkap no plat dia starting from PCB XXXX (jenis keta tak pasti tapi kaler purple gelap).. arghhh geram!!... dengan sabar tunang aku pegi pasang balik cover side mirror tu. nasib cermin dia tak pecah, kalau tak dah macam orang buta la jugak bawa keta. oh ye time tu dah la aku sakit kepala, sempat beli panadol gak tau. isk aku memang tak sanggup la pegi tengok cermin belakang yang pecah tu..... my heart is broken........ :(








calar yang di tinggal kan!! nasib la tak kemek teruk kan?? huwaaa.... kesian my dear... :(










cermin kete yang di hentam oleh si buta bengap! geram! smoga ko dapat la balasan wahai penganiaya! dah salah kau cabut!! berhati binatang!



But but aku masih bersyukur.. ni kire sikit je kot.. aku lagi takut kalau keta tak guna tu hentam betul2 belakang keta kitorang. ade kemungkinan kami akan jatuh ke gaung tepi kiri atau tercampak ke tengah jalan kanan tu.. alhamdulillah kami masih d beri kesempatan untuk hidup..


Prasaan masih takut tapi perlu terus jalan untuk balik jugak.so tunang la yang bawa cume aku pesan takmo bawa laju. bia la lambat yang penting selamat. padahal accident ni pun keta kami dok diam je. tapi orang yang melanggar kami. dugaanaaannnnn.... aku tak terus call emak bercerita, aku taknak mak risau. sampai rumah baru aku cerita.

P/s : to all b2b yang lain jugak berhati2 la selalu ye. memang malang tu tak berbau tapi kene jugak ambik langkah berjaga2. termasuk la sume penunggang n pemandu, berhati2. jangan pk diri sendiri je, tolerate la dengan pengguna jalanraya yang lain.

Khamis, Mei 05, 2011

Apa salahnya pakai gaun kembang dan bertudung

Sinonim bila kita sebut gaun pengantin (yang kembang tu tau) mesti terfikir seksi-seksi belaka. betul tak?? ok fine tapi skarang zaman da moden so pakaian gaun pengantin kembang yang seksi bukan penghalang untuk di pakai. bukan la pakai semata 'bogel' macm tu. boleh di mix dengan pakai baju inner saja or tambah dengan lace luarnya. ermmm mst cantik kan??




Salah satu impian kahwin aku adalah nak pakai gaun pengantin kembang kaler putih ala2 omputih tu la. n ade test one pair hari tu kat butik n sangat berkenan. fit to me. masa try tu di temani akak n mak. so dorang kata ok (dalam hati da hepi sangat!). so da reserved siap-siap la kan. hepi kemain tau.





Tup2 bile da kat umah akak bagi komen yang lain pulak. dia kata tak sesuai kalau pakai gaun tu n pakai tudung. is it?? tapi aku tak rasa macm tu. macam2 style bertudung ada skarang ni so pada aku takde masalah langsung. masa aku try tu aku pakai tudung berawning tu, ok maybe la memang tak sesuai tapi aku memang tak bercadang pakai dengan tudung jenis macam tu! dalam kepala otak da ligat berfikir style tudung macam mana yang sesuai. maybe akak aku belum terbukak mata lagi kalau sebenarnye banyak style tudung ada kat malaysia ni (marah ni!). akak aku sebelum ni free hair sejak berumahtangga dia bertudung da. takpela aku tak salahkan dia, pendapat dia je pun. tapi buat me goyang la kan. mana tau memang tak sesuai. dia cadangkan just buat photoshoot studio nanti dengan baju tu. huh frust la. nak la tunjuk pose ala cinderella kat pelamin nanti. hehe. insyallah baju tu nak di pakai masa malam berinai je. malam.. so takde la panas pakai baju kembang2 kan. smoga sume berjalan lancar hendaknya. hopefully dapat gerak hati which one yang terbaik untuk aku di majlis nanti..




possibly baju ku akan spt ini. tidak la sebijik ye. just orang butik tu suggest pakai gaun tu dengan lace macam ni (sememangnye gaun tu seksi bangat!). n of coz pakai baju inner k dalam dia. huhu.















See! semua gambar2 atas ni cantik je pakai gaun n bertudung kan. isk3....

P/s : sedang cari idea style tudung n veil yang sesuai. sape yang ade idea or pakar, sila la tunjuk ajar ye.. hehe

Rabu, Mei 04, 2011

Salji di Malaysia? Bestnye!!

Gambar ehsan yahoo




Kenape?? tak pecaye aaa???... haha.. syoknye skang malaysia pun ade salji tau... jom pegi serbu ramai2!!...


Salji ni ade kat i-City, Shah Alam.. di kenali sebagai Snowalk.. hihi dekat je dengan kl.. bole la pegi bile2.. sape2 yang belum terfikir nak honeymoon ke mana2 macam aku ni ha bole gak pegi tempat ni dulu... :D


Serba sikit pasal snowalk @ i-city ni... merupakan yang pertama di south Asia gunakan teknologi Korea (terer kan dorang ni!).. air beku yang menjadi salji n selamat utk di rasa... haha jangan korang pegi pulun buat ABC pulak... nyam2...


Eh teringinnye nak pegi, harus suggest bakal suami utk ke sana.. ape2 hal tunggu kawin dulu baru bebas sikit nak berkepit (gatai!!).. lalalalalala...


Untuk berita penuh tengok sini ye, salji di malaysia

Selasa, Mei 03, 2011

Cuti yang tak cuti

Ape yang aku merepek nih? haha. orang lain maybe cuti hari buruh n weekend dapat rest n goyang2 kaki but me not... dah takleh rehat, tinggal sebulan lebih je lagi!!...



Macam ni la aku skang.. setelkan sume hal seperti bermarathon... caiyok2...




Bab kad kahwin setel sebelum date line yang aku tentukan. kamis lepas habis keje terus rushing jumpa si vendor untuk amik kad. luck me sebab yang tukang deliver sanggup drop kat area dekat2 rumah. so that janji dengan dia sekian2 masa n tempat.. kalau nak aku datang kedai dorang mst sesat! wajib le dengan hidup aku ni.. haha..

Jumpa, check2 n bayar balance terus cabut balik. but pukul 7 lebih gak la aku sampai rumah. tah nape jem gile pulak! baru lepas hujan kot.. huh dugaan.. sampai rumah je dorang excited betul tengok my kad siap dalam diam2.. aku ni jenis tak kecoh lebih2.. seminggu sebelum my mom da sibuk tanya2 kad bile nak siap?? aku just cakap dalam proses (dalam nada malas2..haha saje nak bikin dia panik). so dia pk mungkin lagi 2-3 minggu siap tapi tup2 da ade kat tangan..hehe... n betapa dorang dia excited, kad nak siapkan lipat malam tu jugak..500 keping tau.. adoii.. aku ingat nak la buat sok lusa, penat beb tak rehat.. tapi terpaksa le da dorang beriya so me kene tolong buat jugak.. takkan ko nak melangok tengok je tak tolong padahal ko yang nak kawin kan?? :P

Syukur la pasal kad kahwin aku takde hadapi ape2 masalah.. tak silap aku by 15hb mcm tu aku da start email my vendor pasal design, kaler etc2.. serius aku tak tengok finalise contoh kad pun tau, just draf n proceed dr email je.. so nak ammend ke ape ke sume email je termasuk la brape kene bayar sume.. alhamdulillah sume lancar, 28hb dah dapat.. but sepatutnye dia suruh aku konfirm kad dah siap by 29hb tp aku cuba nasib so aku call awal sehari 28hb tu la n tup2 dah siap.. syukur.. insyallah nanti aku akan cite pasal kad kahwin aku yg berkos 37 sen sekeping termasuk envelope.. murah pada aku, under my bajet yang telah d tetapkan.. :)

So soal kad kahwin tolak tepi... hihi

But weekend lepas baru start buat doorgift.. memasukkan doorgift ke dalam kotak yang ready-made.. aku tak rajin n tak pandai diy.. sehari buat 1 kotak sebab letih la nk siapkan sume ye tak?? mau kejang kaki bersila buat menda alah tu... n dah siap half la.. buat slow2 je sebab ade masa lagi kan.. takmo stress n rushing2... ahad lak berjalan ke melaka hadiri kenduri majlis membe.. tema maroon tu.. hehe.. tak ku sangka ye ko minat kaler merah.. :D

Huh n now dah masuk bulan 5... huargghhh masa cepat betul ko bergerak la.. bagi la aku bernafas skit... blurp blurp blurp.... 33 days to go.... weeehuuuuuu......

Khamis, April 28, 2011

Tempias rezeki orang yang nak kahwin

Korang percaya tak org sekeliling kite pn akan kene tempias 'murah rezeki' orang yang nak berkahwin ni?? aku percaye. sume d mulai dengan niat baik so ade la imbalannye. aku terfikir soal ni bile orang terdekat aku yang tak penah2 menang lucky draw seumur hidup, kali ni dapat 3rd best prize yang berupa notebook brand hp. fuiyoooo.. bakal pengantin pun tak sebertuah tu..hehe...tu le rezeki adik lelaki aku sendiri... meh aku habaq..


Sebelum ni aku da berkira2 nak suruh adik aku je tukang capture pics time kahwin nanti if bajet memang takde. dia bukan le pro but just bole tahan la.. aku pun tak kisah as long ade pic sebagai kenangan. stiap momen yang penting.. n aku da berkire2 jugak nak saving untuk beli kamera best maybe dslr. dari pemikiran logik aku, untuk jangkamasa panjang dari aku amik OP better aku beli kamera baru.. no no no aku bukan perkecikkan yg OP ni tak penting.. memang sangat penting!!! cume situasi aku lain. bole d kata aku gile bergambar, jadinye tu yang plan beli kamera je.. hehe..so next time bole pakai lagi sampai lebam...


N rupanye diam2 adik aku da pasang niat nak beli kamera dslr untuk amik pics d majlis aku nanti.. Ya Allah terharunye aku.. tup2 last week dia ade company dinner, tu yang tiba2 rezeki bergolek menang 3rd prize tu. memandangkan dia da ade laptop sendri so dia nak jual untuk beli kamera tu.. see skang dia dapat hadiah free untuk topup2 beli kamera tu.. kuasa Allah. syukur.. takde la rasa susahkan dia.. kesian..




Rezeki bole di samakan macam durian bergolek kan?? hihi..




Sorang lagi adalah besfren akak aku yang kitorang da anggap macam kakak sendiri..sebelum ni cakap.. 'jangan risau pasal kek, nanti akak yang sponsor k'.. alhamdulillah... tup2 tah dorang ade majlis ape tah masa lucky draw dia menang permainan game (ps3 kot)..haha aku pun tak tau..n dia kata nak jual, sebab dia tak main menda2 tu...


Trime kasih Ya Allah.. murahkan rezeki orang yang nak membantu ringankan beban aku n bakal suami... :)


Korang ade gak tak cerita macam ni?? meh ar share... nak tau jugak... :)

Selasa, April 26, 2011

Rumitnye nak buat hiv test! Express update!

Fuhhhhhhhhhhhh!!!!... tu jela 1st word yg keluar dr mulut nih.. :P

Since last week aku kol kk area kl untuk buat hiv test, termasuk la kk ampang, kk dato keramat, kk petaling bahagia, kk au2 smua appoinment da penuh bulan nih. paling awal pun pertengahan bulan 5!! arghhhh aku tensen lagi!!!

Tak terjangkau dek pemikiran aku yang appoinment kene buat awal seawal 3 minggu sebelum date d pilih.. kalau tak, jadi ar cam kes aku.... semua full!!!

No choice paling awal is next week (plannye nak buat this week)... so buat kat kk pandan je...baru buat appoinment tadi... walau xtau jalan, main redah la but prepare maps awal2 but still sesat...huhu erk harap2 semua berjalan lancar minggu depan... amin

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Express update
- this week must make sure kad jemputan da siap n collect!
- 1st mei nih bersamaan ahad kene pegi melaka, my besfren nak kawin (wajib pegi!)
- next weekend pegi melaka lagi, teman si dia n pegi tengok butik... boleh tak kitorang still tak pilih butik untuk majlis bertandang kat melaka?? erkkk..........

Toing toing... bulan 5 akan super busy dengan macam2 persiapan n persediaan... oh tak boleh main2 lagi.... must have planning for every single day......huhu... tired... (padan muka aku semua buat last minit)

Isnin, April 25, 2011

Glitterati berubah status! HELP!!!!

Minta tolong kawan2 yg maybe penah alami or tau situasi aku alami ni. petang tadi tiba2 nak buka nuffnang. tup2 eh apsal status membe aku lain?? check last week rasanye masih glitterati lagi.


Glitterati means membe yang eksklusif d mana tak letak ads lain kat blog kite kan?? n setahu aku takde la ads pesaing lain kat blog aku nih. yang aku terfikir ni, adakah ads heartbeat ni pengaruhi nuffnang ye?? help please!!!.... tak nak la hlg ke'eksklusif'an tu.. huwaaaa... (da la dapat ciput je.. huhu)





Ape solutionnye ye?? ads heartbeat tu kene padam ke?? please help me..!!



Ahad, April 24, 2011

Dulang hantaran murah!!Barang kahwin murah!!

Hari ni baru teringat nak share tentang dulang hantaran yang aku dapat beli dgn murah. sbbnye tadi baru balik dr rumah kenduri sorg sedara. erm tp sampai2 je pengantin da lepas berarak. sanding awal pulak.. dlm 12.30.. erk ke aku yg tak alert n xtengok kad kahwin dorang?? hehe..



Hanya b2b n ex-b2b yang tau camna serabut pk hal duit bile nak kawin ni. sume nak cut-cost. meskipun majoriti lelaki yang keluarkan duit, taukah anda pihak lelaki/bakal suami akan banyak serahkan hal kawin pd anda?? (kalau anda2 adalah pompuan ye).. tak kisah dr segi pilih kain buat baju kawin ke, barang hantaran ke, pakej2 kawin ke n so on la. dia jd finance approval je. ala2 jadi bos je la, bagi kata putus stuju or x dgn cadangan kite. betulkan b2b?? haha.



Ok berbalik pada dulang hantaran murah. huh rasanye skang ni tgh 'in' dulang jenis yang bercorak2 kan?? aku penah berkenan dulang kayu tu. banyak la survey2 sana sini, sume dulang jenis moden punye mst rm30 ke atas. ade yg regenye pun rm40++ tau!!! huh! ok kire murah rm20++ kat bandar baru ampang nun. but still xpuas hati n survey dlu. merayau2 internet dapat la info tempat barang2 kawin murah. kat chow kit.



Meh aku tunjuk dulang yang aku kata murah tu..... jeng jeng jeng.....






:: dr pandangan dekat (bentuk lurve lagi tuh...jgn jeles! haha)







:: ni dr pandangan atas. besar tau. letak 2 pasang kasut pn muat kot. hihi.




:: pandangan keseluruhan. nampak x kaki dia yg comel tu?? da xperlu nk lapik bawah dia dgn dulang tradisional tu. stand alone.




:: one more pic. ok x? bg aku cantik n sgt berpuas hati!!

Jom teka harga pulak...... rm50? rm40? rm30? rm20? sume salah!!!.......

Aku beli dgn rege rm13.50 je!! di ulang rm 13.50 tau!! aku beli 7 dulang.. murah x?? mula2 dia bagi rege rm15 but aku minta kurang lg n d sebabkan aku beli byk brg lg so dpt la rege tu beb. alhamdulillah...

Brg lain yg aku borong bawa balik...doorgift+kotak, paper bag, bunga manggar n bunga telur.. habis la ribu2 lemon gak.. hihi... banyak design lagi utk dulang tu. cuma aku cari yg cantik n murah!! dulang jenis kayu tu aku dapat rm20 tp aku pk better beli yg besi, tahan lama skit. bole la adik lelaki n abg aku pakai nanti bile dorg nk kawin pulak... :)

Kedai ni kat chow kit.. kalau tau pasar chow kit tu, mmg da dekat sgt la.. cume tempat agak tersorok.. 1st time g mmg susah la sbb aku pn mana ade g sana..

Nama kedai dia...
kedai bunga vivian (no 8, jalan haji hussein)

Aku dapat info kedai nih dr sorang b2b yg baik ati. ni link dia kitakesitu. Untuk dapat info details pasal nak ke tempat tu refer link tu ye.

Memang macam2 ade kat kedai tu. korang nak upah buat hantaran pun bole. rege aku xingat, depends pada permintaan n design korang nak rasanye. ade yang kata kedai ni murah lagi dr kedai2 kat nilai tu. wallahualam. aku xpegi nilai sbb jauh n malas. memandangkan kedai ni pn mmg murah sgt dr kedai lain yg aku da survey, so just beli ape yg di perlu kat sini. setel!!

p/s : leh passing info ni pada membe2, famili n sedara yang nak kawin. mana yg bole jimat, jimat le kan...... :)

Sabtu, April 23, 2011

Happyyyy birthday to me!! yeay!!

As salam...




Happy birthday to me... happy birthday to me... sejambak bunga dr tunang tersayang...

Just a backdated story.... kelmarin 21 april bertambah la lagi setahun umur aku.... huhu... syukur msh berkesempatan meraikannya hari istimewa ku itu...


Awal2 aku da amik cuti.. kebiasaan pd aku stiap thn pd birthday aku akan bercuti dr keje.. ade aktiviti da plan or x.. mesti cuti!!


Kalau takde ape2, aku just berehat kat rumah.. mkn2 n lepak2.. hehe


But thn ni istimewa bg aku sbb maybe yg terakhir aku bergelar bujang.. insyallah next year da jd isteri org... And paling best aku dpt sume free je pd hari tersebut.. :)

First errrr...aku dpt tiket sponsor by tgv utk cinema free!! yey!! thanks to tgv n nuffnang for make my this year birthday so special!!....bkn 1, bkn 2 tp dpt 4 tiket free.. syok beb..


So bergerak ke tgv klcc lepas collect tiket...oh ye ms kami nk ke opis nuffnang, kitorg park sebelah building tu. tp xnampak ade sape2 jaga. niat nak bayar la. turun je nampak pakcik jaga parking tu, so nak la respek orang kan so aku cakap dgn dia, nk kene byr ke?? tp sy baru park dlm 10 minit je pakcik... dia geleng n kata xpayah.. hihi aku senyum la n say thanks... baik ati pakcik ni... aku percaya kalau tempat lain, ko masuk je mst kene bayar kan?? tak kisah la ko park 5 minit je ke kan....


Eh one more, sorry to nuffnang staf ye.. dgn xsengaja aku lepas pintu tu n tertutup pintu tu dgn kuat.. gedegang!!! mst dorang terkejut n menyumpah2 aku kot... kih kih kih kih... sori aku pk pintu tu slow motion auto close... hihi


Movie yang kitorang tengok adalah Rango........




Movie ni pilihan si dia sbb konon nk bg dia choose 1 movie n aku choose 1 movie... but sempat tengok 1 movie je... so tiket 2 lagi maybe next time g lagi... cite ni kelakar tau, pegi la tengok ye...


Habis movie pegi makan lak... si dia belanja piza hut... nyam2.... tgh makan tiba2 dorang pasang lagu birthday... eh utk aku ke?? mcm tau2 je (prasannye aku!! dushhhh...)

K fine bkn untuk aku... dorang bawa sebiji kek utk sorang customer... huh jeles i.. sambung mkn lagi.... (lagu da stop)

Nyam3... tiba2 pasang lagu birthday lagi... erk yg ni utk aku ke??? (mana tau tunang aku seprais untuk aku kan?? prasan lagik!! dusshhh..)

Oh hampeh utk orang lain lagi... huhu... aku tau tunang aku bukan jenis nak seprais2 ni... ngeh2 ampun... (but dia bawa sejambak bunga tu mmg seprais gile tau!! xsangka.. haha)

Erm sambung mkn lagi... alahai henfon pulak berbunyi...rupenye my sis... dorang tunggu aku nak makan n selebret birthday aku... isk dorang ni pn xhabaq awal2.... rushing arr skit... abis makan terus balik...

Hepi bile org tersayang ingat n selebret birthday kite.. bkn harap raikan dgn hadiah mahal, makan tempat ade kellasss but dpt spend time sama2 da cukup.. thanks utk tunang yg sanggup amik cuti..

Smoga aku terus d sayangi org sekeliling ku... amin ya rabbal alamin...

Anyway yana, hepi birthday to u...n smoga diri ini menjadi semakin baik dr segala segi, termakbul doa n hajat serta tercapai cita2 dlm hidup, bahagia d dunia n akhirat.. amin Ya Allah.

Rabu, April 20, 2011

Kit kecemasan pengantin

Kit / beg kecemasan nih bkn perlu ade pd yg biasa kite dgr je mcm d tempat keje, keta or rumah. tp as for me n pembacaan sana sini n melalui pemerhatian dr majlis2 sekeliling termasuk kakak aku, kit / beg kecemasan pengantin mmg sgt penting!



Meh aku list serba sikit yg terdetik d fikiran, kalau ade tambahan korang pandai2 la masuk list korang ye. hehe. check it out~~




Kit brg2 jahit - jarum, benang, gunting




Brooch, pin peniti, pin (yg dulu2 pakai utk lampin kain baby..btl ke?haha), klip rambut, getah rambut, pengepit kuku

- extra2 pn takpe. xde slh pn. sediakan payung sblm hujan. :)



Alatan mekap (sbg backup)

- bedak, lipstik, eyeshadow etc2

Tisu (sgt pntg!)

- prepare byk2, xksh yg gulung or dlm kotak. jgn bile tgh mekap baru sibuk nk cari tisu. mcm kwn aku! hehe. kalau utk pengapit, siapkan la tisu yg kecik2 tu utk dorg pegang ye.



Ubat-ubatan

- Minyak cap kapak, actifast, plaster. aku ni mudah skt kepala so actifast sgt pntg for me.



Air mineral

- Time korang haus gile n nerves xkan korang nk g lari amik air kt dapur ye dak?? better prepare air mineral mlm sblm majlis n sorok skit. tkt ade nk 'kenekan' korang. selawat sblm minum ye. yg ni aku highlight sgt. ms tunang pn aku da set in mind awal2 utk sedia air, neves n pnt so akan haus memanjang. tp jgn lbh2 minum sakan kang terkencing2 je.



Contact lense solution, dry eye water n maybe eye-mo also (utk yg bercontact lense)

- Better kalau ade contact lense extra. jgn hrp 1 pair je. sbb xmustahil contact lense tu leh koyak n bile pakai buat mata xselesa. aku da biasa pakai so aku ade experience ni.




Charger henfon (& make sure ade kredit henfon tu!sng buat call)

- bile da bz kdg2 charger henfon tah ke mna2. mcm aku. haha. pntg ni tau! nti ade guest or kwn2 nk call ke xdpt reach kesian la dorg. plg elok cas siap2 mlm sblm majlis.




p/s: Yg aku list kt atas yg plg pntg bg aku. kalau ade xpenting bg korg just abaikan la. beringat sebelum kene ye!

Rabu, April 13, 2011

Turunkan berat badan dengan hanya minum air. Betul ke?

Ok hari nih suke sgt nk cite psl air kosong. byk sgt kebaikannya. nih pulak pasal nk kurangkan berat badan dengan minum air kosong! huh magik kan?? hehe. xpyh mahal2 beli suplemen ke ape ke. tp msh pntg utk eksesais k!


Petua turunkan berat badan dengan air kosong:


1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml

= (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml


contoh : Berat badan aku ialah 50kg (40 X 50)+ 500 = 2500 ml

** aku kene minum air sekurang-kurangnya 2500 ml atau 2.5 liter air kosong sehari untuk seimbangkan berat badan.


2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.


contoh: aku minum segelas air teh tarik kt kedai mamak. So aku perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.


Tips : Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap.


Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 2500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 5 botol mineral kecil.



Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.


So sekian. please take note dan amalkan dlm kehidupan sehari2 anda ye.

Minum air pada masa yang tepat untuk kesan optimum!

As salam..


Hari ni nak share info n tips untuk sape2 yg xamik tau tentang kebaikan minum air kosong ni.

Tau x, yg pengambilan air dalam masa yang tepat boleh bg kesan yang optimum pd kesihatan badan kite??



Berikut ni adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan. (amalkan tau!)


- Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman


- Minum 1 gelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan


- Minum 1 gelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah


- Minum 1 gelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur



:: Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Khamis, April 07, 2011

Siapa peminat Hoobastank @ Bunkface @ Colby O'donis angkat tangan & kaki??

Hujung minggu ni korang takde ape2 planning ke?? pegi keje pagi ni aku lalu klcc (spt hari2 yg biasa), ternampak la ade papan besar dpn klcc tu.. rupenye akan ade konsert.


Check-it out!!!!!!






Tarikh : 8 - 9 April 2011

Masa : 6pm onwards

Tempat : KLCC Park, Kuala Lumpur


Masuk FREE!!!!!


Hari 1 - YUNA, THE AZENDERS, BUNKFACE & HOOBASTANK


Hari 2 - JOE FLIZZOW, MIZZ NINA, COLBY O'DONIS & THEEARTH, WIND AND FIRE EXPERIENCE featuring the legendary Al McKay.


p/s : aku konpem tak pegi sbb xsuke himpit2 n bingit2. baik melepak kt umah. hehe.



Signup HB!Affiliate to enjoy free gift!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Hujan rahmat d hari pertunanganku

Assalam wth..



Tetiba rs sejuk lak tengahari nih.. nak demam ke?? oppsss..rupenye aku bg aircond low td..hehe.. skang ni tiap petang mst ujan kan?? padahal tengahari tu panas terik bahang jek. cakap pasal ujan, teringat kenangan di hari pertunanganku bulan feb thn lepas.......................



Kalau korang ingat bln feb thn lepas mmg terik memanjang, ibarat nk kemarau.. lama tak ujan. series tau! aku msh ingt sbb hari istimewa aku kan..



Aku yg nak bersiap pun berpeluh2, mandi pn mcm xmandi. hehe. da la majlis tengahari. huh! nasib la yg mekap aku pn cume sedara yg merangkap makcik aku tp sebaya aku tau. bezanye dia da mak solo, anak da agak besar. kawin awal, habis spm trus kawin. ape nk buat dia advance dr aku! kihkihkih......so bile sedara sendiri mekap takde la nk segan2, minta je touch-up byk kali, ape2 je trus sound. 'oi bedak aku takmo tebal', 'pipi kasi merah lg' n mcm2 lg la. haha. memandai2 sendiri je. dia bkn la mak andam tp dia mekap mmg lawa. terer mekap n lg pn dia keje promo mekap time tu..(rsnye kot) tu yg terer menenyeh muka org..



Pung pang pung pang...da kol 4 ptg camtu...dorang da hbs makan2 n borak2 then nk grk balik, ujan pun turun. sgt lebat! alhamdulillah mgkn ujan rahmat..smoga memberi petanda baik pd hubungan kami...tp kesian dorg takleh grk kuar la, dgn ade bawa anak kecik..dtg dgn 3 keta camtu.



Memandangkan tgk ujan pn macam lama lg nk benti, so dorg balik la jugak. selesai la ape yg d rancang2 2-3 bulan tu. best partnye, da mcm artis tau. org amik gambar sana sini. tunang pn ckp mcm tu, siap tanya sape mekap. so aku gtau la n tunjuk mak andam terjun aku. dia kata nampak lain, saje takmo puji aku la tu.. jeles weekkk...haha...



p/s : mcm baru semalam je berlaku...pejam celik da setaun lbh kami jd tunangan....