Rabu, Mei 25, 2011

Selesai hal borang nikah! Prosedur untuk pengantin Selangor.

Sebelum ni rasa macam susah betul nak siapkan borang nikah ni. but skang rasa senang pulak (ceh mentang-mentang dah lalui).. hehe.. :P

Aku cerita la ye serba sikit. maybe boleh jadi rujukan pada bakal pengantin yang lain (tapi tengok juge pada situasi korang ye).

** Penting : korang kene pastikan siapa penolong pendaftar nikah or PPN area rumah korang (tanya qariah masjid berdekatan). step ni aku cut sebab kakak aku dah kahwin so just proceed ke PPN tu.

Situasi kami :
a-ic aku alamat Ampang jaya di bawah Pejabat Agama Islam Daerah Gombak-Keramat
b-tunang aku beralamat melaka dan bekerja di KL

........................................................

Lets start (L-lelaki merujuk tunangku & P-perempuan merujuk pada aku) :

1- L & P - hadiri kursus pra-perkahwinan (kat mana-mana pun boleh)

2- L & P - buat test hiv di klinik kesihatan kerajaan (mana-mana boleh tapi certain klinik tu siap tengok alamat baru boleh proceed. kene buat appoinment).. yang ni kami buat di klinik kesihatan kampung pandan. borang akan di bagi oleh klinik tersebut masa korang set appoinment. kene datang n set appoinment k. siap kene baca n hafal tentang hiv n aids ni. result ni cuma valid untuk 6 bulan je.

3- L - minta surat pemastautin n akuan bujang dari majikan dia. sebab dia uruskan dari kl je. bole buat kat kampung gak, kalau buat kat kampung so tak payah surat pemastautin la. surat akuan bujang selain majikan bole minta penghulu/ketua kampung dan pihak lain yang di benarkan.

4- L - ambik borang dari JAWI atau download kat web dia. Borang 1 (butir pemohon, pasangan dan perkahwinan iaitu masa dan tempat nak nikah). Isi je la apa yang di suruh. Then complete hantar ke Jawi untuk proses. Siap pada hari yang sama. Caj RM5. So keluar la surat kebenaran berkahwin di luar negeri/negara. Pass je ke pihak perempuan iaitu aku la kan. JANGAN LUPA BAWA ORI SIJIL KURSUS PRA-KAHWIN. hari tu sijil tunang ada pada aku so takleh proceed untuk pegi hantar. hehe.

5- P - Ambik dan isi borang 2C-permohonan kebenaran berkahwin dan 2D-persetujuan wali dan wakalah wali, ambik dari PAID or download je kat website. aku pegi amik dari PAID sebab nak tau tempat kat mana. Masa tu 1st time pegi so kakak yang teman dan tunjuk la. Lampir la apa yang patut iaitu ic pemohon, wali, 2 saksi, sijil nikah, surat kematian ayah dan result hiv (ayah dah meninggal so wali adalah abang).. set borang kebenaran berkahwin lelaki pun lampir sekali. oh ye,mesti usung gak ori punye surat kematian ayah ye. ppn nak tengok. termasuk usung sijil kursus ori. kes aku, abang ada la ke-2 dari 4 orang so tak perlu sijil nikah mak bapak. if abang korang menjadi wali dan anak sulung, siap sedia dengan sijil nikah mak bapak ye. mesti ada! then ppn akan sahkan if semua dah ok dan complete.

** Pihak P bole ambik dan isi dulu form 2C dan 2D ni, jangan tunggu borang yang siap dari pihak lelaki tapi jangan di isi bahagian tandatangan saksi dan wali tu. kene bawa wali dan saksi-saksi then sain depan ppn.

6- P - Borang yang dah dapat pengesahan ppn, hantar pulak ke PAID semula. time ni pun bawa la yang ori surat kematian ayah dan sijil kursus kahwin ye. orang kaunter tu check-check then buat bayaran rm10 untuk pemprosesan. then balik la n collect besoknya.

7- P - Collect borang yang dah dapat pengesahan pendaftar PAID. Last step just bagi balik borang-borang ni pada ppn. Done!! hooraayyy.. da boleh kahwin. haha.

Sekian celoteh kali ni, smoga berguna untuk b2b yang akan bernikah di Selangor ye. jadi lelaki senang ek, step dia macam ringkas je. kalau perempuan, berpeluh. hihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan