Di petang hari isnin ni terasa bosan n lambat je masa berlalu. tetiba rasa nak berblog. hehe.
Start last month (kandungan 3 bulan) aku da start buat check-up kat klinik ampang. kire 1st time register la.
1st aku call klinik tu untuk tanya apa yang perlu di bawa, taknak la datang berkali-kali sebab kena reject untuk daftarkan? so apa yang kena bawa?
1- ic kite
2- sijil nikah
3- scan pic baby (masa 1st time aku konfirmkan pregnant kat klinik swasta, doktor terus buat scan je n bagitau aku pregnant n dia pesan suruh bawa masa g check-up bulanan.tak silap masa ni da sebulan 1/2).
**penting : in case asben tak ikut, korang siap2 amik detail asben seperti pangkat keja apa, fon ofis, alamat ofis (selain nama, ic no of coz korang da ingat kan?). time ni nasib la my asben teman. huhu. 1st time agak cuak la.
Tup-tup sijil nikah bukan dia tengok pun, just nak amik no atas sijil tu. tanya sikit-sikit je bila nikah sume. aku still usung sijil ke hulu-hilir. belum sempat buat kad nikah la. tah bile nak buat. grrrrrr..
Bila kata klinik gomen paham-paham je la. aku pegi dari pukul 8.30 pagi sampai la lebih kurang pukul 12. perut da menyanyi2. so pegi la terus makan. lepas tu cabut pegi keja terus. penat woo.
So besok 2nd test for this month la. nak buat monthly check-up dekat klinik swasta pun bole. terpulang bagi yang ada fulus. tapi ada gak negative respon, ada kata check-up kat klinik swasta tak berapa details. contoh mungkin ada ubat/suntikan yang tak di bagi. but dari segi nak scan baby, ada yang kata susah nak buat kat klinik gomen ni. kan ramai orang, so cuma akan buat scan pada kandungan yang bermasalah je. wallahualam. oh ye satu lagi, boleh start monthly check-up seawal kehamilan (ada tulis pada belakang buku pink tu nanti). but ada akak sorang tu suggest pegi la bila da 2 bulan pregnant. yang jadi lelah bile kite fikir kena tunggu lama. huh kematu montot. hehe.
Isnin, Oktober 24, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan