Rabu, Oktober 28, 2015

Alhamdulilah...coming soon

Assalamualaikum...

Setelah berbulan menyepi.. aku nak share bahawasanya aku sedang berbadan dua untuk kali kedua. Setelah buah hati pertama dah berumur 3 tahun pada tahun ni. Rezeki tak di jangka. Alhamdulillah.

Sudah 19 minggu. Dalam 4 bulan macam tu la. Semoga semuanya selamat dan baby dalam perut sihat dan sentiasa di lindungi Allah s.w.t.

Mulanya dapat detect masa kandungan dah sebulan setengah. Lepas pakai pregnancy test 3 kali (haha..ni sebab kes macam tak percaya), terus pergi klinik minta scan untuk pengesahan. Tapi aku tak terus buat check up. Hmm...rasa macam masih awal. Lagipun mood tengah swing, malas nak tunggu lama masa check up. Jangan tiru macam aku ye.

Aduh..panjang melebar pulak. Sebenar nak cerita yang pasal check up pregnant untuk pertama kali (untuk kandungan kali ni ye). Aku pergi khamis lepas 22hb 10. Buat pemeriksaan atau check up kandungan di klinik kesihatan ampang. Yang pertama kali mengandung dan berniat nak check up kat klinik kesihatan ampang, lebih baik telefon dulu tau nombor ni, 03-42923332 klinik kesihatan ampang. Sebab bukan semua boleh suka-suka datang. Dorang akan tanya alamat rumah.

Okey...pertama kali pergi check up boleh pergi hari apa pun antara isnin ke jumaat. Tapi kena pagi. Depa yang kata masa aku call. Then ni untuk check up bulan depan nurse bagi hari isnin. Katanya kawasan/zon aku tinggal dah di tetapkan hari isnin. Orait..

Aku coret kat sini sebab aku tak jumpa info untuk check up kandungan kali pertama di klinik ampang hari apa. Hmm... mak ni dah pelupa, macam dah lama dulu pregnant. Haha. Lagipun faktor umur mempengaruhi gak kot. Aku risau la dah ambik cuti dan pergi check up, kang kena halau pulak. Kan dah buang masa dan cuti aku. Huh.. tapi tu la call pun berhari-hari baru dapat line. Selalu talian dia sibuk.

Adoiii la...macam dah panjang pulak membebel. Nanti-nanti i sambung cerita lagi la ye untuk check up kali pertama ni.

Ok tata.. wassalam. ;-)