Assalamualaikum.......
Aku baru je memulakan pekerjaan baru bermula bulan ni. Terasa letih jugak la sebab tempat kerja kali ni jauh dari yang last sebelum ni. Tapi nak buek camno, dah sini rezekinye. Pergi balik kerja naik bas sebab parking sangat la mahal, yang aku jumpa murah pun rm 10 sehari. Tu pun kena menapak jauh nak ke ofis. Bagi yang gaji mahal maybe tak kisah. At least sebulan habis rm 250-300 untuk parking. Tak nak aku, duit banyak tu macam-macam boleh beli. Hihi. Nasib la pergi kerja setakat ni encik suami hantar. Merempit so cepat la sampai tempat kerja.
Perasaan aku sekarang ni bercampur-baur. Langsung takde semangat untuk kerja, semuanya hanya kerana terpaksa. Kenapa ye agaknye??
Kerja yang di bagi dah start banyak. Setakat ni banyak buat data entry je. Argghhhh lagi la aku bosan!! Tempat sekarang ni aku cuma buat partial akaun. Tidak full set. Aku rasa... aku rasa kannn.. aku dah takde jiwa dan semangat buat akaun la. Dah 9 tahun aku berkecimpung buat akaun. Atau mungkin aku dah bosan kerja kat suasana dalam pejabat je.
Tahun lepas pernah la buat kerja sementara kat tutti frutti, masa tu menganggur sekejap. Aku rasa seronok. Badan penat tapi otak tak stress. Tapi faham-faham la di sebabkn gaji kecik dan masa tu dapat kerja lain, kerja pejabat so aku berhenti. Siap masa tu dapat offer dari exbos kedai tu untuk naik supervisor. Tapi gaji masih agak rendah banding kerja pejabat aku dapat tu. 2 kali ganda. Kalau aku takde komitmen yang perlu di bayar sure aku akan pilih terus kerja di tutti frutti tu. Tapi oleh kerana memikirkan gaji dan cuti tak menentu terpaksa korbankan.
Dan tentunya aku sangat meminati dunia bisnes. Sekarangpun masih buat secara sambilan, online je. Tapi sebab ada kerja lain jadi slow sikit la kan bisnes tu buat masa ni. Takde ke pakar kaunseling singgah blog aku ni untuk kenalpasti apa masalah aku ni. Huhu. Bukan aku malas nak kerja, aku suka kerja sebab dapat duit. Siapa tak suka duit kan?? Hihi. Kalau aku ada duit yang cukup, dah lama fokus bisnes je. Buntu bila aku fikirkan masalah aku yang satu ini...!!! Allah bantulah aku.... :(
Isnin, September 08, 2014
Langgan:
Catatan (Atom)