Assalamualaikum....
Hari ni dah masuk lebih dari seminggu kehilangan kapal terbang mas MH370. Masih tidak di temui. Sedangkan kita yang tiada pertalian kekeluargaan dengan mangsa terbabit merasa risau dan asyik terfikir akan hal ni apatah lagi keluarga mereka kan?
Sedih dan tertanya-tanya di manakah mereka, bagaimana keadaan mereka.
Kebetulan hari Sabtu 8Mac2014 yang sama, pagi tu dalam pukul 9.30 pagi, aku dan sebahagian keluarga aku menaiki feri ke Tanjung Pinang, Indonesia. Terdengar berita ni secara online, buat kami agak risau dan banyak berdoa semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Hal ni nanti in sha Allah aku akan cerita lanjut di lain entri.
Aku tak nak sentuh berita terkini tentang kejadian kehilangan MH370 ni sebab aku yakin semua media massa update semua berita yang terbaru. Sebab aku risau akan tertulis cerita yang tidak sahih. Cumanya nak sentuh tentang kisah yang terjadi di sebaliknya.
1- Rakyat malaysia di lihat bersatu-padu. Umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa akan keselamatan dan kepulangan mereka. Meskipun penumpang lebih ramai berbangsa Cina (seperti yang di infokan), tetapi semua tu tidak di lihat. Bangsa lain jugak di lihat melakukan cara mereka tersendiri, mengikut kepercayaan agama mereka. Syabas.
2- Yang menjadi heboh serta memalukan bila timbulnya kumpulan yang katanya boleh meramal di mana kedudukan kapal terbang tersebut dengan guna teropong 'ajaib' dan juga tikar terbang. Hah kan sekarang dah banyak gambar/video parody tentang tikar terbang tu. Haru sungguh. Jika di lakukan oleh agama lain tu mungkin jadi perkara kedua. Mengarut sungguh!! Bila menggunakan 'sesuatu' menjadi perantaraan tu namanya khurafat/syirik (menduakan Allah Taala yang hanya Satu). Yang sepatutnya solat dan berdoa pada Allah. Tak perlu pakai tikar terbang la, kelapa la, teropong la. Sebab bila tiba masanya Allah akan beri petunjuk.
3- Tak kurang juga mereka yang boleh memecahkan perpaduan bila mana bergaduh sesama sendiri di sebabkan berbeza pendapat. Tak salah beri pendapat dan pandangan tapi tak perlu sampai bertegang leher. Takkan nampak jalan penyelesaian pun. Yang suka hebah cerita palsu pulak tu hentikanlah dari nak mendapat perhatian atau erti kata lain publisiti murahan. Ada juga yang kaitkan dengan politik. Entahlah bila masuk hal politik memang aku kurang suka. Dunia politik penuh dengan bla bla bla. Korang nilai la sendiri. Ya Allah, seandainya kehilangan kapal terbang MH370 ini adalah perbuatan pihak tertentu yang bertujuan untuk politik, maka berilah pembalasan kepada mereka sahaja. Kerana mangsa yang terlibat ini tidak berdosa. Kasihani mereka.
Setakat ni sahaja apa yang aku boleh ulas dan pandangan yang tidak seberapa. Aku cuma mampu berdoa supaya mereka di jumpai secepat mungkin. Amin ya rabbal alamin. Allah sesungguhnya kami hamba yang kerdil, ampunilah segala dosa-dosa kami.