Khamis, Februari 27, 2014

Aku... BEBAS...!!

Hoooorayyyyyyyyy............!!! Oppppssssss.....

Assalamualaikum....

Hihi punye la seronok dan excited ye dak. Hari ni adalah hari terakhir aku bekerja iaitu bersamaan 26 Feb 2014, means siang tadi la kan. Ni dah masuk 27hb. Huhu. Aku tak pernah rasa seronok macam ni bila resign dari satu tempat tu.

Tapi memandangkan sejak aku bekerja di tempat ni, aku rasa macam bekerja dalam penjara. No FREEDOM at all. Baru nak pegang henfon pun dah kena sound, katanya jangan asik main henfon je. Padahal baru nak pegang kot. So wish best of luck to new staff nanti. Huhu.

Tak di nafikan aku di pujuk berkali-kali untuk stay, tapi tiada kata putus nak offer aku dengan apa. Naik gaji? Naik pangkat? Nothing. Pujuk air liur. Zaman sekarang tak jalan der. Masuk toilet pun kena bayar, apa lagi bila kita nak salur titik peluh hempas-pulas bekerja. Tapi kalau di offer dengan semua tu pun aku masih tidak akan stay. Tiada enjoyment. Rasa macam tak ikhlas buat kerja. Bangun pagi nak pergi kerja rasa berat, hati rasa tak gembira. Tapi pejam celik tahan jugak aku setahun kat sini. 

Ada jugak mereka yang respek katanya kat aku, boleh tahan lama macam ni. Dept kami ni orang yang keluar masuk dah tak boleh di kira dengan jari. Ada tu seminggu je dah cabut. Hebat. Company ni okey, yang tak okey adalah ketua dept. Sekarang biarlah dia dengan labu-labunya. Hahaha. Yang penting bahu aku dah rasa ringan.

Dapat pulak suamiku belikan set spicy mcdeluxe dari mcdonald untuk aku supper di tengah-tengah pagi ni. Hihi. Nikmatnya hidup... :)

Sabtu, Februari 22, 2014

Cerita baru, buka buku baru!

Assalamualaikum..

Hanya short entry buat pengubat rindu pada blog ni. Wahhhh... at last aku dah tender resignation di tempat kerja sekarang.Minggu depan last. Hooraayyyyyyyy. Aku dah tak boleh tahan. Maksimum stressnya!! Pekerja keluar masuk, bila 2 orang dah takde, semua beban kerja letak di bahu aku. Gaji bayar sama je pun.

Ketua ada pujuk untuk stay, tapi pujuk secara bercakap dengan air liur sahaja. Takde encounter naik gaji atau apa pun. So mintak mahap. Semua bertanya kalau aku dah dapat offer kerja yang lebih baik. Aku cakap secara relax, NO! Wah selambanya ko. Hahahaha. InsyaALLAH bumi ALLAH ni luas, rezeki ada di mana-mana. Ulat dalam batu pun boleh cari makan, kan kan kan??

Minggu depan lepas BEBAS dari penjara komunis (kawalan oleh ketua dept!!hikhik), kami nak balik ke kampung. Lama asif tak jumpa nenek melaka dia. Walaupun jarak tak jauh sangat dari kl tapi kekangan masa dan duit so jarang dapat balik. Minta maaf ye mak.

Ok la nanti-nanti kita sambung lagi ye.

P/s : Ada yang dah dapat duit BR1M?? Untung la. Jangan lupa bersyukur pada-Nya.

Wassalam..