Isnin, April 04, 2011

Jangan lafazkannya

Lafaz, meluah @ bercakap adalah perkara normal bg sorg manusia normal. Bagi effect baik @ buruk. Perkara yg sangat biasa bile seseorg yg tgh marah, lafaz ape je yg terlintas di fikiran.

'Bile engkau xbermaksud begitu, janganlah lafazkan takut nanti memakan diri'


sebenarnye tau ke kite kalau sesaat lepas tu ape akan terjadi?? tau ke kalau la keesokan hari korang da xdpt nk bertemu dgn dia lagi..sob sob sob sedih bkn?? lagi 1, tau ke kata2 korang tu akan lukakan hati org??


Manusia mmg tak lari dr rs amarah tp please la kawal diri.

(utk peringatan utk diri aku jugak)



Jom baca kisah ni sbg pengajaran n ikutan ;


ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk disebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.


Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."


Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."


Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."


Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."


Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."



Antara perkara yg aku buat bile marah


# minum air sejuk n tarik nafas n rest


# amik wuduk n solat


# selawat


# kalau gaduh melalui sms ke (kire pakai fon la kan), pegi jauh2 dr henfon tu. silent/off buat sementara lg bgs. xpun letak dlm laci kalau xmau off. pd aku bile makin d layan, di balas sms yg panas2 ni akan lg memanaskan ati. so buat dek je.


# cari aktiviti ape pn supaya korang leh lupa sengketa/kepanasan tersebut..haha ayat suketi je..kalau aku, g main2 dgn anak buah,cuci kereta,kemas bilik n umah


# berdiam itu lbh baik. amik masa utk renggang sekejap.


# kalau hal libatkan keje or hal2 opis, aku suke luah kt membe opis aku gak. leh krg skit rs stress n maybe leh minta tolong ape2 ke???



:: Ni jela kot sbb aku takde la terlibat gaduh2 bsr ni. kalau gaduh pn dgn buah hati, famili or keje ke. tp gaduh2 manja jela kot. kire sekejap2 je. hehe.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan