Jumaat, Ogos 31, 2012

Perlu ke sampai dua kali??

Assalam.....

Straight to the point.... awal minggu ni aku ada attend 2 interview dengan 2 syarikat berbeza...

Company 1 - situasinya...
Aku setel interview dengan orang bahagian HR dia, siap ada test bagai tup-tup dia cakap kena interview dengan manager akaun dia pulak tapi kena tunggu after dia masuk lunch pukul 2. alahai....lagi sejam setengah kena tunggu...test tu pulak sebenarnya tak perlu untuk post aku...macam mana la kau arrange ni.....serius aku rasa berat hati nak tunggu, so aku blah... pandai-pandai la bagi alasan.....then dia offer aku untuk buat interview kali ke-2 tapi aku tolak.

Company 2 - situasinya...
Dapat invitation interview melalui agen kerja, semua berjalan lancar so fikir just tunggu jawapan dapat atau tak. tup-tup dapat call dari agen tu yang interview tadi bukan person sepatut interview aku, orang tu (manager akaun) ada hal. so agen tu tanya nak ke aku attend interview lagi kali ke-2 dengan manager akaun tu pulak. arggghhhhh!!!!....kalau dia ada hal kenapa tak tunggu dia free dan boleh interview aku terus!!!!buang masa aku la. kalau depan rumah je boleh la aku nak ulang-alik 100 kali pun. adooiiiii la.......jadi aku tolak jugak jemputan dia ni....tensen aku.

Kesimpulannya....
Aku faham kalau kerja kerajaan maybe la ada banyak step kena attend interview dan test tapi ni kerja swasta. ni kali pertama aku kena situasi gini. kalau la mereka nak bahagian HR dan akaun interview, apa salah mereka set time dan combine meng'interview aku kan. dan aku faham la maybe maganer-manager tu sibuk tapi takkan la orang biasa macam aku ni perlu terhegeh-hegeh nak kena datang sampai berkali-kali kan. aku pun ada hal dan komitmen lain.

Tak apa la, aku cuma fikir takde rezeki dan mungkin Allah nak tunjuk aku sesuatu. Rasa cam ada halangan nak dapatkan kedua-dua kerja ni...wallahualam..

Jumaat, Ogos 17, 2012

Kisah ramadhan yang lalu.....saat bercinta...

Assalam.......

Pejam celik, masa terus berlalu cepat je. insyallah esok ramadhan terakhir untuk tahun ni. tengah duduk-duduk teringat kisah silam, kisah manis saat aku bercinta dulu. dengan suami aku sekarang ni la. erm kira-kira 8 tahun dulu la rasanya. kalau ikut perkiraan perkenalan kami dari berkawan dah 10 tahun since 2002. bercinta since 2004. cewaaahhhh.... :")

Waktu belajar kan sengkek, time remaja bercinta jarak jauh sweet sangat kau. haha. dia orang melaka, study kl. aku orang kl, study melaka. macam mana kenal? dari MIRC. fuh time tu MIRC glamer gile. laman chatting la. nak gayut-gayut bajet terhad, ada henfon tapi kredit limit aje. nak gayut lama pun guna public fon.

Hah dulu-dulu kan maxis boleh buat call without tolak kredit. ala takat berapa saat je la bercakap.bila ramadhan, ceh masing-masing akan call untuk kejut sahur. call then berapa saat letak. best tu. :P 
Tapi sekarang takde lagi. pantang call out je kena caj kan?? erm kalau nak cerita semua saat bercinta, banyak sangat. tak habis sampai sebulan pun. haha.

Ok la kesempatan ni aku nak ucap "Selamat hari raya aidilfitri pada semua. Maaf kalau ada silap kata dan terkasar bahasa semasa menulis kat blog ni. Berhati-hati memandu untuk balik ke kampung."

Tak sabar nak makan rendang. aku just beraya kat kl dulu dengan anakku dan famili aku. then raya ke4 macam tu baru balik melaka. suamiku kena bekerja di hari raya. huhu. takpela demi keluarga kan. apa nak buat kena take turn, last year dia dah cuti raya.

Sabtu, Ogos 11, 2012

Due date EDD bersalin....peningkan??

Assalam.......

Walaupun aku dah selamat melahirkan putera sulung aku 4 bulan lepas, masih terngiang-ngiang di fikiran aku time aku pening pasal due date ni dulu. lagi lah ibu bekerja kan? so nak fikir bila nak start cuti bersalin tu. nak cuti awal, takut bersalin lewat dan membazir cuti pulak. nak cuti lambat, takut terberanak tepi jalan. ekekeke. aku dulu drive kereta sorang-sorang pergi balik kerja. sampai hari terakhir aku nak bersalin. huhu. pergi klinik untuk check-up bulan-bulan pun drive sendiri, kadang pergi seorang. suami belum ada lesen drive dan waktu kerja tak menentu. aku memang dah biasa buat hal aku sendiri-sendiri sejak muda remaja, jenis independent kata orang.

Ok berbalik cerita due date....

1st scan (masa konfirm yang aku mengandung) : 9/4/2012
Kiraan manual based on period : 25/3/2012

Beza lebih kurang 2 minggu. masih boleh di terima kata doktor. Kalau based pada scan, due date (EDD) ni akan berubah-ubah. sebabnya due date dia ikut pada besar baby dalam kandungan kita. macam mana dia ukur kandungan kita tu?? doktor akan ukur panjang dan lebar janin kita dari skrin scan tu. apa yang aku lihat dari doktor tu buat. so dapat la berat dia semua dan dua date tu.

Sebab tu di ikutkan dua date tak boleh 100% ikut pada scan je. tak tepat sangat pun. kalau janin kita kecil, maka dua date jadi makin lambat la. if janin kita besar, dua date jadi cepat. lebih kurang macam tu la.

Tapi dulu time aku dorang prefer ikut period mula-mula tapi bila dah 26 minggu dorang tukar ikut due date scan pulak. depends. ikut ukuran tinggi perut aku memang betul la dah 26 minggu. if ikut period, dah 28 minggu la kan?? aishhhh.... pening pulak da...haha..

Macam mana nak menimbangkan mana satu date yang lebih tepat? ni cara aku :
1- tinggi perut bersamaan berapa minggu kandungan (based pada rekod check-up bulanan)
contoh : nurse akan ukur tinggi perut (cm), dan ukuran tu sepatutnya sama dengan kandungan dah berapa bulan. kalau 37minggu=37cm
2- mengetahui berat bayi dalam kandungan setara dengan berapa minggu kandungan kita (based pada scan)
contoh : untuk kandungan 37minggu berat bayi dalam kandungan adalah mesti dalam anggaran dari 2.5kg hingga 3.5kg
REFER SINI UNTUK TAHU ANGGARAN BERAT BAYI DAN USIA KANDUNGAN
3- instinct si ibu
walaupun doktor tetapkan ikut date scan dan ikut pembesaran perut semua memang cenderung ikut date scan tapi instinct aku, aku akan bersalin awal. makna tidak akan sampai pada bulan 4 (kadang doa nak jugak anak aku lahir bulan 4, sama dengan ibunya..hehe) tapi kuasa Allah, anakku lahir tepat ikut date period aku, 25/3/2012. walaupun di induce lebih awal pada 23/3/2012

Yang lain-lain mungkin boleh di tambah oleh pengalaman ibu lain atau secara logik akal. apa pun nasihat dan pandangan aku, lebih baik la ambil cuti awal dua minggu dari dua date untuk standby. ala apply aje la, cakap bos kalau lambat, so ikut start cuti tu la. atas kertas je pun. kalau salah, conteng la.. :)

Di sebabkan aku time tu takde tanda apa-apa, takde sakit sikit pun so aku apply cuti 2 minggu dari dua date scan aje. means start 26/3/2012 tapi beranak awal. tak pasal dapat mc jumaat (23/3/2012) tu. hakhakhak.

Apapun aku bersyukur sebab sampai saat akhir aku still tak susahkan orang, boleh drive ke tempat kerja sendiri. alhamdulillah. bangga woooooo.... :D

Rabu, Ogos 08, 2012

Eh eh patut ke??

Assalam.....

Erm baru balik berjalan keluar sekejap tadi. ada sedikit rasa serba salah dalam hati ni. tidak ada kene mengena dengan family. suami dah izinkan aku keluar seorang pun tadi sebab ada urusan penting. Gini la ceritanya..

Selesai urusan aku so singgah la maxvalu ampang (niat hati nak beli pampers anakku)

P : dik dik... assalamualaikum... (seorang pakcik dengan anak lelakinya anggaran umur 7 tahun kot naik motor mendekati aku)
A : (dalam hati) alamak nak apa pulak pakcik ni-takut jugak nak dekat dia
P : nak minta tolong sikit, motor pakcik rosak dan nak repair. pakcik nak minta la sikit rm7, ikutkan nak rm50. ni anak pakcik (sambil tunjuk anak dia). minta tolong ye..
A : apa yang rosak? ni motor siapa pulak?
P : motor pakcik rosak, ni pinjam motor cina. (maksud pertanyaan aku, part motor mana yang rosak?)
A : (aku diam, ada rasa was-was) minta maaf la pakcik, saya nak beli pampers anak ni pun cukup-cukup je. maaf sangat-sangat ye pakcik..
P : Takpe-takpe

Aku pergi tinggalkan dia. ada rasa kesian. ada rasa was-was. entah la. aku seluk-seluk poket ingat nak bagi rm5 je tapi bila toleh belakang dia tengah cakap dengan seorang pakcik lain. tak jadi la aku nak patah balik. niat hati bila dah keluar kalau dia still ada situ aku nak bagi duit tu. tapi dah takde.

Ya Allah maafkan lah aku seandainya pakcik tu memang tengah susah dan aku tak menolong. Ampuniku Ya Allah. Maafkan saya ye pakcik...

Isnin, Julai 30, 2012

Diana danielle... in person...

Assalam..

Wow diana danielle?? kenal ke aku dengan dia?? aku berkawan dengan dia ke?? eh aku mesti la kenal dia, dia kan pelakon yang agak fofular kat malaysia ni. cuma dia je tak kenal aku. Wakakakaka. korang ada yang tak cam ke yang mana satu?? meh setepek......



Alkisahnya begini.....................................

Minggu lepas aku pegi la bazar ramadhan kan. Kat ampang jaya ni je, kalau aku kentut pun boleh dengar, means dekat sangat dengan rumah aku la tu. hehe. Tengok syok pilih kuih-muih untuk juadah berbuka sambil la pasang-pasang telinga perbualan orang sekeliling :)

**AJK (adik jual kuih-remaja boy)
**DD (diana danielle)

AJK : Eh2 shamsul la..
DD : Eh jangan la.. (lembut je kau)
AJK : Silap2... shamsi... hahaha

Aku macam tergerak nak tengok sebab dari ekor mata nampak macam awek cun. oh rupanya diana danielle la. simple je orangnya dan tak sombong. senyum je kena sakat budak-budak tu. kikikiki. cuma pakai t-shirt sendat grey dengan jeans je (kalau tak silap aku la) tapi tetap comelsss.

Aku bukanla fanatik ok. so pandang sekali je la. lain la kalau aku ni lelaki ke, maybe la boleh terpikat. tapi memang tak nampak dia cuba sorok-sorok muka dia, biasa kan artis ni pakai topi/cap la, pakai spek hitam la sebab nak sorok muka depa tu. dalam skrin dan face 2 face nampak sama je, lemah-lembut orang dia. sweet dan comel. tengok ketuk-ketuk ramadhan yang episod dia kelakar je (nampak nau tak tau masak..hehe). dekat farmasi vitacare ampang tu yang shoot awal-awal. dia mesti duduk area ampang kan?? serius aku tak tau pun.

Aku excited ke?? takde la saje nak cerita. kalau hans isaac dan kumpulan search tu selalu la jumpa dulu. dulu aku pernah keje vitacare ampang. tu cerita 7 tahun yang lepas. memori manis permulaan aku bergelar pekerja lepas habis belajar.

Psssstttttt.............aku teringin nak jumpa face 2 face dengan ct nurhaliza. aku minat dia, siap beli kaset dia dulu. masa sekolah-sekolah. seumur hidup takat ni aku tak pernah pegi tengok konsert, teringinnye..............

Khamis, Jun 28, 2012

Ragam anakku bila dah 3 bulan

Assalamualaikum..

Memang normal la bila baby atau anak-anak ni ada ragam (dah jadi ibu baru la tau..hihi padan muka) tapi ada yang best dan ada yang merunsingkan jugak.

Sebelum-sebelum ni belum ada apa-apa perubahan sangat, masih baby kan so dia cuma banyak tidur dan menyusu aje. tu je la rutin biasa. aku memang bersyukur sangat, anak aku ni tak banyak meraung. dia menangis bila nak susu je / lapar. sampai la semasa hari tu kena admit hospital pun, siap akak sebelah katil (dia teman anak dia nak kena operate bisul kat dahi) puji anak aku ni tak menangis walaupun dia dapat dengar anak aku ni batuk berkahak yang agak teruk, kalau siapa dengar dia batuk pun jadi kesian. alhamdulillah, semoga dia terus macam ni, tak menangis means seorang yang tabah. amin.

Hmmm... 3 bulan berlalu anakku dah mula tunjuk ragam atau peel nya yang baru. kalau bab tak cukup tidur malam tu tak payah cerita la, sampai sekarang dia masih terjaga 2-3 jam sekali untuk menyusu.
** dia dah takmau baring kalau mata tengah celik. suka sangat di dudukkan. ambik dia dan di riba. senyum-senyum dia. paling syok bila di berdirikan dia, senyum lebar kau. siap mata bersinar-sinar ceria. tak sabar nak berjalan / berlari kot, sebab anak buah aku ni hari-hari ajak nak main-main dengan anak aku ni. alahaiii... (kalau macam ni macam mana la anak aku nak belajar meniarap ye, sedangkan anak pada sedara aku dah pandai meniarap.huhu.bukan nak bandingkan sangat la kan, cuma boleh di jadikan basic sepatutnya bulan sekian-sekian dah pandai buat apa kan??time celik anak aku ni tak suka baring dan meniarap, macam mana??)
** kadang-kadang dia mengamuk time menyusu. menangis macam kena cubit / dera. ni baru jadi 2-3 hari ni. kata ayahnya, sebab aku bau masam (kebetulan time ni aku belum mandi pagi).ciss. tak la kot sebab sebelum ni ok je.haha. mak aku pulak kata dia marah sebab tengah syok nyusu, terlepas pulak putingnya.maybe?? dah lepas tu dia jadi merajuk. terpaksala aku pujuk dengan mendodoi-dodoi dia. apa yang aku tau, dia ni berbunyi-bunyi mulutnya kalau air susu agak slow flownya. siap tarik-tarik. adoi.. yang ni kena buat research lagi la.. runsing mak tau nak...
** paling best dia dah suka membebel la. lepas tu senyum-senyum.
** time siang 2-3 hari ni dia tak tidur sangat / kadang tidur tapi sekejap-sekejap je. start petang dia tidur lena. tapi kadang hazab sikit la bila dia bangun 3 pagi nak menyusu then mata dah bulat yang menandakan dah taknak sambung tidur. kena layan dia borak kau, kalau tak ek ek ek bunyi dia. yang bijaknya kadang anak aku ni siap tengok mata aku, dan aku tutup mata buat tidur (sambil celik-celik sikit dan nampak mata bulat dia tengok mata aku,kadang tak tahan ter keke-keke aku tahan gelak). lepas tu eh apsal senyap pulak ni? rupanya dia sambung tidur. hihi.

Sekarang hari-hari semangat nak ajar dia nyanyi-nyanyi / tepuk-tepuk / main-main sebab respon dia yang memberangsangkan. seronoknya habiskan masa dengan anak kecil, hilang segala masalah rasanya.

Rabu, Jun 20, 2012

Demi anak...........

Sebelum ni... sebelum aku ada anak, aku agak takut nak ambik satu keputusan yang drastik dalam hidup aku tapi kali ni di sebabkan ketidakwajaran bos lama aku so aku say bye-bye!!

Kisahnya... ngam-ngam lepas 2 bulan dan sepatutnya aku kena masuk kerja (28 mei), anak aku di serang batuk dan tanda-tanda nak demam. aku sangat tak sedap hati. memangla anak aku akan di jaga mak sendiri, jadi mesti orang fikir ala takde apa-apa la mak sendiri kan ada jaga. tapi aku tetap risau sebab anak buah aku sorang lagi pun ada (masuk 3 tahun). anak buah aku ni sangat manja dengan mak aku so adakala bila nampak mak aku dukung atau pegang anak aku, time tu la dia nak susu la, minta tukar pampers la. mana mak aku lagi nak buat kerja-kerja rumah, takut mak aku terlepas pandang anak aku kan. dah la time tu mak aku pun selsema.

Jadinya tanpa buang masa aku minta extend panjangkan cuti untuk 2 minggu lagi, unpaid leave ok. aku dapat instinct mesti akan ada ketidakpuasan hati dia, my ex-boss. sms punya sms cakap nak extend, pergghhhhh tiba-tiba kena sembur. saja cuba nak cari salah aku. ah sapa tak hangin. hal aku tak pick-up call pun ungkit. hello ingat hidup aku ni 24 jam kena fikir kerja ke? aku baru je bersalin dan ada anak kecil so faham je la yang aku sibuk uruskan anak aku!padahal dah ada pengganti tempat aku time aku cuti tu. dan dia ambik staf baru tu 2 bulan sebelum aku cuti so aku cuma dapat ajar apa yang rutin je la. push dia kang jadi gila sebab nak kena masuk input cepat-cepat dalam otak. dahla budak ni dari bidang lain so agak slow la nak biasakan dengan kerja-kerja ni. bila ada masalah nak letak kat bahu aku pulak, tak dapat apa dia nak kutuk cara kerja aku. tu la kedekut sangat duit company tu untuk kau makan, ambik staf dah dekat aku nak bersalin.

So tanpa fikir lagi, aku reply fine aku resign 24 jam. memang dia hangin gila la ibarat aku mencabar dia. puas hati aku. lantak la dia nak fikir apa pun. sakit hati betul padahal ex-bos aku tu perempuan ko tau. mesti boleh faham apa aku rasa bila anak demam. risau nak tinggal. tak tau kalau dia tak kisah, kan ada orang gaji jaga anak dia pastu duit adalah segalanya. but not me! demi anak, aku sanggup korbankan kerjaya aku. sebelum ni aku takkan resign selagi belum ada kerja baru menunggu tapi tak kali ni. selamba gila aku kan??haha.

Aku tak menyesal langsung dengan keputusan ni dan memang ada hikmah di sebalik semua tu. Minggu lepas pulak anak aku kena admit sebab jangkitan kuman pada paru-paru. So aku pun kena 'di admit' sekali la. ko bayangkan kalau aku still keja? boleh ke nak cuti lagi? ikut hati memang ingin sekali berada di rumah menjaga anakku sepenuhnya. tak mahu bekerja. tapi ini kena di fikirkan lagi. aku nak sangat bekerja sendiri dari rumah. insyallah. apa pun sekarang ni kita enjoy dulu...............hehehe......

Isnin, Jun 11, 2012

Ujian MGTT selepas bersalin..sedihnya

Assalamualaikum..

Kisahnya minggu lepas aku buat ujian minum air gula atau di kenali MGTT selepas 2 bulan lebih aku melahirkan puteraku. nurse yang datang melawat rumah time aku baru bersalin yang nasihatkan buat, siap bagi date tapi di sebabkan kelewatan aku sampai ke klinik so kena extend next appoinment yakni last week. untuk pengetahuan, aku ada kencing manis semasa mengandung so untuk kepastian sama ada itu adalah pembawaan atau memang aku mengalami sakit tu maka aku pun di nasihatkan buat ujian tu, maka aku ikut aje la demi kebaikan. nak baca pengalaman lalu baca sini Pengalaman mengandung:MGTT

Prosedurnya masih sama. tapi yang tak best, aku rasa erm aku rasa lah kan pada hari tu air dia terlebih manis la (dari yang time mengandung dulu). naik mual tekak dan perut aku. sampaikan aku bangun jap nak pegi beli paper pun rasa perut tak sedap dan pening lalat. nasib baik tak muntah, takmo aku repeat datang lagi. erm adakah air gula tu ada standard berapa sudu gula kena bancuh atau suka-suka nurse tu je buat?? musykil aku.

Lepas 2 hari bekerja dapat call, aku macam dapat agak call tu dari mana. yes memang dari klinik. dan paham-paham la bila dapat call, means berita buruk la. redha je la memang aku alami sakit (kencing manis) tu. and yes seperti aku jangka, result aku kali ni lebih tinggi tahap kencing manisnya (beza 1.0 tu!). so maknanya memang air gula yang baru ni lebih manis, aku yakin tu!

Adoi fikir-fikir memang la aku suka minum manis-manis sejak dulu lagi cuma tak pernah alert nak check semua ni. lepas ni kena la kurangkan atau cari ubat/jamu akar kayu atau apa je untuk kurangkan/hilangkan sakit ni. lepas dah tahu ni kena la lebih jaga kesihatan kalau nak time tua nanti tak alami tahap kesihatan yang teruk. minta simpang. one more kalau tak kawal tahap kencing manis ni, untuk next pregnancy kena la hadapi hal sama lagi, MGTT dan BSP. huh bosannya tau tak!

Pengajaran : check la tahap kesihatan anda walau pun anda fikir masih muda sebab kita tak dapat jangka dengan apa yang kita makan dan amalkan sehari-hari. (lagi la bagi mereka yang macam aku, suka makan je)

Sabtu, Mei 12, 2012

Bersalin first time di hospital ampang. Pandangan aku.

Assalam dan salam berhujung minggu..

Banyak topik nak di sharekan dengan pengalaman baru-baru ni. Pengalaman bersalin dah settle cerita, pengalaman pantang yang ala-ala tapi banyak pengajaran yang aku dapat tambah lagi dengan pelbagai masalah di hadapi semasa awal bersalin ie anakku demam kuning/jaundis, susu badan yang tak ada, ruam-ruam pada anakku dsb. Kekangan masa buat aku tak sempat share kat sini.

Bila dah dekat nak bersalin mesti kita dah merangka-rangka tempat nak melahirkan anak kita tu kan? lagi anak pertama, tak ada pengalaman dan nak terbaik for the first time. either go to swasta atau kerajaan. teringat pulak pada salah seorang saudaraku yang bakal melahirkan jugak minggu ni. dia agak bertuah sebab company dia nak tanggung kos dia bersalin. erm kalau fikir mestilah nak pilih swasta kan? bukan kita keluar satu sen pun. tapi bila dia tanya pada aku, aku memang awal-awal dah fikir dan pilih nak bersalin kat hospital ampang. sebabnya? senang je.. dekat dengan rumah. senang untuk suami dan famili aku ulang-alik if ada kes atau masalah. yang lain aku redha.

Pros dan cons SWASTA :
- layanan istimewa, servis lebih (toiletries+tuala tak perlu bawa kot), selesa
- ada kata : mereka ni laju je kalau nak operate, tak boleh tunggu lama untuk normal deliver-untung kot. (tapi tak tahu kebenarannya ye)
- if ada masalah berat, tetap juga tolak ke hospital kerajaan.

Pros dan cons KERAJAAN :
- share katil dengan ramai pesakit. (time aku bernasib baik, sebelum dan selepas lahir anak dapat duduk dalam wad yang bilik tu, 4 orang 1 wad)
- tunggu giliran untuk masuk labor room (ini kenyataan kena pada aku, ada kes emergency so pesakit walk-in tu di dahulukan memandangkan aku pun masa tu baru 3 cm kan. dalam 3 jam kot)
- doktor dan nurse layan ko bermacam-macam. aku kene induce 3 kali pun sume doktor berbeza,belum yang dalam labor room lagi. huhu. (paling segan bila kena seluk tapi mereka sopan je, say sorry sebelum seluk. redha je la).

Bab hospital swasta aku tak boleh komen lebih sebab aku tak tahu sangat. Tapi hospital kerajaan tak lah seteruk mana.

Hospital ampang BEST ; takde la nurse atau doktor yang kurang ajar atau sombong (ada doktor tu siap explain lanjut bila aku tanya, so tak la dia fikir pesakit mereka bodoh-bodoh kan??), tempat selesa, murah pun murah.

Hospital ampang TAK BEST : aku tak di ajar detail cara menyusu (aku tau time tu 4 am tapi aku adalah first timer dan zero bab ni, sampai baby aku nangis-nangis haus.kesian.), suami tak boleh tunggu (aku rasa lah kan pihak sepatutnya kena pertimbang supaya suami boleh tunggu bagi yang first timer ni.dah la sakit bawah dengan baby pulak asik nangis je.aku nak nangis rasa, da la tak rehat dan tidur langsung sampai la suami dapat masuk melawat).

Ni je lah kesimpulan pandangan aku tentang hospital ampang. Kalau bagi rate, erm 8 out 10. Bersyukur dengan apa yang di terima.

Oh ye kos aku selama 4 malam dan 3 hari = RM 41.

Jadi sapa-sapa yang masih was-was nak bersalin kat hospital ampang, jangan di fikir lagi. Just carry-on. Nanti banyak fikir jadi tekanan darah tinggi pulak lagi bahaya jadinya kan? :P Tawakal aje.

Isnin, April 23, 2012

Rentetan pengalaman melahirkan buah hati pertama

Assalam.. hari ni baru berkesempatan nak cerita detail pengalaman aku melahirkan hari tu (asik draf simpan je keje :P).. dah 30 hari.. posting ni agak panjang ye.. :)

22 mac 2012 (khamis)
- ada weekly checkup kat klinik kesihatan ampang dan pukul 2 appoinment dengan doktor pakar untuk detail scan kandungan
- masa scan ni la baru detect air ketuban kurang / placenta calcified (kalau tak silapku). doktor advise admit hari yang sama kat hospital ampang. actually memang plan nak beranak kat sini sebab dekat dengan rumah. so far pengalaman akak aku beranak kat sini pun ok je semua. then akan di induce dengan kata sama di paksa keluar. :( kalau tak anak boleh lemas!
- sebelum balik dari klinik sempat la lepak makan dengan husband, melantak mi goreng mamak dan teh ais. teringin kau. sambil tu mencari aura positif memandangkan dapat kabar yang terlalu shock. nak kena admit dan induce. bercampur baur perasaan. time ni cakap dalam diri "aku tawakal segalanye padamu Ya Allah.asal ni terbaik untuk anakku"
- around 7 lebih gerak ke hospital di temani suamiku, kakakku, abang iparku dan anak buahku. tapi berat betul hati aku nak pegi hospital tu. boleh tak, lepas daftar tu aku ajak pegi makan dulu. melantak mcDonald kau. hihi.
- baru la naik ke wad. sebelum tu dorang buat test kat Pac dept. kena buat ctg, masuk drip kat tangan tu, check bukaan-baru 1 cm.huhu. ambik masa dalam sejam lebih jugak la then di bawa ke wad 4d (wad untuk ibu mengandung). yang best dapat duduk dalam bilik yang 4 orang tu. bukan duduk luar. hehe. aku tak request apa pun.

23 mac 2012 (jumaat)
- seawal 7.30 pagi, check bukaan dan ubat induce 1st di masukkan kat 'tut'. kene baring sejam untuk larutkan ubat. pastu bekpes.
- lepas sejam setengah dah terasa kontraksi.makin lama, makin sekerap 10 minit then 5 minit sekali. bawa jalan-jalan kat wad slow-slow.
- 1 tengahari lebih kurang, check bukaan baru 2 cm. adoi la!!masuk pulak ubat induce ke-2.
- sakit lebih kerap melanda. 1-2 minit sekali.
- yang frust sangat, petang tu check bukaan pun still 2 cm. Ya Allah tabahkan la aku. da la sakitnya yang teramat-amat.
- petang pukul 7 aku mandi air panas, tah macam mana sakit tu berkurangan. aku tidur awal dan lena sangat-sangat. memandangkan malam sebelum tu aku tak lena tidur kat hospital tu. mungkin juga sebab penat tahan sakit seharian so tak dapat la nak tidur dengan tenang. lama-lama sakit tu hilang. (tidur malam pun selalu di ganggu oleh nurse, nak buat ctg la, amik bacaan bp la. sabar je la.ngantok gile kau.) 


24 mac 2012 (sabtu)

- pagi pukul 7.30 masuk ubat induce ke-3, kali ni lebih besar ubat dia. dalam hati da cuak, adakah akan lebih sakit dan mencabar? fuhhh...
- sakit yang datang agak lambat, masa tengahari sakit sikit-sikit je. boleh di tahan. then it's time untuk check bukaan dalam pukul 2. doc cakap da 3 cm. yeay da boleh tolak labor room doc tu cakap. doc tu comel kau. macam student / budak-budak je, da la dengan pakai t-shirt dan jeans. orangnya pun kecik. so cute! lepas tu dia cucuk ubat untuk eyak. huhu. so tunggu la giliran untuk di bawa ke labor room.
- petang tiba-tiba terasa sakit kontraksi yang teramat. tiap 1 minit. time berborak dengan famili dan kawan yang datang, aku terpaksa stop-stop sebab menahan sakit tu. tak terdaya nak bercakap tau.
- 9 malam, di tolak ke labor room dengan wheelchair. laju kau nurse tu tolak, da macam nak berlumba. haha. padahal aku tak la emergency sangat.
- dup dap dup dap bila da masuk labor room (tapi mati-mati ingat kena tunggu turn lagi sebab tak nampak macam tempat untuk beranak la. haha. dulu aku penah operate so dapat agak bilik operate macam mana, tu yang ingat labor room is bilik operate tu tapi idak la. hanya bilik yang di pisah oleh langsir). dengar orang jerit tu, naik bulu roma aku. makin menggigil. tapi bila dengar tangisan baby, ohh syoknye terharu aku....
- drip tangan di masuk air, pastu tah mesin ape di cucuk kat tangan. if tak silap untuk percepatkan sakit dan merangsang bukaan supaya lebih cepat. selain di pasang alat ctg kat perut. bermula episod menahan kesakitan dengan macam-macam doc, nurse, bidan, student lalu-lalang tempat aku tu. sempat curi-curi pejam mata dan tidur time sakit tu masih boleh di tahan. air ketuban di pecah guna batang pencucuk yang panjang. time ni gigil lutut aku. takut + tahan sakit. rasa ngilu pun ada. lepas aku cakap rasa nak kencing, di pasang la salur kencing tu. tak selesa gile.


25 mac 2012 (ahad)

- 4 jam lebih berlalu. pukul 1.30 pagi doc dan kumpulannya datang check bukaan, da 6 cm katanya.
- masa ni memang sakit macam da tak sempat bernafas la rasanya. aku selamba tanya doc,
aku : lama lagi ke doc? (dalam hati macam da nak give-up dan nak minta caesar je.wuwuwu.)
doc : depends. sume orang tak sama. takpe kita tengok dalam pukul 4-5 nanti k. then kite decide ape nak buat.
aku : aduh doc......(lamanya lagi dalam hati aku cakap)
- sebelum tu, nurse yang baik hati yang pantau aku dari mula sampai last ada bagi ubat tahan sakit yang di cucuk kat bawah tu tapi tetap sakit teramatttttt!!!aku siap cakap boleh minta lagi ke?? ahaha. tak boleh, awak sedut gas kat kepala awak tu. tapi sedut gas tu pun sama je pada aku. so takdela kerap sangat sedut pun.
- ngam pukul 2 pagi, aku terasa nak berak sangat dan dapat rasa ada benda nak keluar. aku dapat agak masa da sampai tapi aku teragak-agak takut terkeluar ta** je. aku jerit la "nurse saya nak berakkkk!!!".."takpe awak berak je, jangan tahan-tahan.teran je"..
- aku push ajela sesuka hati aku. hehe. mana taknya aku tak di ajar pun. lagi la kau tengah sakit kan, mana la nak ingat kalau orang tak cakap time tu!tetiba ramai pulak orang, ibarat pasukan sorak memberi semangat kat aku.nak gelak pun ada.tapi tu la dorang bagi motivate jugak tu.erm da half way baru la nurse/doc laki tu ajar dan cakap,awak pegang kaki awak tu dan dagu letak dada.tau tak, time ni suami aku masih luar bilik bersalin?aku memang tak ingat nak minta panggil dia!sebab da sakit + cuak.aku teran da berapa kali baru la nurse yang pantau aku tu suruh panggil suami aku.adoi ape la..."mana suami dia, panggil dia!bagi semangat kat isteri dia ni!". aku tak terkira berapa kali aku teran, berpuluh kali kot. ape lagi, zass di gunting. memang la terasa. tapi takde hal sangat, sebab kontraksi la sakit yang lebih dahsyat tau. 2.15 pagi..alhamdulillah selamat semuanya.

Jumaat, Mac 30, 2012

Alhamdulillah.....selamat melahirkan sudah....

Assalamualaikum......
Dengan tak di jangka-jangka buah hatiku telah selamat di lahirkan pada 25.3.2012 @ 2.15 pagi.
Berat 2.6 kg pada minggu 37 minggu 6 hari.
Lahir secara normal dengan induce. Sebabnya air ketuban kurang. Pengalaman yang sangat menyakitkan tapi berbaloi dan berharga.
Ni lah dia.........
P/s : nanti ada masa ku cite detail ye

Jumaat, Februari 24, 2012

Check-up pregnancy : 32 minggu

Assalam..

Khamis dan jumaat last week ada appoinment untuk check-up bulanan dan scan.

Check-up bulanan (32 minggu)
- hb ok, tekanan darah ok, yang lain2 pun ok
- cuma sangat risau pasal kenaikan berat badan je tup2 takde kenaikan langsung ok! just maintain like 2 weeks ago. masa check-up 30 minggu, berat aku naik 2 kg dalam masa 2 minggu. fyi lepas cukup je minggu ke-28, aku kene pegi check-up 2 minggu sekali dan bukan lagi sebulan sekali. ada rasa hepi tapi takut pun ada. nurse tanda merah kat buku, statik. isk boleh jadi hal jugak ke?? huhu. then doc sound aku control makan ke? oh tak jugak, makan just macam biasa. tapi kalau ikut rekod aku sepanjang pregnant ni, paling tinggi aku penah naik 2 kg dalam masa sebulan (sekali je, tah bulan ape hari tu) then maintain naik 1 kg sebulan. risau jugak, harap pembesaran baby aku dalam perut ni normal la. nasib baik la, besoknye nak buat scan pulak. huhu. (total 8 bulan pregnant ni berat aku da bertambah 10 kg.. huhu)

Scan
- alhamdulillah doc cakap sume ok. berat baby da 1.8 kg. doc kata berat yang still ok. nampak jantung babyku dup dup dup. hehe. time scan ni sanggup lak my hubby ambik cuti nak tengok baby katanya. yo la...
- yang agak buat seronok, doc cakap baby da turn bawah, means kepala dia da kat bawah iaitu tempat yang sepatutnye untuk deliver nanti. tapi tak boleh hepi sangat jugak, baby still boleh pusing-pusing. time 36 minggu nanti baru konfirm sama ada kedudukan dia ok atau tak. Ya Allah, berharap baby still macam ni kedudukan dia nanti. jangan pusing lagi ye baby sayang. jika ada masa, aku bercakap-cakap juga dengan my baby dalam perut ni.."baby..anak ibu yang baik dan dengar kata (sambil usap perut), skang baby da 7 bulan setengah. insyallah tak lama lagi ibu dapat tengok anak ibu ni.. bila da sampai masa, baby kena ada di kedudukan yang betul ye, kepala kat bawah ni (sambil tekan sikit dan usap bahagian bawah perut) dan kaki kat sini (usap bahagian atas pulak) supaya baby boleh keluar dengan senang..bla bla bla"..lepas tu aku usap dan baca la ape-ape doa dan selawat.
** masa check-up 30 minggu, nurse bagitau kedudukan baby masih breech (kepala kat kanan perut dan kaki di kiri perut). sangat risau masa tu. tapi apa yang boleh aku buat, cuma berdoa dan kalau terbaca apa-apa tips aku try buat untuk turn baby dari breech tu.

Sedikit info dan petua nak share untuk baby breech/songsang :
- sujud lama-lama semasa solat (aku biasa buat time subuh, after selesai solat subuh sujud lama-lama sambil selawat/zikir. selain elak migrain skarang untuk try turn kan posisi baby)
- mainkan zikir/lagu di bahagian bawah perut (kita baring)
- halakan lampu torch-light kat perut (keadaan sekeliling biar gelap), gerak lampu tu dari atas ke bawah.

Sape yang ada masalah breech boleh la try k. kita berusaha, yang tentukan Allah. kalau tak berjaya, anggap la tu takdir yang Allah dah tentukan untuk kite. mesti ada hikmahnya. wallahualam.

Erm next week check-up 34 minggu pulak, rasa penat every 2 minggu kene pegi dan tunggu giliran yang berjela tu. tapi apakan daya demi anak dalam kandungan ku ni. tapi yang best dapat la bercuti dari keje. hehe. aku tak ambik time-off sebab malas nak rushing ke opis pastu. tak larat la beb. lantak la cuti habis pun, nanti-nanti cuti ambik unpaid pulak kalau dah habis. haha. (p/s aku bukan pekerja cemerlang ok!haha)

Rabu, Februari 15, 2012

Tanda-tanda bersalin. Be alert!

Assalam......


Pejam celik minggu ni kandungan aku dah masuk 8 bulan. semakin nervous. huh! Persiapan pun yang sederhana sahaja. Besok pulak untuk check-up minggu ke-32 dan jumaat ada growth scan pulak. So ambik cuti 2 hari. hehe. agak gementar sebab takut ada je yang tak kene, last 2 weeks check-up berat naik 2 kg dalam masa 2 minggu. huhu. (nasib baik nurse tak membebel, tebal telinga kang. haha)

Semakin dekat harinya, macam-macam perasaan ada. excited + takut dan macam-macam lagi la. mommies dan mommies-to-be je yang tahu. hehe.


Untuk yang akan deliver 1st baby like me, memang tak tahu apa rasanya bila nak bersalin. So ada sikit info yang dapat aku korek di pelbagai laman. Be alert ya.. dan marilah kita sama-sama berdoa semoga semua berjalan lancar dan selamat. amin.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari
Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Ratu Hati.

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
•Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
•Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
•Sakit perut & memulas
•Kerap buang air besar
•Kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
•Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
•Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
•Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
•Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
•Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
•Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari
mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:

•Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.



•Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.


•Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

Rabu, Februari 01, 2012

BSP.. Rentetan dari MGTT yang lepas...

Assalam dan selamat hari wilayah sume.. syok cuti-cuti kan?? bagi yang area wilayah la. hihi.

Lepas kisah yang aku kene buat MGTT (minum air glukos yang sangat manis tu!), beberapa hari lepas tu dapat call dari nurse klinik aku check-up untuk datang buat BSP! Maknanya bad news la, reading untuk MGTT tu 8.8 beb! bacaan yang tinggi. huhu mengeluh aku sorang. nurse tu explain serba sikit ape prosedur and apa perlu di buat masa BSP tu...

BSP atau namanya Blood Sugar Profil, di mana nak test ketinggian tahap diabetis ko (kalau tak silap explanation aku la, kalau silap maaf). Lepas buat MGTT and if result tinggi maknanya memang kite ade kencing manis/diabetis. so di kehendaki buat BSP pulak la. BSP ni tak perlu minum air gula, dia just nak pantau tahap pencernaan gula oleh badan kite sebelum dan selepas makan.

Macam mana BSP test ni berjalan? Lebih kurang macam MGTT cuma beza;
- MGTT ambik 2 kali darah dan BSP ambik 4 kali darah
- MGTT ambik se'picagari' darah dan BSP cuma setitik darah di jari
- MGTT kena minum air gula, BSP ko makan dan minum je la macam biasa bukan minum air gula lagi.
- Yang sama, malam sebelum test kena puasa dulu.

BSP punya prosedur, ambik darah ;
- Sebelum sarapan (8 pagi)
- Selepas sarapan (9> pagi)
- Selepas makan tengahari (12 tengahari)
- Selepas makan malam (8 malam)

Menu yang aku makan beserta result test BSP ;
- Puasa = 4.9
- Sarapan 2 kuih kacang+kuih tepung inti kelapa tapi aku buang isi dia+mineral = 7.3
- Nasi+ayam goreng+peria+kuah kari+limau ais = 7.4 (makan dengan enjoy dan selamba.haha)
- Petang 6.30 petang, nasi+sup ayam+air putih = 7.1

Kesimpulan : 4.9 ~ 7.3 ~ 7.4 ~ 7.1

Aku di beritahu BSP ni bukan kena buat sekali je if bacaan tinggi, akan di pantau oleh klinik maknanya ko kene jalankan diet yang seimbang supaya paras gula tak tinggi sampai la klinik puas hati baru takyah datang. and so far aku tak dapat apa-apa call lagi berkenaan hal ni. harap sangat tak perlu buat BSP ni lagi. leceh. penat kene ngadap klinik je.

Lepas sesi amik darah yang pukul 12, aku kena jumpa doktor. kat situ aku di nasihatkan tentang pemakanan yang sihat la.

Risiko kencing manis adalah baby bakal lahir kecik atau besar. dan tidak boleh melahirkan lebih dari 38 week. kalau tak nak keluar time tu,maknanya kena paksa la.

Masa buat BSP, sempat la berborak dengan akak sorang ni yang buat BSP jugak. dia da kena buat lebih 2 kali kalau tak silap. tapi time ni dia da dekat nak bersalin, da sampai waktu. so da tak perlu buat BSP lagi after dis. selamat dia. hehe. memandangkan dia da biasa buat BSP, so dia maybe tau cara untuk kurangkan reading. bayangkan la time test yang 8 malam tu kebetulan terserempak dia, bacaan dia 4.6 je. isk3. sampai aku tanya, akak puasa ke?? dia kata makan gak. tahle.hehe.

Sedikit info yang aku nak share untuk kurangkan kencing manis ni (lagi-lagi kalau da tau reading memang tinggi) ;
- makan banyak buah seperti epal hijau
- makan pahit seperti peria, masam seperti air limau
- kurangkan makan lemak seperti kari etc
- kurangkan makan malam. kalau lapar jugak, makan biskut dan air susu

Jumaat, Januari 06, 2012

Apa tu MGTT? Pengalaman aku..

MGTT atau nama panjangnya Meal Glucose Tolerance Test. Rasanya rata-rata yang tengah pregnen akan tau istilah ni yang mana ia test untuk tentukan kita ada kencing manis or tak.

Tak terkecuali aku pun kene buat jugak test ni. apa yang aku d beritahu oleh nurse tu, skarang ni orang pregnen yang berumur 28 tahun ke atas kena buat. tapi ada jugak dengar umur kurang dari tu pun kena buat, antara sebab kena buat adalah kenaikan berat badan yang mendadak or ada keturunan kencing manis dari parents.
Yang tak best setakat ni aku da buat 2 appoinment untuk test ni. check-up bulanan aku buat d klinik kesihatan ampang. 1st appoinment memang sangat menyakitkan hati. waste my time u know!

1st appoinment

Nurse kata by 7.30 pagi da kena ada kat klinik. tapi aku sampai lambat skit. dalam 7.45 kot. pegi sorang ape nak buat suami keje. takpe2. independant mum kan?? hihi. sampai d kaunter nombor ada notis "untuk buat MGTT sila ambil no dan terus ke bilik 18".

Aku dengan selamba amik no tu dan kepil 1 kat buku pink, 1 aku pegang. betul-betul sebelah kiri notis tu ada bakul kecik, dan ada buku moms lain kat situ. so aku letak dengan konfiden. (nak tanya pun, takde sape-sape kat kaunter tu ok!)

Straight pegi bilik 18 dan tunggu turn la konon. tunggu punya tunggu da 8.30. aik apsal no aku tak naik, lepas tu nape no lompat pulak ni. aku da tak sedap hati. aku pusing tengok kat kaunter, buku-buku dan bakul tadi da takde. so aku duduk balik. dalam masa sama tengok bilik 18 tu da kosong, nurse-nurse da lari ke tempat lain. ahh lagi aku tak sedap hati. lama tu baru la tiba-tiba nama aku d panggil, rupanya dari kaunter depan tadi.

Nurse : Kenapa awak letak buku kat bakul ni??
Aku : Da tu sy nampak buku orang lain pun kat situ.
Nurse : Ni untuk yang nak buat SCAN je. (dengan muka serius dia la konon!)
Aku : Mana la sy tau, takde orang explain. nak tanya pun takde sape-sape tadi. habis mcm mana ni, boleh lagi ke buat?? atau kene appoinment lain?
Nurse : awak pegi tanya nurse-nurse dalam bilik tu.
Aku : ciss ingat dia nak tanyakan (dalam hati aku je la)
(aku terus ambik buku dan blah tak cakap terima kasih ke hape. memang panas la. aku bukan nurse nak tau prosedur korang la!!!!!)

2nd appoinment

Hah kali ni aku datang sharp 7.30 pagi tapi tengok-tengok da masuk pun orang lain. haha dapat la orang ke 13 (untuk buat MGTT sahaja). Kali ni kaunter letak notis lebih clear..
"untuk buat MGTT, amik no dan terus ke bilik 18. untuk scan sahaja masuk bakul"
So rasanya which 1 yang korang rasa clear arahan dia?? yang ni kan?? tak tau if aku yang blur kot masa 1st tu. adakah sebelum-sebelum ni orang tak pernah tersalah macam apa yang aku buat hah?? isk3. but time ni aku ada gak terdengar yg sorang mum ni tersalah letak bakul depan.huhu.

So kesimpulannya :
7.30 pagi - amik no giliran
8.00 pagi - sampai no giliran dan amik darah
8.05 pagi - minum 1 cawan air gula (sedap woooo...manis terlampau..hahahaha)
8.07 pagi - tunggu giliran lagi
10.00 pagi - sampai no giliran dan amik darah lagi (kena 2x cucuk!urat malu-malu kucing)
10.05 pagi - balik!!

Yang perlu tau :
# kena puasa dari jam 10 malam hari sebelumnya
# kalau muntah air gula tu, kena minum lagi
# lepas amik darah kali ke-2 (lepas 2 jam tunggu sampai panas bontot tu), baru lah boleh makan dan minum
# result tak terus tau pada hari yang sama ok. take time.

Pengalaman dan pengajaran :
# untuk elak korang sakit hati macam pengalaman 1st aku, better la korang rajin bertanya if tak sure. kejar je la mana-mana nurse.
# walau pun kene puasa, tapi pagi sebelum buat 2nd test aku minum air putih seteguk. tekak kering gile la. so harap result tak effect apa-apa.
# bawa la bahan bacaan sepatutnya/ laptop/ ipad etc untuk isi masa 2 jam tunggu tu
# fokus diri untuk fikir yang air gula tu umpama kek secret recipe yang sedap...nyam2

Ohh...masa buat test ni aku da 26 minggu lebih kurang. 6 1/2 bulan. janganla kena minum lagi. bosan tang nak menunggu tu hah. lain la 2 jam tu shopping, hah baru tak hengat dunia. kihkih.

Sekian... selamat tahun baru 2012... azam baru aku tak abis list kan lagi.. boleh gitu?? ahahahahaha.......