Assalamualaikum..
Memang normal la bila baby atau anak-anak ni ada ragam (dah jadi ibu baru la tau..hihi padan muka) tapi ada yang best dan ada yang merunsingkan jugak.
Sebelum-sebelum ni belum ada apa-apa perubahan sangat, masih baby kan so dia cuma banyak tidur dan menyusu aje. tu je la rutin biasa. aku memang bersyukur sangat, anak aku ni tak banyak meraung. dia menangis bila nak susu je / lapar. sampai la semasa hari tu kena admit hospital pun, siap akak sebelah katil (dia teman anak dia nak kena operate bisul kat dahi) puji anak aku ni tak menangis walaupun dia dapat dengar anak aku ni batuk berkahak yang agak teruk, kalau siapa dengar dia batuk pun jadi kesian. alhamdulillah, semoga dia terus macam ni, tak menangis means seorang yang tabah. amin.
Hmmm... 3 bulan berlalu anakku dah mula tunjuk ragam atau peel nya yang baru. kalau bab tak cukup tidur malam tu tak payah cerita la, sampai sekarang dia masih terjaga 2-3 jam sekali untuk menyusu.
** dia dah takmau baring kalau mata tengah celik. suka sangat di dudukkan. ambik dia dan di riba. senyum-senyum dia. paling syok bila di berdirikan dia, senyum lebar kau. siap mata bersinar-sinar ceria. tak sabar nak berjalan / berlari kot, sebab anak buah aku ni hari-hari ajak nak main-main dengan anak aku ni. alahaiii... (kalau macam ni macam mana la anak aku nak belajar meniarap ye, sedangkan anak pada sedara aku dah pandai meniarap.huhu.bukan nak bandingkan sangat la kan, cuma boleh di jadikan basic sepatutnya bulan sekian-sekian dah pandai buat apa kan??time celik anak aku ni tak suka baring dan meniarap, macam mana??)
** kadang-kadang dia mengamuk time menyusu. menangis macam kena cubit / dera. ni baru jadi 2-3 hari ni. kata ayahnya, sebab aku bau masam (kebetulan time ni aku belum mandi pagi).ciss. tak la kot sebab sebelum ni ok je.haha. mak aku pulak kata dia marah sebab tengah syok nyusu, terlepas pulak putingnya.maybe?? dah lepas tu dia jadi merajuk. terpaksala aku pujuk dengan mendodoi-dodoi dia. apa yang aku tau, dia ni berbunyi-bunyi mulutnya kalau air susu agak slow flownya. siap tarik-tarik. adoi.. yang ni kena buat research lagi la.. runsing mak tau nak...
** paling best dia dah suka membebel la. lepas tu senyum-senyum.
** time siang 2-3 hari ni dia tak tidur sangat / kadang tidur tapi sekejap-sekejap je. start petang dia tidur lena. tapi kadang hazab sikit la bila dia bangun 3 pagi nak menyusu then mata dah bulat yang menandakan dah taknak sambung tidur. kena layan dia borak kau, kalau tak ek ek ek bunyi dia. yang bijaknya kadang anak aku ni siap tengok mata aku, dan aku tutup mata buat tidur (sambil celik-celik sikit dan nampak mata bulat dia tengok mata aku,kadang tak tahan ter keke-keke aku tahan gelak). lepas tu eh apsal senyap pulak ni? rupanya dia sambung tidur. hihi.
Sekarang hari-hari semangat nak ajar dia nyanyi-nyanyi / tepuk-tepuk / main-main sebab respon dia yang memberangsangkan. seronoknya habiskan masa dengan anak kecil, hilang segala masalah rasanya.
Khamis, Jun 28, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan