Isnin, Jun 11, 2012

Ujian MGTT selepas bersalin..sedihnya

Assalamualaikum..

Kisahnya minggu lepas aku buat ujian minum air gula atau di kenali MGTT selepas 2 bulan lebih aku melahirkan puteraku. nurse yang datang melawat rumah time aku baru bersalin yang nasihatkan buat, siap bagi date tapi di sebabkan kelewatan aku sampai ke klinik so kena extend next appoinment yakni last week. untuk pengetahuan, aku ada kencing manis semasa mengandung so untuk kepastian sama ada itu adalah pembawaan atau memang aku mengalami sakit tu maka aku pun di nasihatkan buat ujian tu, maka aku ikut aje la demi kebaikan. nak baca pengalaman lalu baca sini Pengalaman mengandung:MGTT

Prosedurnya masih sama. tapi yang tak best, aku rasa erm aku rasa lah kan pada hari tu air dia terlebih manis la (dari yang time mengandung dulu). naik mual tekak dan perut aku. sampaikan aku bangun jap nak pegi beli paper pun rasa perut tak sedap dan pening lalat. nasib baik tak muntah, takmo aku repeat datang lagi. erm adakah air gula tu ada standard berapa sudu gula kena bancuh atau suka-suka nurse tu je buat?? musykil aku.

Lepas 2 hari bekerja dapat call, aku macam dapat agak call tu dari mana. yes memang dari klinik. dan paham-paham la bila dapat call, means berita buruk la. redha je la memang aku alami sakit (kencing manis) tu. and yes seperti aku jangka, result aku kali ni lebih tinggi tahap kencing manisnya (beza 1.0 tu!). so maknanya memang air gula yang baru ni lebih manis, aku yakin tu!

Adoi fikir-fikir memang la aku suka minum manis-manis sejak dulu lagi cuma tak pernah alert nak check semua ni. lepas ni kena la kurangkan atau cari ubat/jamu akar kayu atau apa je untuk kurangkan/hilangkan sakit ni. lepas dah tahu ni kena la lebih jaga kesihatan kalau nak time tua nanti tak alami tahap kesihatan yang teruk. minta simpang. one more kalau tak kawal tahap kencing manis ni, untuk next pregnancy kena la hadapi hal sama lagi, MGTT dan BSP. huh bosannya tau tak!

Pengajaran : check la tahap kesihatan anda walau pun anda fikir masih muda sebab kita tak dapat jangka dengan apa yang kita makan dan amalkan sehari-hari. (lagi la bagi mereka yang macam aku, suka makan je)

11 ulasan:

  1. Salam sis..nak tanya..lepas sis tahu sis ade kencing manis(lepas mgtt )..ape plan doc & nurse seterusnya?

    BalasPadam
  2. kencing manis memang bahaya..

    BalasPadam
  3. Assalam sis.. Boleh minx no telefon n email sis X? Ape plan doc lelas Tue? Next pregnancy mcm mne yer awk?

    BalasPadam
  4. Sis lepas Tue mcm mne plan doctor? Mcm mne sis kawal pemakanan.. Boleh Tau x? Boleh minx no Telefom or email X? Next pregnancy mcm mne sis? Okay x?

    BalasPadam
  5. Assalam sis ape plan doc Lps Tue?
    Boleh minx email n no telefon X sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru lepas appoinment ngan doc lepas dpt tau ada diabetec..boleh contact saya 0103405084 fizah...

      Padam
  6. Salam yana.sy wani..nak ty doc plan apa lepas kuar result mgtt ni..sy pun baru dpt result juga..sedih juga ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru lepas appoinment ngan doc lepas dpt tau ada diabetec..boleh contact saya 0103405084 fizah...

      Padam
  7. Yana nk minta no telefon

    BalasPadam