Jumaat, Mei 27, 2011
Tabahlah kamu......
Hubungan yang di harap bahagia, tapi permulaan je da di duga dengan kehambaran. aku doakan kau tabah ye. banyak-banyak la solat dan doa smoga rumahtangga kau bertahan dan bahagia selamanye. pada wanita-wanita lain di luar sana, kalau sorang laki dah jadi hak milik wanita lain, jangan la cuba nak bermain api ye. cari la lelaki lain yang lebih elok. tak perlu la nak guna ilmu-ilmu hitam untuk rampas hak orang. aku sedih sangat, baru tau hal ni. sebelum ni kau sembunyi dari aku kan ape kau alami ni........ :( sedihnye laaaaaaaa!!..........
Rabu, Mei 25, 2011
Selesai hal borang nikah! Prosedur untuk pengantin Selangor.
Aku cerita la ye serba sikit. maybe boleh jadi rujukan pada bakal pengantin yang lain (tapi tengok juge pada situasi korang ye).
** Penting : korang kene pastikan siapa penolong pendaftar nikah or PPN area rumah korang (tanya qariah masjid berdekatan). step ni aku cut sebab kakak aku dah kahwin so just proceed ke PPN tu.
Situasi kami :
a-ic aku alamat Ampang jaya di bawah Pejabat Agama Islam Daerah Gombak-Keramat
b-tunang aku beralamat melaka dan bekerja di KL
........................................................
Lets start (L-lelaki merujuk tunangku & P-perempuan merujuk pada aku) :
1- L & P - hadiri kursus pra-perkahwinan (kat mana-mana pun boleh)
2- L & P - buat test hiv di klinik kesihatan kerajaan (mana-mana boleh tapi certain klinik tu siap tengok alamat baru boleh proceed. kene buat appoinment).. yang ni kami buat di klinik kesihatan kampung pandan. borang akan di bagi oleh klinik tersebut masa korang set appoinment. kene datang n set appoinment k. siap kene baca n hafal tentang hiv n aids ni. result ni cuma valid untuk 6 bulan je.
3- L - minta surat pemastautin n akuan bujang dari majikan dia. sebab dia uruskan dari kl je. bole buat kat kampung gak, kalau buat kat kampung so tak payah surat pemastautin la. surat akuan bujang selain majikan bole minta penghulu/ketua kampung dan pihak lain yang di benarkan.
4- L - ambik borang dari JAWI atau download kat web dia. Borang 1 (butir pemohon, pasangan dan perkahwinan iaitu masa dan tempat nak nikah). Isi je la apa yang di suruh. Then complete hantar ke Jawi untuk proses. Siap pada hari yang sama. Caj RM5. So keluar la surat kebenaran berkahwin di luar negeri/negara. Pass je ke pihak perempuan iaitu aku la kan. JANGAN LUPA BAWA ORI SIJIL KURSUS PRA-KAHWIN. hari tu sijil tunang ada pada aku so takleh proceed untuk pegi hantar. hehe.
5- P - Ambik dan isi borang 2C-permohonan kebenaran berkahwin dan 2D-persetujuan wali dan wakalah wali, ambik dari PAID or download je kat website. aku pegi amik dari PAID sebab nak tau tempat kat mana. Masa tu 1st time pegi so kakak yang teman dan tunjuk la. Lampir la apa yang patut iaitu ic pemohon, wali, 2 saksi, sijil nikah, surat kematian ayah dan result hiv (ayah dah meninggal so wali adalah abang).. set borang kebenaran berkahwin lelaki pun lampir sekali. oh ye,mesti usung gak ori punye surat kematian ayah ye. ppn nak tengok. termasuk usung sijil kursus ori. kes aku, abang ada la ke-2 dari 4 orang so tak perlu sijil nikah mak bapak. if abang korang menjadi wali dan anak sulung, siap sedia dengan sijil nikah mak bapak ye. mesti ada! then ppn akan sahkan if semua dah ok dan complete.
** Pihak P bole ambik dan isi dulu form 2C dan 2D ni, jangan tunggu borang yang siap dari pihak lelaki tapi jangan di isi bahagian tandatangan saksi dan wali tu. kene bawa wali dan saksi-saksi then sain depan ppn.
6- P - Borang yang dah dapat pengesahan ppn, hantar pulak ke PAID semula. time ni pun bawa la yang ori surat kematian ayah dan sijil kursus kahwin ye. orang kaunter tu check-check then buat bayaran rm10 untuk pemprosesan. then balik la n collect besoknya.
7- P - Collect borang yang dah dapat pengesahan pendaftar PAID. Last step just bagi balik borang-borang ni pada ppn. Done!! hooraayyy.. da boleh kahwin. haha.
Sekian celoteh kali ni, smoga berguna untuk b2b yang akan bernikah di Selangor ye. jadi lelaki senang ek, step dia macam ringkas je. kalau perempuan, berpeluh. hihi.
Selasa, Mei 24, 2011
Idea pemakaian tudung untuk pengantin
Isnin, Mei 23, 2011
Kerja gila. tukar warna tema di saat akhir!
Jumaat, Mei 20, 2011
Nak buat apa lepas kahwin?
Khamis, Mei 19, 2011
Sedang 'siapkan diri'
Rabu, Mei 11, 2011
Kami alami accident! wuwuwu...
cermin kete yang di hentam oleh si buta bengap! geram! smoga ko dapat la balasan wahai penganiaya! dah salah kau cabut!! berhati binatang!
But but aku masih bersyukur.. ni kire sikit je kot.. aku lagi takut kalau keta tak guna tu hentam betul2 belakang keta kitorang. ade kemungkinan kami akan jatuh ke gaung tepi kiri atau tercampak ke tengah jalan kanan tu.. alhamdulillah kami masih d beri kesempatan untuk hidup..
Prasaan masih takut tapi perlu terus jalan untuk balik jugak.so tunang la yang bawa cume aku pesan takmo bawa laju. bia la lambat yang penting selamat. padahal accident ni pun keta kami dok diam je. tapi orang yang melanggar kami. dugaanaaannnnn.... aku tak terus call emak bercerita, aku taknak mak risau. sampai rumah baru aku cerita.
P/s : to all b2b yang lain jugak berhati2 la selalu ye. memang malang tu tak berbau tapi kene jugak ambik langkah berjaga2. termasuk la sume penunggang n pemandu, berhati2. jangan pk diri sendiri je, tolerate la dengan pengguna jalanraya yang lain.
Khamis, Mei 05, 2011
Apa salahnya pakai gaun kembang dan bertudung
possibly baju ku akan spt ini. tidak la sebijik ye. just orang butik tu suggest pakai gaun tu dengan lace macam ni (sememangnye gaun tu seksi bangat!). n of coz pakai baju inner k dalam dia. huhu.
Rabu, Mei 04, 2011
Salji di Malaysia? Bestnye!!
Kenape?? tak pecaye aaa???... haha.. syoknye skang malaysia pun ade salji tau... jom pegi serbu ramai2!!...
Salji ni ade kat i-City, Shah Alam.. di kenali sebagai Snowalk.. hihi dekat je dengan kl.. bole la pegi bile2.. sape2 yang belum terfikir nak honeymoon ke mana2 macam aku ni ha bole gak pegi tempat ni dulu... :D
Serba sikit pasal snowalk @ i-city ni... merupakan yang pertama di south Asia gunakan teknologi Korea (terer kan dorang ni!).. air beku yang menjadi salji n selamat utk di rasa... haha jangan korang pegi pulun buat ABC pulak... nyam2...
Eh teringinnye nak pegi, harus suggest bakal suami utk ke sana.. ape2 hal tunggu kawin dulu baru bebas sikit nak berkepit (gatai!!).. lalalalalala...
Untuk berita penuh tengok sini ye, salji di malaysia
Selasa, Mei 03, 2011
Cuti yang tak cuti
Macam ni la aku skang.. setelkan sume hal seperti bermarathon... caiyok2...
Bab kad kahwin setel sebelum date line yang aku tentukan. kamis lepas habis keje terus rushing jumpa si vendor untuk amik kad. luck me sebab yang tukang deliver sanggup drop kat area dekat2 rumah. so that janji dengan dia sekian2 masa n tempat.. kalau nak aku datang kedai dorang mst sesat! wajib le dengan hidup aku ni.. haha..
Jumpa, check2 n bayar balance terus cabut balik. but pukul 7 lebih gak la aku sampai rumah. tah nape jem gile pulak! baru lepas hujan kot.. huh dugaan.. sampai rumah je dorang excited betul tengok my kad siap dalam diam2.. aku ni jenis tak kecoh lebih2.. seminggu sebelum my mom da sibuk tanya2 kad bile nak siap?? aku just cakap dalam proses (dalam nada malas2..haha saje nak bikin dia panik). so dia pk mungkin lagi 2-3 minggu siap tapi tup2 da ade kat tangan..hehe... n betapa dorang dia excited, kad nak siapkan lipat malam tu jugak..500 keping tau.. adoii.. aku ingat nak la buat sok lusa, penat beb tak rehat.. tapi terpaksa le da dorang beriya so me kene tolong buat jugak.. takkan ko nak melangok tengok je tak tolong padahal ko yang nak kawin kan?? :P
Syukur la pasal kad kahwin aku takde hadapi ape2 masalah.. tak silap aku by 15hb mcm tu aku da start email my vendor pasal design, kaler etc2.. serius aku tak tengok finalise contoh kad pun tau, just draf n proceed dr email je.. so nak ammend ke ape ke sume email je termasuk la brape kene bayar sume.. alhamdulillah sume lancar, 28hb dah dapat.. but sepatutnye dia suruh aku konfirm kad dah siap by 29hb tp aku cuba nasib so aku call awal sehari 28hb tu la n tup2 dah siap.. syukur.. insyallah nanti aku akan cite pasal kad kahwin aku yg berkos 37 sen sekeping termasuk envelope.. murah pada aku, under my bajet yang telah d tetapkan.. :)
So soal kad kahwin tolak tepi... hihi
But weekend lepas baru start buat doorgift.. memasukkan doorgift ke dalam kotak yang ready-made.. aku tak rajin n tak pandai diy.. sehari buat 1 kotak sebab letih la nk siapkan sume ye tak?? mau kejang kaki bersila buat menda alah tu... n dah siap half la.. buat slow2 je sebab ade masa lagi kan.. takmo stress n rushing2... ahad lak berjalan ke melaka hadiri kenduri majlis membe.. tema maroon tu.. hehe.. tak ku sangka ye ko minat kaler merah.. :D
Huh n now dah masuk bulan 5... huargghhh masa cepat betul ko bergerak la.. bagi la aku bernafas skit... blurp blurp blurp.... 33 days to go.... weeehuuuuuu......