Khamis, Jun 28, 2012

Ragam anakku bila dah 3 bulan

Assalamualaikum..

Memang normal la bila baby atau anak-anak ni ada ragam (dah jadi ibu baru la tau..hihi padan muka) tapi ada yang best dan ada yang merunsingkan jugak.

Sebelum-sebelum ni belum ada apa-apa perubahan sangat, masih baby kan so dia cuma banyak tidur dan menyusu aje. tu je la rutin biasa. aku memang bersyukur sangat, anak aku ni tak banyak meraung. dia menangis bila nak susu je / lapar. sampai la semasa hari tu kena admit hospital pun, siap akak sebelah katil (dia teman anak dia nak kena operate bisul kat dahi) puji anak aku ni tak menangis walaupun dia dapat dengar anak aku ni batuk berkahak yang agak teruk, kalau siapa dengar dia batuk pun jadi kesian. alhamdulillah, semoga dia terus macam ni, tak menangis means seorang yang tabah. amin.

Hmmm... 3 bulan berlalu anakku dah mula tunjuk ragam atau peel nya yang baru. kalau bab tak cukup tidur malam tu tak payah cerita la, sampai sekarang dia masih terjaga 2-3 jam sekali untuk menyusu.
** dia dah takmau baring kalau mata tengah celik. suka sangat di dudukkan. ambik dia dan di riba. senyum-senyum dia. paling syok bila di berdirikan dia, senyum lebar kau. siap mata bersinar-sinar ceria. tak sabar nak berjalan / berlari kot, sebab anak buah aku ni hari-hari ajak nak main-main dengan anak aku ni. alahaiii... (kalau macam ni macam mana la anak aku nak belajar meniarap ye, sedangkan anak pada sedara aku dah pandai meniarap.huhu.bukan nak bandingkan sangat la kan, cuma boleh di jadikan basic sepatutnya bulan sekian-sekian dah pandai buat apa kan??time celik anak aku ni tak suka baring dan meniarap, macam mana??)
** kadang-kadang dia mengamuk time menyusu. menangis macam kena cubit / dera. ni baru jadi 2-3 hari ni. kata ayahnya, sebab aku bau masam (kebetulan time ni aku belum mandi pagi).ciss. tak la kot sebab sebelum ni ok je.haha. mak aku pulak kata dia marah sebab tengah syok nyusu, terlepas pulak putingnya.maybe?? dah lepas tu dia jadi merajuk. terpaksala aku pujuk dengan mendodoi-dodoi dia. apa yang aku tau, dia ni berbunyi-bunyi mulutnya kalau air susu agak slow flownya. siap tarik-tarik. adoi.. yang ni kena buat research lagi la.. runsing mak tau nak...
** paling best dia dah suka membebel la. lepas tu senyum-senyum.
** time siang 2-3 hari ni dia tak tidur sangat / kadang tidur tapi sekejap-sekejap je. start petang dia tidur lena. tapi kadang hazab sikit la bila dia bangun 3 pagi nak menyusu then mata dah bulat yang menandakan dah taknak sambung tidur. kena layan dia borak kau, kalau tak ek ek ek bunyi dia. yang bijaknya kadang anak aku ni siap tengok mata aku, dan aku tutup mata buat tidur (sambil celik-celik sikit dan nampak mata bulat dia tengok mata aku,kadang tak tahan ter keke-keke aku tahan gelak). lepas tu eh apsal senyap pulak ni? rupanya dia sambung tidur. hihi.

Sekarang hari-hari semangat nak ajar dia nyanyi-nyanyi / tepuk-tepuk / main-main sebab respon dia yang memberangsangkan. seronoknya habiskan masa dengan anak kecil, hilang segala masalah rasanya.

Rabu, Jun 20, 2012

Demi anak...........

Sebelum ni... sebelum aku ada anak, aku agak takut nak ambik satu keputusan yang drastik dalam hidup aku tapi kali ni di sebabkan ketidakwajaran bos lama aku so aku say bye-bye!!

Kisahnya... ngam-ngam lepas 2 bulan dan sepatutnya aku kena masuk kerja (28 mei), anak aku di serang batuk dan tanda-tanda nak demam. aku sangat tak sedap hati. memangla anak aku akan di jaga mak sendiri, jadi mesti orang fikir ala takde apa-apa la mak sendiri kan ada jaga. tapi aku tetap risau sebab anak buah aku sorang lagi pun ada (masuk 3 tahun). anak buah aku ni sangat manja dengan mak aku so adakala bila nampak mak aku dukung atau pegang anak aku, time tu la dia nak susu la, minta tukar pampers la. mana mak aku lagi nak buat kerja-kerja rumah, takut mak aku terlepas pandang anak aku kan. dah la time tu mak aku pun selsema.

Jadinya tanpa buang masa aku minta extend panjangkan cuti untuk 2 minggu lagi, unpaid leave ok. aku dapat instinct mesti akan ada ketidakpuasan hati dia, my ex-boss. sms punya sms cakap nak extend, pergghhhhh tiba-tiba kena sembur. saja cuba nak cari salah aku. ah sapa tak hangin. hal aku tak pick-up call pun ungkit. hello ingat hidup aku ni 24 jam kena fikir kerja ke? aku baru je bersalin dan ada anak kecil so faham je la yang aku sibuk uruskan anak aku!padahal dah ada pengganti tempat aku time aku cuti tu. dan dia ambik staf baru tu 2 bulan sebelum aku cuti so aku cuma dapat ajar apa yang rutin je la. push dia kang jadi gila sebab nak kena masuk input cepat-cepat dalam otak. dahla budak ni dari bidang lain so agak slow la nak biasakan dengan kerja-kerja ni. bila ada masalah nak letak kat bahu aku pulak, tak dapat apa dia nak kutuk cara kerja aku. tu la kedekut sangat duit company tu untuk kau makan, ambik staf dah dekat aku nak bersalin.

So tanpa fikir lagi, aku reply fine aku resign 24 jam. memang dia hangin gila la ibarat aku mencabar dia. puas hati aku. lantak la dia nak fikir apa pun. sakit hati betul padahal ex-bos aku tu perempuan ko tau. mesti boleh faham apa aku rasa bila anak demam. risau nak tinggal. tak tau kalau dia tak kisah, kan ada orang gaji jaga anak dia pastu duit adalah segalanya. but not me! demi anak, aku sanggup korbankan kerjaya aku. sebelum ni aku takkan resign selagi belum ada kerja baru menunggu tapi tak kali ni. selamba gila aku kan??haha.

Aku tak menyesal langsung dengan keputusan ni dan memang ada hikmah di sebalik semua tu. Minggu lepas pulak anak aku kena admit sebab jangkitan kuman pada paru-paru. So aku pun kena 'di admit' sekali la. ko bayangkan kalau aku still keja? boleh ke nak cuti lagi? ikut hati memang ingin sekali berada di rumah menjaga anakku sepenuhnya. tak mahu bekerja. tapi ini kena di fikirkan lagi. aku nak sangat bekerja sendiri dari rumah. insyallah. apa pun sekarang ni kita enjoy dulu...............hehehe......

Isnin, Jun 11, 2012

Ujian MGTT selepas bersalin..sedihnya

Assalamualaikum..

Kisahnya minggu lepas aku buat ujian minum air gula atau di kenali MGTT selepas 2 bulan lebih aku melahirkan puteraku. nurse yang datang melawat rumah time aku baru bersalin yang nasihatkan buat, siap bagi date tapi di sebabkan kelewatan aku sampai ke klinik so kena extend next appoinment yakni last week. untuk pengetahuan, aku ada kencing manis semasa mengandung so untuk kepastian sama ada itu adalah pembawaan atau memang aku mengalami sakit tu maka aku pun di nasihatkan buat ujian tu, maka aku ikut aje la demi kebaikan. nak baca pengalaman lalu baca sini Pengalaman mengandung:MGTT

Prosedurnya masih sama. tapi yang tak best, aku rasa erm aku rasa lah kan pada hari tu air dia terlebih manis la (dari yang time mengandung dulu). naik mual tekak dan perut aku. sampaikan aku bangun jap nak pegi beli paper pun rasa perut tak sedap dan pening lalat. nasib baik tak muntah, takmo aku repeat datang lagi. erm adakah air gula tu ada standard berapa sudu gula kena bancuh atau suka-suka nurse tu je buat?? musykil aku.

Lepas 2 hari bekerja dapat call, aku macam dapat agak call tu dari mana. yes memang dari klinik. dan paham-paham la bila dapat call, means berita buruk la. redha je la memang aku alami sakit (kencing manis) tu. and yes seperti aku jangka, result aku kali ni lebih tinggi tahap kencing manisnya (beza 1.0 tu!). so maknanya memang air gula yang baru ni lebih manis, aku yakin tu!

Adoi fikir-fikir memang la aku suka minum manis-manis sejak dulu lagi cuma tak pernah alert nak check semua ni. lepas ni kena la kurangkan atau cari ubat/jamu akar kayu atau apa je untuk kurangkan/hilangkan sakit ni. lepas dah tahu ni kena la lebih jaga kesihatan kalau nak time tua nanti tak alami tahap kesihatan yang teruk. minta simpang. one more kalau tak kawal tahap kencing manis ni, untuk next pregnancy kena la hadapi hal sama lagi, MGTT dan BSP. huh bosannya tau tak!

Pengajaran : check la tahap kesihatan anda walau pun anda fikir masih muda sebab kita tak dapat jangka dengan apa yang kita makan dan amalkan sehari-hari. (lagi la bagi mereka yang macam aku, suka makan je)