Selasa, Januari 27, 2009

Ubati hatimu yang terluka


Cinta yang tidak kesampaian sememangnya layak ditangisi kerana ia adalah kedukaan yang meruntun jiwa. Tetapi biarlah tangisan itu sekadar meluahkan kesedihan bukan untuk meratapi sepanjang masa.

Kita mempunyai perjalanan hidup yang perlu diteruskan.

Bersedialah untuk bercinta semula dan hidupkan harapan dalam hati. Kekecewaan kita dengan menutup pintu hati sebenarnya lebih menjauhkan kita dari orang lain dan memberi kesan kesepian dan emosi mendalam terhadap diri berbanding orang lain.

Sudah masa kita memantapkan gaya bercinta dan bersedia meraih cinta baru.

Cuba pendekatan ini dan sama-sama kita selesaikan.Kenalpasti mengapa sikap beliau tiba-tiba berubah.

Pertama
Cuba lihat alasan yang digunakan untuk memutuskan tali percintaan tersebut.

Kenalpasti adakah alasan itu berkait rapat dengan masalah dirinya, diri kita atau dari pihak ketiga.

Kedua
Kenalpasti siri salah faham dan pertengkaran kecil yang pernah berlaku dahulu. Pernahkah kita berhadapan dengan suasana tegang dek salah faham dan pertengkaran kecil sebelum perhubungan tersebut putus?

Cuba lihat apakah perkara yang selalu menjadi 'topik' salah faham dan pertengkaran kecil tersebut. Ia kemungkinan menjadi jawapan kepada pengakhiran percintaan tersebut.

Ketiga
Adakah definisi cinta kita dan lelaki tersebut sama? Sejak awal perkenalan, pernahkah kita tahu definisi cinta pasangan.

Apakah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan cinta dalam hidupnya. Perkataan pertama itulah yang akan menentukan hala tuju cintanya sama ada boleh diserasikan atau sebaliknya. Adakah dia tahu definisi cinta kita?

Keempat
Siapakah orang lain yang terlibat dalam pengakhiran perhubungan ini. Sejauh mana peranan orang ketiga yang membawa kepada pengakhiran perhubungan ini.

Apakah kelebihannya sehinggakan lelaki yang diikat rasa hati boleh menamatkan perhubungan. Adakah ia dibuat secara rela hati atau kerana tuntutan dan desakan.

Kelima
Carilah sebab. Dalam bab ke 13 buku Memahami Bahasa Cinta telah menyenaraikan sebelas sebab panjang yang diambil dari kajian kes mengapa hubungan yang adakalanya bertahun lama terjalin tidak dapat dimeterai dengan pernikahan.

Keenam
Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kitaLogik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya.

Allah sudah menyebut 1400 tahun lalu kepada pasangan-pasangan yang bercinta. Ayat Al Baqarah 216 menyebut

"...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. "

Ketujuh
Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan