Jumaat, Januari 30, 2009
10 ciri program affiliate yg terbaik
Aku skang ni tgh usaha utk mencari2 bisnes yg sesuai sbg keje sambilan aku yg lain.Antara bisnes yg mudah n tak perlu kluarkan modal adalah program affiliate.Skang ni pn aku tgh tggu payment 1st aku dr slh 1 program affiliate (pay per lead).Tak byk yg aku dpt tp ok la sbb aku tak kluarkan sesen pn..:) And nih mrupakan 1st trial aku utk affiliate pay per lead nih.
Bwh nih aku nk kongsi antara 10 ciri program affiliate terbaik yg aku petik dr website saudara Taufik Ramly (www.taufikramly.com) tp aku just ringkaskan okeh....
Pada hari ini ada 2 perkara yang memburukkan perniagaan affiliate, pertama program himpunan ebook affiliate yang mengarut dan yang kedua pula bila ramai yang berpendapat Affiliate program adalah satu skim atau program cepat kaya, malah ada pula yang bertanggapan affiliate program adalah sama seperti skim pelaburan atau Multi level marketing (MLM) dan paling kronik lagi mengatakan affiliate program adalah satu skim internet haram.
Pendapat negatif diatas adalah sama sekali salah, dan ianya harus diubah. Pemasar internet yang matang dan telah bertahun-tahun lamanya memasarkan produk afffiliate pasti tahu bahawa perniagaan internet pada hari ini telah mejangkaui dan telah berevolusi dengan pantas.
Ramai yang tertanya-tanya adakah benar atau tidak pemasaran affiliate mampu memberikan mereka satu ruang baru untuk menambah pendapatan. Mari kita lihat dengan lebih dalam sedikit, apakah ciri-ciri perniagaan affiliate yang mampu memberikan anda sebarang pendapatan yang berpanjangan? benar atau tidak ia mampu mengubah cara hidup anda dengan mempromosi produk syarikat affiliate? anda tentukan…
1- Program affiliate yang diusahakan oleh syarikat berdaftar (Suruhajaya Syarikat malaysia- “SSM” jika diMalaysia)
2- Produk yang memberi nilai tambah pada pelanggan
3- Produk yang diyakini mampu untuk bersaing & berkembang
4- Mempunyai produk produksi tersendiri (Inhouse productions)
5- Ciri perniagaan yang mampu untuk berkembang
6- Selidik potensi produk masa hadapan
7- Rekod Bayaran cemerlang
8- Khidmat pelanggan yang baik
9- Bantuan latihan (Jika ada)
10- Sistem komisen yang lumayan (tidak menindas)
Kalau korang nak tau lbh lanjut n tmbh ilmu ttg bisnes online nih, leh la g website address yg aku bg kt atas td ye...sekadar berkongsi ilmu...salam.......
Labels:
bisnes online
Khamis, Januari 29, 2009
Menyinggah ke blog owang..
utk hr nih aku free skit..keje ade but tak urgent sgt...so leh wat dlm keadaan tng n aman (lg pn mngr aku cuti!)..hehehe...
d sbb kan ade ms skit nih aku wat lawatan ke jiran2 sblh, sblh n slbh...???(btl ke?hentam sj le labu!)
so post kali nih nk cite skit la ttg blog2 yg ade, ikutkan byk sgt le blog2 owang nih..ade yg formal n ade yg more mcm diari harian...
tp credit to u'all..majoriti blog yg aku singgah sume mnarik..aih jeles pn ade sbb tgk blog depa yg mnarik, cute, simple, nice. tahle sume ayat pn ade nk ckp nih...kih kih kih..
sat lg aku update blog2 yg cantik2 nih dlm list blogroll aku nih..hopefully leh la kite be a member d alam siber ni eh..kt luar pn leh tp maybe yg jauh tuh ssh skit nk jmp...hehehe.....
tp klu yg takde dlm list tuh maybe aku tak prasan kot tp bkn makna blog kowang tak cntik tau...just buzz me o tgl msg kat shoutbox tuh...kite tkr link n sure aku akan update blogroll aku utk letak blog kowang yg nice2 sgt tuh....take care yek kwn2 cume..
d sbb kan ade ms skit nih aku wat lawatan ke jiran2 sblh, sblh n slbh...???(btl ke?hentam sj le labu!)
so post kali nih nk cite skit la ttg blog2 yg ade, ikutkan byk sgt le blog2 owang nih..ade yg formal n ade yg more mcm diari harian...
tp credit to u'all..majoriti blog yg aku singgah sume mnarik..aih jeles pn ade sbb tgk blog depa yg mnarik, cute, simple, nice. tahle sume ayat pn ade nk ckp nih...kih kih kih..
sat lg aku update blog2 yg cantik2 nih dlm list blogroll aku nih..hopefully leh la kite be a member d alam siber ni eh..kt luar pn leh tp maybe yg jauh tuh ssh skit nk jmp...hehehe.....
tp klu yg takde dlm list tuh maybe aku tak prasan kot tp bkn makna blog kowang tak cntik tau...just buzz me o tgl msg kat shoutbox tuh...kite tkr link n sure aku akan update blogroll aku utk letak blog kowang yg nice2 sgt tuh....take care yek kwn2 cume..
Labels:
Coretanku
Selasa, Januari 27, 2009
Cuti CNY
Hari nih last day cti CNY. Sok da start masuk keje blk. huhu mls gle nk keje ble da cuti lelama ni. Cti start dr sabtu tuh beb. 4 hari cti n melepak jek la..
Hmmm smlm aku g tido umah akak aku, area KL gak dgn ibu ku skali la. tak plan pn sbnrnye. Aku mmg takde plan ape2 4 hr cuti nih. cume sabtu tuh aku keje utk part time job aku le. kje ape tuh? hah tuh aku cite kmudian k. hehe. sj wat part time job nk isi ms lapang n tmbh duit poket. kejenye pn smpai tengahari jek. tp nk ikutkan duit gaji aku dr keje permanent cukup jek. cma kengkdg rs bsn la dok umh tnpa aktvt berfaedah.
lagi pn azam aku thn ni takmo byk buang ms. mksdnye klu ade bende lain yg aku leh wat utk pstikan ms aku tak terbuang so aku akn truskan. mcm keje part time ni pn baru gak this mth start. buat weekend jek. klu larat ku truskan le,klu tak aku stop jek.
Ms dok umah akak aku n suami dia,smpt la ku tgk dvd cite susuk n pulau hantu 2 (cite indon). cite susuk ok la pd aku. tak seram sgt cume mistik le. pulau hantu lak bsn gle la. cume modal plakon2 yg ensem n girl2 yg seksi jek. lgsg tak seram. tp sib baik tgk dvd bkn g tgk kt wyg. klu tak nyesal gle. hahaha...
Hmmm smlm aku g tido umah akak aku, area KL gak dgn ibu ku skali la. tak plan pn sbnrnye. Aku mmg takde plan ape2 4 hr cuti nih. cume sabtu tuh aku keje utk part time job aku le. kje ape tuh? hah tuh aku cite kmudian k. hehe. sj wat part time job nk isi ms lapang n tmbh duit poket. kejenye pn smpai tengahari jek. tp nk ikutkan duit gaji aku dr keje permanent cukup jek. cma kengkdg rs bsn la dok umh tnpa aktvt berfaedah.
lagi pn azam aku thn ni takmo byk buang ms. mksdnye klu ade bende lain yg aku leh wat utk pstikan ms aku tak terbuang so aku akn truskan. mcm keje part time ni pn baru gak this mth start. buat weekend jek. klu larat ku truskan le,klu tak aku stop jek.
Ms dok umah akak aku n suami dia,smpt la ku tgk dvd cite susuk n pulau hantu 2 (cite indon). cite susuk ok la pd aku. tak seram sgt cume mistik le. pulau hantu lak bsn gle la. cume modal plakon2 yg ensem n girl2 yg seksi jek. lgsg tak seram. tp sib baik tgk dvd bkn g tgk kt wyg. klu tak nyesal gle. hahaha...
Labels:
Coretanku
Ubati hatimu yang terluka
Cinta yang tidak kesampaian sememangnya layak ditangisi kerana ia adalah kedukaan yang meruntun jiwa. Tetapi biarlah tangisan itu sekadar meluahkan kesedihan bukan untuk meratapi sepanjang masa.
Kita mempunyai perjalanan hidup yang perlu diteruskan.
Bersedialah untuk bercinta semula dan hidupkan harapan dalam hati. Kekecewaan kita dengan menutup pintu hati sebenarnya lebih menjauhkan kita dari orang lain dan memberi kesan kesepian dan emosi mendalam terhadap diri berbanding orang lain.
Sudah masa kita memantapkan gaya bercinta dan bersedia meraih cinta baru.
Cuba pendekatan ini dan sama-sama kita selesaikan.Kenalpasti mengapa sikap beliau tiba-tiba berubah.
Pertama
Cuba lihat alasan yang digunakan untuk memutuskan tali percintaan tersebut.
Kenalpasti adakah alasan itu berkait rapat dengan masalah dirinya, diri kita atau dari pihak ketiga.
Kedua
Kenalpasti siri salah faham dan pertengkaran kecil yang pernah berlaku dahulu. Pernahkah kita berhadapan dengan suasana tegang dek salah faham dan pertengkaran kecil sebelum perhubungan tersebut putus?
Cuba lihat apakah perkara yang selalu menjadi 'topik' salah faham dan pertengkaran kecil tersebut. Ia kemungkinan menjadi jawapan kepada pengakhiran percintaan tersebut.
Ketiga
Adakah definisi cinta kita dan lelaki tersebut sama? Sejak awal perkenalan, pernahkah kita tahu definisi cinta pasangan.
Apakah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan cinta dalam hidupnya. Perkataan pertama itulah yang akan menentukan hala tuju cintanya sama ada boleh diserasikan atau sebaliknya. Adakah dia tahu definisi cinta kita?
Keempat
Siapakah orang lain yang terlibat dalam pengakhiran perhubungan ini. Sejauh mana peranan orang ketiga yang membawa kepada pengakhiran perhubungan ini.
Apakah kelebihannya sehinggakan lelaki yang diikat rasa hati boleh menamatkan perhubungan. Adakah ia dibuat secara rela hati atau kerana tuntutan dan desakan.
Kelima
Carilah sebab. Dalam bab ke 13 buku Memahami Bahasa Cinta telah menyenaraikan sebelas sebab panjang yang diambil dari kajian kes mengapa hubungan yang adakalanya bertahun lama terjalin tidak dapat dimeterai dengan pernikahan.
Keenam
Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kitaLogik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya.
Allah sudah menyebut 1400 tahun lalu kepada pasangan-pasangan yang bercinta. Ayat Al Baqarah 216 menyebut
"...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. "
Ketujuh
Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Labels:
cinta
Khamis, Januari 08, 2009
60 cara memikat si dia..
Hari nih aku nak kongsi serba sikit cara2 nak memikat hati orang yang anda suka, sayang @ cinta. Tak kire la pasangan anda tuh suami,istri @ kekasih..Smoga dgn ini anda akan rasa bersemangat lagi utk memikat terutama pada para 'admirer' yg menyimpan hati dlm diam tp rs malu pikat si dia.. gd luck ya!!
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Labels:
cinta
Ahad, Januari 04, 2009
30 rahsia wanita yang lelaki perlu tahu..
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Labels:
Tentang wanita
Hangatkan cinta yg hambar..
Sewaktu bercinta sgalanye indah belaka.Tp tak smua psgn bercinta merasakan keseronokan & keindahan tersebut ke akhirnye.Sbb itu ada kalanye gerimis mengundang di tengahari.Hubungan yg bersemarak tiba2 trasa pudar & hambar.Malah byk psgn bercinta yg merasakan begitu sukar utk mrk mengeratkan kembali hbgn yg tlh hambar.Kenapa smua ini berlaku?
Harus di ingat wahai psgn bercinta di luar sana,lakukanlah sesuatu sblm hati kamu kecewa.Jgn da terhantuk baru la nk terngadah.Ttp harus di ingat,sblm ikuti lgkh2 ini fikir dlu mna la tau ia tak sesuai utk psgn kamu.Apepn tak slh utk mencuba.Smg berjaya!
1- Kirimkan email & sms
yg menunjukkan kamu ambil brt aktiviti sehariannye.sekrg2nya dpt membantu meluahkan & menunjukkan prsn kamu kpdnye slama ni.tak perlu htr kata2 yg jiwang krn ape yg lbh pntg bkn kata2nya ttp ingatan drpd insan yg tercinta.
2-Cuba bualkan perkara yg blh timbulkan kemesraan antara kamu
setelah lama kamu berkwn pastinya kamu fhm sgt topik yg di minatinya.biar pn kamu krg minat topik berkenaan tp sekali skala beri ruang utk dia berkongsi minat dgn kamu.pasti kamu rs turut gmbira & sng hati lihat si dia ceria.slps tu blh la di selitakn dgn topik kesukaan kamu pula.baru hbgn kamu & si dia akn sntiasa harmoni.
3-Menghantar & menjemput si dia ke mana sahaja.
kesibukan kerja membuat kamu jrg melakukan sedemikian.ape kata mggu ni kamu cb berbuat demikian.dgn cara ini kamu ade masa yg blh di gunakan bersama2.kamu mgkn tdk byk ms utk bw si dia berjln2 tp ms yg kamu hbskn di dlm kereta sepjg perjalanan dr pejabat ke rumah ckup membuat si dia bahagia & tenang brada d samping kamu.
4-Jgn terlalu bersikap cemburu buta & krs kepala
sekiranya si dia tdk thn kamu mgkn akan di tgglkan serta merta.cb lah bertolak ansur dgn dia.kamu tdk blh menghrp dia shj memahami kamu sdgkan kamu sndr sedikitpn tdk memahaminya.tak gune kamu pertahankan ego sdgkan kamu akan kehilangannya.beralah utk kebaikan tidak slh & takde sapa pn yg rugi.
5-Jgn berbohong ttg sesuatu yg pntg
terutama ttg diri kamu.lbh baik jalinkan hbgn dgn ikhlas & dia tahu siapa diri kamu sbnrnye.ini krn jika dia tahu perkara sbnr mgkn hbgn kamu akan terputus.waktu tuh jgn pulak menyesal.
6-Bersikap trs-trg & jgn terlalu memendam hnya krn ingin menjg hatinya
lbh praktikal jika kamu luahkan rs tdk puas hati kamu terhdp sesuatu perkara.tuh lbh melegakan dr trus berdiam diri shj.
7-Ttpkan waktu utk bersama di hjg mggudgn ini kamu ade ms utk tkr2 crite & berkongsi suka duka bersama.kamu & dia sememangnye memerlukan ms utk bersama.biar sibuk mana pn carilah ruang utk berdua.tak guna bercinta andai tdk ada lgsg utk bersama.
8-Jgn ceritakn sesuatu yg memalukan & mengejek si dia
terutama di dn kwn2nye.hormati & lindungi nama baik si dia & jgn skali2 menjthkan maruah dia di dpn kwn2 dia.
9-Ingat slalu tarikh2 keramat kamu berdua
jika tak keberatan bg sesuatu yg blh di ingati.tp andainya tidak berkesempatan cukup skadar htr sms @ email.tuh sudah cukup menunjukkan kamu mengingati antara 1 sama lain.
10-Sesekali bg surprise utk si dia
kalau blh yg membuatkan dia tdk akan lupa & akn menjadi kenangan.bkn apa,dgn kejutan ini akan membuatkan hbgn anda bertambah erat krn ia dpt menggembirakan hati si dia & juga kamu.
Ok,lakukan ya!
Labels:
cinta
Inikah kekasih kamu?
-Pribadinya slalu berubah hingga kamu sndr sukar mengenali siapa dirinye yg sbnr.
-Kehidupan pribadinya adalah rahsia yg tak boleh kamu ketahui.
-Bila keluar dating gemar ajak ke tpt2 yg sunyi.
-Terlalu byk pujian & rayuan hingga kamu blh hafal ape yg di perkatakan.
-Meninggalkan kamu ketika kamu mula menyatakan utk menjalinkan ikatan lbh srius.
-Bru berkenalan tetapi sudah merancang & menggesa kamu buat keputusan segera.
-Berpura2 baik sedangkan teman2 mula membicarakan ttg keburukan dirinya.
-Cpt mrajuk jika keinginannya yg x munasabah kamu tolak dgn baik.
-Tak bersedia dgr mslh kamu sebaliknya dgn bangga ceritakan kelebihan dirinya.
-Anggap kamu sbg bayangan hdp masa lalunya bersama kekasih terdahulu.
Jika ciri2 di atas di miliki kekasih kamu,eloklah kamu berhati2 krn ia petanda bahawa si dia adalah seorg penipu,pembelit & suka bertukar pasangan.
Oleh krn mereka jns tidak mdh pts asa,lbh baik kamu berundur sblm kamu menjadi 'mangsa' kpd kekasih sendiri.
Labels:
cinta
Tahukah kamu?
Apabila kamu berbual dengan lelaki n dia mengangguk-anggukkan kepalanye,tuh membuktikan lelaki tuh sorang yg mengambil berat n sentiasa ingin mengenali diri kamu.dia juga sentiasa membantu bila di perlukan pertolongan.
Labels:
Tentang lelaki
Sabtu, Januari 03, 2009
'Hari Mnunggu Seduniaku'....
Elo sume..ape aktiviti anda di hari2 cuti nih?hr ni sy lepak umah je kot.blm ade ape2 plan lg.Smlm dr pg byk urusanku di luar.
Pg2 lg da kuar tmn mak sy g klinik gigi dgn besfren sy skali yg dok dgn kami skang nih.Smlm mak ku tau yg sy bercuti so ade je plan dia nk srh sy tmn.hehehe.Lps hbs urusan di situ,sy tmn dia g amik teksi utk blk umah.Sy pulak trus gerak dgn besfren sy yg ikut bersama g klinik utk g setelkan urusan nak g kwsp n byr bil.
Sy bengang btl dgn layanan staf kwsp tuh.mula2 sy ke kaunter pertanyaan n nak amik no.giliran,memandangkan da lama sgt sy isi borg ahli kwsp tuh so sy lupa sama ada sy da letak penama o x.sy just kta nk check,sy hrpkan la dia bri penjelasan lanjut ape perlu sy wat.tp dia just ckp isi form utk check penama.
So buta2 sy isi la n tggu no sy.30 minit jugak la sy tggu dgn membe sy tuh.then no sy da d pggl,check punye check tup2 dia kta sy blm wat penama.ok la sy kta nak wat.dgn muka slamba dia ckp,adk kene isi form lain nih.sy ckp le,sy isi skang kat sini takleh ke?dia kta kene amik no baru n isi kt tpt tulis tuh!aduh berasap la kpla sy!apsal la pompuan yg kt kaunter tu tak ckp siang2?!aduh tak psl2 dr urusn yg mknms 30 mnit da jd sejam lbh.nsb la ade membe tmn sy,leh gak borak2.klu tak bsn gle ar,pch kpala.da setel tuh g byr bil lak,mnunggu lg.Smlm mmg 'hr menunggu' utk sy le!
Da setel sume urusan pntg,sy ajk membe sy g tgk wyg..cite hantu 'Dark Floors' kt KLCC.Hmmm..tak la best mna.Omputih punye cite hantu byk gune teknik moden jek.Klu cite hantu dr thai,tuh sy suke sgt!
Sblm time masuk tgk wyg,sy g mkn la dlu dgn membe sy.pstu jln2,sempat lg amik gambo sekeping dua.hehehe.mmg kaki gambo le.tup2 smpai umah kol 10.letih wo,tak smpt nk update blog nih.check email jek then trus ZzZzZzZzzzzzzzzz......
Pg2 lg da kuar tmn mak sy g klinik gigi dgn besfren sy skali yg dok dgn kami skang nih.Smlm mak ku tau yg sy bercuti so ade je plan dia nk srh sy tmn.hehehe.Lps hbs urusan di situ,sy tmn dia g amik teksi utk blk umah.Sy pulak trus gerak dgn besfren sy yg ikut bersama g klinik utk g setelkan urusan nak g kwsp n byr bil.
Sy bengang btl dgn layanan staf kwsp tuh.mula2 sy ke kaunter pertanyaan n nak amik no.giliran,memandangkan da lama sgt sy isi borg ahli kwsp tuh so sy lupa sama ada sy da letak penama o x.sy just kta nk check,sy hrpkan la dia bri penjelasan lanjut ape perlu sy wat.tp dia just ckp isi form utk check penama.
So buta2 sy isi la n tggu no sy.30 minit jugak la sy tggu dgn membe sy tuh.then no sy da d pggl,check punye check tup2 dia kta sy blm wat penama.ok la sy kta nak wat.dgn muka slamba dia ckp,adk kene isi form lain nih.sy ckp le,sy isi skang kat sini takleh ke?dia kta kene amik no baru n isi kt tpt tulis tuh!aduh berasap la kpla sy!apsal la pompuan yg kt kaunter tu tak ckp siang2?!aduh tak psl2 dr urusn yg mknms 30 mnit da jd sejam lbh.nsb la ade membe tmn sy,leh gak borak2.klu tak bsn gle ar,pch kpala.da setel tuh g byr bil lak,mnunggu lg.Smlm mmg 'hr menunggu' utk sy le!
Da setel sume urusan pntg,sy ajk membe sy g tgk wyg..cite hantu 'Dark Floors' kt KLCC.Hmmm..tak la best mna.Omputih punye cite hantu byk gune teknik moden jek.Klu cite hantu dr thai,tuh sy suke sgt!
Sblm time masuk tgk wyg,sy g mkn la dlu dgn membe sy.pstu jln2,sempat lg amik gambo sekeping dua.hehehe.mmg kaki gambo le.tup2 smpai umah kol 10.letih wo,tak smpt nk update blog nih.check email jek then trus ZzZzZzZzzzzzzzzz......
Labels:
Coretanku
Khamis, Januari 01, 2009
Hari permulaan tahun 2009!
Assalamualaikum sume kwn2...
Hari ni genap 1.1.2009...bile cakap pasal masuk thn baru mst kite terpikir ttg AZAM.Btl tak?? Erm mcm mana dgn azam anda thn 2008,sume da tercapai ke?
Macam sy pn msh ade yg tak tercapai lg,so sy akan 'brought forward' ke thn ni..hehe.bole kan? Tp kalau di izinkan-Nya,bia la azam thn ni sume da di buat dgn baik..Amin Ya Rabbal Alamin..
Mengimbas blk kehidupan sy yg lps,sy msh bersyukur sbb msh boleh hadapi sume dugaan-Nya dgn sabar. Pejam celik da 4 thn lebih arwah ayahku yg tersyg pergi meninggalkan kami sekeluarga utk slamanye.Smg dia di golongkan dgn org2 yg beriman.Amin.
Skrg hdp kami sekeluarga boleh di katakan sng sbb sume adk-bradik da bekerja. So takde lg yg harus di tampung blanja utk skola.Baru2 ni pn akak sulung (satu2nye akak yg sy ade telah mendirikan rumahtangga),kire2 bln 11 yg lalu.Msh baru lg tempoh perkahwinan dia.Smg dia bahagia hendaknye.
Sy sedikit terkilan sbbnye arwah ayahku tidak dapat merasai kesenangan setelah ank2nye sume bekerja.Dia pergi semasa sy di semester akhir amik diploma akaun di Melaka.
Byk sgt kngn ms blaja,gmbra n sdh gak.Sy dpt kabar pemergian ayahanda tercinta semasa dlm kelas.Dia bkn la dlm keadaan tenat,pg tuh siap dia boleh g spital dgn emak ku dgn moto utk buat scan!Dan kehilangan dia adalah krn kelalaian pihak spital sndr.Plg krg ajar mrk tak mengaku sume tuh n kata nk buat bedah siasat lak.Nsb baik akak da sampai spital masa tuh,so dia amik kptsn taknak buat!Kitorg redha jek.Bia ALLAH yg membls sumenye.kami tak tamak pd wang utk saman dorg.Sume ni di cite akak n adik-bradik lain pd ku.
Lps sy dpt brite (panggilan dr adik lelaki ku),sy sdh gile.smpai sy tak sdr trus terduduk di lorong2 luar kls n sy nangis tersedu2.Then sy pegi ke toilet berdekatan sy trus menangis n menjerit.(sekadar melepaskan sebak di dada)
Trus pastu sy jmp lecturer,gtau kaba sdh tuh n ckp nk blk.Kls trus d batalkan n lecturer sy g htr ke hostel n g mlk sentral.Lecturer sy tuh baik sgt,dia nk hulur duit tp sy menolak.Da ckup baik dia htr sy ke bus stand.hanya ALLAH bls jasa dia.Nama dia sy tak ingt lak,tp rupa dia sy ingt sgt.thanks puan.
Pjg lebar lak sy cite,tp memori yg nih mgkn takkan padam smpai bile2.Ok la smg anda semua da bina azam anda n smg berjaya mencapainye.
Lagu bwh ni sy nak korg dgr n hayati sambil ttp mta.Apakah prsn korg?1st time sy dgr sy melelehkan airmata.ms tuh slh sorg lecturer adakn kls terakhir n srh kitorg nyanyi lagu ni sama2 n hayati.Erm betapa lagu blh pengaruhi emosi seseorg yek..
Jadikan memori manis sbg pengubat duka n memori pht sbg pengajaran n teladan.
All da best utk sume!
Labels:
Coretanku
Langgan:
Catatan (Atom)