Jumaat, November 25, 2011

Durian! Boleh sebabkan keguguran kandungan?


Durian memang nyam2! apa yang kite tau mula-mula dalam otak fikir durian ni boleh buat badan panas kalau makan banyak. memang tak di nafikan. boleh demam woooo...

Ramai sangat tanya boleh makan durian tak masa mengandung? lagi-lagi bila aku masuk salah satu room kat facebook, yang banyak bincang tentang kehamilan dan anak-anak. of coz pregnant anak pertama memang sangat risau kan?? bagi aku makan apa pun boleh, tapi berpada-pada. tapi sapa yang rasa ketahanan badan dia lemah, baik elakkan. aku tak kata aku superwoman ok.

Selain durian, orang kata tak boleh makan tapai, nanas, air kelapa, air tebu, air gas etc2. tapi aku ada cerita aku sendiri masa awal kehamilan hari tu.

Aku pun sama macam wanita lain jugak, sangat risau apa yang tak boleh di makan yang akan beri kesan pada kandungan atau boleh sebabkan keguguran. zuriat adalah anugerah paling berharga, tak dapat di nilai dengan apa pun.

Aku dapat detect kehamilan aku masa puasa hari ke-15 bersamaan 15 ogos 2011. masa ni da 1 1/2 bulan. tau tak 3 kali aku buat pregnancy test baru la dapat detect! agak sukar bagi aku sebab macam teragak-agak kan??? tah ngandung ke tak? tanda-tanda ada tapi kit tu negatif pulak. hat murah sangat kot?? haha.

Aku buat second test masa hujung bulan 7, masih negatif. kenapa aku buat test tu? sebab aku nak melantak durian! kihkihkih. masa tu memang musim durian, terliur beb tengok orang jual tepi jalan. berkali-kali ajak adik aku pegi cari tapi takde rezeki, ade je halnya. esoknya lepas aku buat test tu, lepas balik kenduri kahwin bersama sekali mak,anak buah, kakak dan abang ipor aku, saja-saja aku cakap 'jom cari durian' tup-tup abang ipor aku laju pulak pegi bawa kita orang ke tempat durian yang sangat best! hoorayyyy!! pucuk di cita ulam mendatang la kan.

Uiii aku melantak bagai tak hengat dunia. tak silap, aku sorang habis sebiji setengah la jugak! hah kau. mana taknya abang ipor belanja, dapat pulak durian jenis high gred tah apa musang king la, d24 la. order yang best-best je! (ni la baru dapat merasa durian mahal, biasa aku telan je durian murah-murah tu!rezki2....hehe)

Tapi mak aku menjeling je, 'jangan makan banyak-banyak'....(cakap ada makna tu)
Aku balas... 'takde la mak, da check'.. dengan konfiden tu

Tapi orang tua kan, dan rupanya time tu aku da ada isi. dan mak aku da agak, sebab dia kata aku macam mengidam dan nak sangat makan durian tu cuma aku sendiri rasa biasa je, tak la mengidam. instinct ibu adalah kuat pada anaknya. :P

Alhamdulillah takde apa-apa jadi.

Ni baru cerita makan durian, ada jugak aku minum bergelas-gelas air kelapa dan air tebu. time puasa hari tu memang aku suka sangat nak minum air kelapa. hampir setiap hari. rasa hilang haus sume. air tebu pulak sebab adik aku suke. so aku tumpang minum je la. syukur alhamdulillah tak jadi benda tak di ingini. ni sume jadi masa aku belum tau aku da mengandung. kalau ada ibu mengandung teringin jugak makan durian, makan just seulas. kalau nak minum air tebu ke, minum just seteguk. cukup la menghilangkan rasa nak tu je. tapi kalau risau takut apa-apa jadi, tahan je la. demi baby. yang penting banyak berdoa walau apa yang kite lakukan baby sihat dan selamat.

Jumaat, November 04, 2011

Petua meramal jantina anak dalam kandungan

Assalam dan selamat hari jumaat! hooreyyy..(bila da hari jumaat senyum melebor je.haha)

Insyallah lagi dalam 4 bulan lebih nak menjalani hidup sebagai seorang ibu. perasaan takyah cakapla. excited. tapi takmau keterlaluan, selagi belum tiba masanya kita hanya boleh bersikap sederhana. apa situasi pun. kalau over excited takut jadi lain, kite hanya merancang tapi tuhan yg menentukan. hanya mampu berdoa selalu.

Macam tertarik bile ada yang tanya dah scan ke?baby boy or girl? honestly tak tau pun lagi. tah macam nak scan, macam tak nak. leh tak camtu? hihi.

Orang dulu-dulu mana ada scan-scan ni kan? dorang main teka je. apa yang aku dapat info dari pembacaan dan cakap-cakap orang, petua nak tau baby boy or girl dalam kandungan ialah;

1- perut melebar ke tepi, girl. perut memuncung ke depan, boy.

2- tidur selalu mengiring ke kiri, girl. mengiring ke kanan, boy.

3- pergerakan dalam perut selalu rasa belah kiri, girl. belah kanan, boy.

4- suka makan manis-manis, girl. suka makan masam-masam, boy.

5- alahan biasa-biasa/takde, girl. kalau alahan teruk sampai minum pun nak muntah balik, boy.
(ni sangat tak pasti, if tak silap alahan kan ikut ketahanan badan. tapi ikut pemerhatian masa akak aku memamg takde alahan apa langsung, so dapat anak buah girl.hihi)

6- suka mekap dan melawa, girl. tak suka mekap dan selekeh semacam, boy.

7- malas buat segala kerja, girl. rajin buat segala kerja, boy.

8- muka berseri, girl. muka tak semenggah/tak berseri, boy.
(yang part ni aku ada baca sebaliknya, iaitu muka tak berseri dapat girl sebab seri si ibu dah di ambik/di tarik oleh anak dalam kandungan..wallahualam)

Ini je la antara yang aku ingat. banyak lagi sebenarnya petua-petua tu. antara betul atau tak, apa pun jangan letak percaya 100% takut kang harap lain, yang keluar lain. sedangkan kalau buat scan pun tak tentu kesahihannya lagi.

p/s : lusa dah raya haji/aidiladha, aku nak ucap selamat hari raya aidiladha pada semua. tak sabar nak makan rendang. walau raya haji je, rumah aku tetap buat rendang macam raya aidilfitri. yeyyy. raya rumah sini pulak tu. hikhik. lalalalalala........(sng hati betul!)....