Rabu, Disember 31, 2008

Jenis-jenis Lelaki

Anda yang wanita-wanita ini mungkin teringin sangat nak tahu apa jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ni. Ada yang ok, ada yang tidak. Tapi saya rasa, bukan wanita saja yang ingin tahu jenis-jenis lelaki ini. Yang lelaki pun mesti ingin tahu jugak bukan? So mari kita baca entri kali ini.

1 - Jenis habis madu sepah dibuang
Lelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan. Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la, bila madu dah habis…dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg bersepah akan di buang.

2 - Jenis bagi betis nak peha
Lelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu selera.

3 - Jenis manis mulut di bibir
Lelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi. Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan lelaki ini sentiasa ‘cover’ bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu mulut serta bibir dia manis.

4 - Jenis lembut gigi dari lidah
Lelaki jenis ini seorang yg suka menggosok gigi sampai giginya kelihatan putih bersinar sinar. Dan harus di ingat, giginya yang putih berseri itu adalah senjata utama yang digunakan untuk meng’ayat’ perempuan kerana hanya dengan senyuman yg membariskan giginya yang putih itu dapat melembutkan hati perempuan tanpa menggunakan kata kata.

5 - Jenis tikam dari belakang
Tikam dari belakang? Ada ke kategori macam ni? Anda rasa?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan