Assalam dan salam berhujung minggu..
Banyak topik nak di sharekan dengan pengalaman baru-baru ni. Pengalaman bersalin dah settle cerita, pengalaman pantang yang ala-ala tapi banyak pengajaran yang aku dapat tambah lagi dengan pelbagai masalah di hadapi semasa awal bersalin ie anakku demam kuning/jaundis, susu badan yang tak ada, ruam-ruam pada anakku dsb. Kekangan masa buat aku tak sempat share kat sini.
Bila dah dekat nak bersalin mesti kita dah merangka-rangka tempat nak melahirkan anak kita tu kan? lagi anak pertama, tak ada pengalaman dan nak terbaik for the first time. either go to swasta atau kerajaan. teringat pulak pada salah seorang saudaraku yang bakal melahirkan jugak minggu ni. dia agak bertuah sebab company dia nak tanggung kos dia bersalin. erm kalau fikir mestilah nak pilih swasta kan? bukan kita keluar satu sen pun. tapi bila dia tanya pada aku, aku memang awal-awal dah fikir dan pilih nak bersalin kat hospital ampang. sebabnya? senang je.. dekat dengan rumah. senang untuk suami dan famili aku ulang-alik if ada kes atau masalah. yang lain aku redha.
Pros dan cons SWASTA :
- layanan istimewa, servis lebih (toiletries+tuala tak perlu bawa kot), selesa
- ada kata : mereka ni laju je kalau nak operate, tak boleh tunggu lama untuk normal deliver-untung kot. (tapi tak tahu kebenarannya ye)
- if ada masalah berat, tetap juga tolak ke hospital kerajaan.
Pros dan cons KERAJAAN :
- share katil dengan ramai pesakit. (time aku bernasib baik, sebelum dan selepas lahir anak dapat duduk dalam wad yang bilik tu, 4 orang 1 wad)
- tunggu giliran untuk masuk labor room (ini kenyataan kena pada aku, ada kes emergency so pesakit walk-in tu di dahulukan memandangkan aku pun masa tu baru 3 cm kan. dalam 3 jam kot)
- doktor dan nurse layan ko bermacam-macam. aku kene induce 3 kali pun sume doktor berbeza,belum yang dalam labor room lagi. huhu. (paling segan bila kena seluk tapi mereka sopan je, say sorry sebelum seluk. redha je la).
Bab hospital swasta aku tak boleh komen lebih sebab aku tak tahu sangat. Tapi hospital kerajaan tak lah seteruk mana.
Hospital ampang BEST ; takde la nurse atau doktor yang kurang ajar atau sombong (ada doktor tu siap explain lanjut bila aku tanya, so tak la dia fikir pesakit mereka bodoh-bodoh kan??), tempat selesa, murah pun murah.
Hospital ampang TAK BEST : aku tak di ajar detail cara menyusu (aku tau time tu 4 am tapi aku adalah first timer dan zero bab ni, sampai baby aku nangis-nangis haus.kesian.), suami tak boleh tunggu (aku rasa lah kan pihak sepatutnya kena pertimbang supaya suami boleh tunggu bagi yang first timer ni.dah la sakit bawah dengan baby pulak asik nangis je.aku nak nangis rasa, da la tak rehat dan tidur langsung sampai la suami dapat masuk melawat).
Ni je lah kesimpulan pandangan aku tentang hospital ampang. Kalau bagi rate, erm 8 out 10. Bersyukur dengan apa yang di terima.
Oh ye kos aku selama 4 malam dan 3 hari = RM 41.
Jadi sapa-sapa yang masih was-was nak bersalin kat hospital ampang, jangan di fikir lagi. Just carry-on. Nanti banyak fikir jadi tekanan darah tinggi pulak lagi bahaya jadinya kan? :P Tawakal aje.
Sabtu, Mei 12, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)