Jumaat, Disember 16, 2011

Cheklist / to-do list : Persediaan mendapat bayi

Assalamualaikum...


Kawan-kawan semua sihat ke? skang ni musim hujan dan banjir. tak ketinggalan jugak musim orang selsema la, demam la. untuk b2b tu jaga kesihatan baik-baik. jangan stress nanti lagi memudaratkan badan tu. kalau rasa tak boleh handle, bagi sesapa yang di percayai untuk setelkan ok.



Erm bukan je time nak kahwin kene ade checklist, baru terjumpa checklist atau kita panggil senarai untuk persediaan mendapat bayi baru. so baru la semuanya terurus dengan rapi. tapi terpulang tahap kerajinan seseorang kot. hihi. but memang bagus untuk yang 1st baby, da la takde pengalaman dan maybe jauh dari famili untuk rujuk apa-apa kan??



Checklist tu aku da simpan dalam bentuk word bawah ni. kalau korang berminat, boleh la download k. (but dalam english). Start dari bulan pertama sampai la bulan ke sembilan. memang complete. tapi ni checklist untuk apa yang kita perlu lakukan selama pregnant tu bukan checklist barang-barang untuk baby tau. checklist or senarai barang baby yang nak di beli nanti insyallah aku blogkan. kalau terjumpa dan sempat ye. untuk rujukan aku dan kawan-kawan jugak.



DOWNLOAD BAWAH NI



V


V


V


Jumaat, Disember 02, 2011

Fakta dan mitos kesuburan



Assalam...


Sejak dari sekolah menengah lagi aku menghadapi masalah period yang tak regular. dan rasanya ramai lagi yang hadapi masalah sama dengan aku.


Pertama yang aku fikir bila period tak regular ni, "isk boleh ke aku bagi anak dekat bakal suami aku kelak??" takut woooo....


Hari berganti hari , berganti tahun.. masa dekat nak kahwin pun aku masih hadapi masalah ni. tapi awal-awal aku dah cerita pada si dia. ye la biar la dia menerima aku seadanya. ketentuan Allah, takut perkara tu betul. period aku memang tak dapat di agak, kadang-kadang tiap bulan ada. kadang-kadang 2,3,4 bulan tak ada. sampai macam tu sekali tak tentunya. tak dapat di agak bila nak datang tu.

4 bulan sebelum kahwin aku tak period, tup-tup sehari sebelum majlis bertandang belah suami, aku period. di sebabkan masalah aku ni, memang langsung tak terfikir tentang nak plan mengandung. kalau cepat, syukur sangat. kalau lambat, aku redha. cuma memang aku banyak buat research la tentang kehamilan, kesuburan dan yang berkaitan hal ni. tapi alhamdulillah rezeki cepat. (rupanya pegi honeymoon tu bertiga la, lepas sebulan kami kahwin..ekekeke...).

So kat sini nak share la mitos serta fakta tentang kesuburan ni. boleh la menambah pengetahuan kita semua.

............................................................................................



Mitos: Berhubungan intim setiap hari mengurangkan kualiti sperma.
Fakta: Jika pasangan ingin mengharapkan kehamilan sebaiknya lakukan aktiviti seksual dua hingga tiga kali seminggu. Kualiti sperma yang baik memerlukan waktu produksi dalam dua hari. ”Ada juga yang perlu diingat, kualiti sperma yang dikeluarkan saat ejakulasi pertama tentu lebih baik dari ejakulasi berikutnya”.



Mitos: Ketidaksuburan lebih sering dialami wanita berbanding lelaki.
Fakta: Salah besar! Pemikiran itu memang berkembang pesat di masyarakat. Wanita sering dijadikan salah sangka atas ketiadaan keturunan dalam keluarga. Padahal, lelaki atau wanita memegang peranan penting.
Jika alat reproduksi serta sel telur wanita kurang baik. Pun alat reproduksi dan sperma laki-laki, kehamilan sulit terjadi. Pada wanita misalnya, terjadi gangguan sel telur, gangguan ovulasi, endometrium atau selaput lender pada rahim yang tidak dapat menjadi punca untuk tumbuhnya janin.
Sedangkan pada lelaki, masalah yang sering timbul adalah sperma yang tidak memenuhi persyaratan. Kriteria sperma yang baik adalah jika pada awal pembentukan dan proses penyempurnaannya baik dan benar (2 hari) untuk menghasilkan sperma yang matang dan siap untuk membuahi.
Masalah lainnya adalah kurangnya jumlah sperma yang dihasilkan. Untuk suatu kehamilan dibutuhkan 250-300 juta sperma saat ejakulasi. Dari jumlah tersebut hanya sekitar 40 hingga 60 persen saja yang baik. Permasalahan boleh kerana infeksi, seperti penyakit kelamin, varises pada scrotum yang boleh menghasilkan sperma tidak bagus.


Mitos: Posisi misionaris (wanita di bawah) akan memudahkan terjadinya kehamilan.
Fakta: Gaya klasik ini memang banyak diminati, tapi tidak selalu berakibat pada kehamilan. Pada sebahagian orang yang menginginkan kehamilan, ini merupakan posisi yang menguntungkan. Apalagi dengan bantuan bantal untuk menganjal bahagian pinggul. Mulut rahim akan terendam oleh sperma yang akan mempermudah masuknya sperma ke dalam mulut rahim. Sebaliknya posisi woman on top akan menyulitkan terjadinya pembuahan.




Mitos: Kalau tidak juga hamil, pasti ada yang salah dengan posisi saat berhubungan intim.
Fakta: Ini juga mitos yang tidak sepenuhnya benar. Ketidakhamilan 55 persen disebabkan adanya gangguan ovulasi dan sel telur. Kehamilan juga ditentukan faktor kesihatan kedua pasangan, terutama kandungan gizi pada makanan dan gaya hidup sehat.
Menurut dr Ferryal, untuk tujuan kehamilan, posisi dalam berhubungan intim bergantung pada kondisi rahim seorang wanita. Ada dua bentuk rahim yang hanya dapat diketahui melalui pemeriksaan doktor pakar, iaitu antefleksi dan retrofleksi.
Pada bentuk rahim antefleksi di depan posisi rahim menekuk ke belakang, akan sangat baik jika menggunakan gaya konvensional, iaitu lelaki di atas. Untuk bentuk retrofleksi atau menekuk ke belakang, dicadangkan menggunakan posisi dari tepi atau belakang.




Mitos: Wanita obesiti sulit hamil.
Fakta: Secara medic, obesiti menyebabkan sulit hamil. Seseorang yang gemuk, hormon estrogennya akan naik, sehingga menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Hal lainnya adalah tertutupnya saluran rahim oleh lemak yang akan mempersulit bertemunya sel telur dan sperma. Selain itu, secara fisik terlalu gemuk sulit terjadi penetrasi.




Mitos: Tidak boleh hamil kerana salah satu pasangan tidak dapat memiliki keturunan.
Fakta: Dalam dunia medic tidak ada istilah mandul. Infertilitas dapat diubati. Keadaan yang memungkinkan wanita tidak dapat hamil dari segi fisik adalah jika dia mengalami hipoplasia (pertumbuhan yang berhenti atau tidak sempurna). Seperti uterus rahim terlalu kecil, yang ditandai dengan wanita yang tidak mengalami menstruasi atau tidak memiliki sel telur.
Pada pasangan yang keduanya subur, ketidakhamilan boleh juga disebabkan faktor ketidakcocokan secara genetik. Salah satu contoh, sperma tidak dapat diterima tubuh wanita. Tubuh membentuk pertahanan terhadap sperma, sehingga sperma akan rosak sebelum bertemu sel telur.

Jumaat, November 25, 2011

Durian! Boleh sebabkan keguguran kandungan?


Durian memang nyam2! apa yang kite tau mula-mula dalam otak fikir durian ni boleh buat badan panas kalau makan banyak. memang tak di nafikan. boleh demam woooo...

Ramai sangat tanya boleh makan durian tak masa mengandung? lagi-lagi bila aku masuk salah satu room kat facebook, yang banyak bincang tentang kehamilan dan anak-anak. of coz pregnant anak pertama memang sangat risau kan?? bagi aku makan apa pun boleh, tapi berpada-pada. tapi sapa yang rasa ketahanan badan dia lemah, baik elakkan. aku tak kata aku superwoman ok.

Selain durian, orang kata tak boleh makan tapai, nanas, air kelapa, air tebu, air gas etc2. tapi aku ada cerita aku sendiri masa awal kehamilan hari tu.

Aku pun sama macam wanita lain jugak, sangat risau apa yang tak boleh di makan yang akan beri kesan pada kandungan atau boleh sebabkan keguguran. zuriat adalah anugerah paling berharga, tak dapat di nilai dengan apa pun.

Aku dapat detect kehamilan aku masa puasa hari ke-15 bersamaan 15 ogos 2011. masa ni da 1 1/2 bulan. tau tak 3 kali aku buat pregnancy test baru la dapat detect! agak sukar bagi aku sebab macam teragak-agak kan??? tah ngandung ke tak? tanda-tanda ada tapi kit tu negatif pulak. hat murah sangat kot?? haha.

Aku buat second test masa hujung bulan 7, masih negatif. kenapa aku buat test tu? sebab aku nak melantak durian! kihkihkih. masa tu memang musim durian, terliur beb tengok orang jual tepi jalan. berkali-kali ajak adik aku pegi cari tapi takde rezeki, ade je halnya. esoknya lepas aku buat test tu, lepas balik kenduri kahwin bersama sekali mak,anak buah, kakak dan abang ipor aku, saja-saja aku cakap 'jom cari durian' tup-tup abang ipor aku laju pulak pegi bawa kita orang ke tempat durian yang sangat best! hoorayyyy!! pucuk di cita ulam mendatang la kan.

Uiii aku melantak bagai tak hengat dunia. tak silap, aku sorang habis sebiji setengah la jugak! hah kau. mana taknya abang ipor belanja, dapat pulak durian jenis high gred tah apa musang king la, d24 la. order yang best-best je! (ni la baru dapat merasa durian mahal, biasa aku telan je durian murah-murah tu!rezki2....hehe)

Tapi mak aku menjeling je, 'jangan makan banyak-banyak'....(cakap ada makna tu)
Aku balas... 'takde la mak, da check'.. dengan konfiden tu

Tapi orang tua kan, dan rupanya time tu aku da ada isi. dan mak aku da agak, sebab dia kata aku macam mengidam dan nak sangat makan durian tu cuma aku sendiri rasa biasa je, tak la mengidam. instinct ibu adalah kuat pada anaknya. :P

Alhamdulillah takde apa-apa jadi.

Ni baru cerita makan durian, ada jugak aku minum bergelas-gelas air kelapa dan air tebu. time puasa hari tu memang aku suka sangat nak minum air kelapa. hampir setiap hari. rasa hilang haus sume. air tebu pulak sebab adik aku suke. so aku tumpang minum je la. syukur alhamdulillah tak jadi benda tak di ingini. ni sume jadi masa aku belum tau aku da mengandung. kalau ada ibu mengandung teringin jugak makan durian, makan just seulas. kalau nak minum air tebu ke, minum just seteguk. cukup la menghilangkan rasa nak tu je. tapi kalau risau takut apa-apa jadi, tahan je la. demi baby. yang penting banyak berdoa walau apa yang kite lakukan baby sihat dan selamat.

Jumaat, November 04, 2011

Petua meramal jantina anak dalam kandungan

Assalam dan selamat hari jumaat! hooreyyy..(bila da hari jumaat senyum melebor je.haha)

Insyallah lagi dalam 4 bulan lebih nak menjalani hidup sebagai seorang ibu. perasaan takyah cakapla. excited. tapi takmau keterlaluan, selagi belum tiba masanya kita hanya boleh bersikap sederhana. apa situasi pun. kalau over excited takut jadi lain, kite hanya merancang tapi tuhan yg menentukan. hanya mampu berdoa selalu.

Macam tertarik bile ada yang tanya dah scan ke?baby boy or girl? honestly tak tau pun lagi. tah macam nak scan, macam tak nak. leh tak camtu? hihi.

Orang dulu-dulu mana ada scan-scan ni kan? dorang main teka je. apa yang aku dapat info dari pembacaan dan cakap-cakap orang, petua nak tau baby boy or girl dalam kandungan ialah;

1- perut melebar ke tepi, girl. perut memuncung ke depan, boy.

2- tidur selalu mengiring ke kiri, girl. mengiring ke kanan, boy.

3- pergerakan dalam perut selalu rasa belah kiri, girl. belah kanan, boy.

4- suka makan manis-manis, girl. suka makan masam-masam, boy.

5- alahan biasa-biasa/takde, girl. kalau alahan teruk sampai minum pun nak muntah balik, boy.
(ni sangat tak pasti, if tak silap alahan kan ikut ketahanan badan. tapi ikut pemerhatian masa akak aku memamg takde alahan apa langsung, so dapat anak buah girl.hihi)

6- suka mekap dan melawa, girl. tak suka mekap dan selekeh semacam, boy.

7- malas buat segala kerja, girl. rajin buat segala kerja, boy.

8- muka berseri, girl. muka tak semenggah/tak berseri, boy.
(yang part ni aku ada baca sebaliknya, iaitu muka tak berseri dapat girl sebab seri si ibu dah di ambik/di tarik oleh anak dalam kandungan..wallahualam)

Ini je la antara yang aku ingat. banyak lagi sebenarnya petua-petua tu. antara betul atau tak, apa pun jangan letak percaya 100% takut kang harap lain, yang keluar lain. sedangkan kalau buat scan pun tak tentu kesahihannya lagi.

p/s : lusa dah raya haji/aidiladha, aku nak ucap selamat hari raya aidiladha pada semua. tak sabar nak makan rendang. walau raya haji je, rumah aku tetap buat rendang macam raya aidilfitri. yeyyy. raya rumah sini pulak tu. hikhik. lalalalalala........(sng hati betul!)....

Isnin, Oktober 24, 2011

Check-up bulanan for pregnancy

Di petang hari isnin ni terasa bosan n lambat je masa berlalu. tetiba rasa nak berblog. hehe.

Start last month (kandungan 3 bulan) aku da start buat check-up kat klinik ampang. kire 1st time register la.

1st aku call klinik tu untuk tanya apa yang perlu di bawa, taknak la datang berkali-kali sebab kena reject untuk daftarkan? so apa yang kena bawa?
1- ic kite
2- sijil nikah
3- scan pic baby (masa 1st time aku konfirmkan pregnant kat klinik swasta, doktor terus buat scan je n bagitau aku pregnant n dia pesan suruh bawa masa g check-up bulanan.tak silap masa ni da sebulan 1/2).

**penting : in case asben tak ikut, korang siap2 amik detail asben seperti pangkat keja apa, fon ofis, alamat ofis (selain nama, ic no of coz korang da ingat kan?). time ni nasib la my asben teman. huhu. 1st time agak cuak la.

Tup-tup sijil nikah bukan dia tengok pun, just nak amik no atas sijil tu. tanya sikit-sikit je bila nikah sume. aku still usung sijil ke hulu-hilir. belum sempat buat kad nikah la. tah bile nak buat. grrrrrr..

Bila kata klinik gomen paham-paham je la. aku pegi dari pukul 8.30 pagi sampai la lebih kurang pukul 12. perut da menyanyi2. so pegi la terus makan. lepas tu cabut pegi keja terus. penat woo.

So besok 2nd test for this month la. nak buat monthly check-up dekat klinik swasta pun bole. terpulang bagi yang ada fulus. tapi ada gak negative respon, ada kata check-up kat klinik swasta tak berapa details. contoh mungkin ada ubat/suntikan yang tak di bagi. but dari segi nak scan baby, ada yang kata susah nak buat kat klinik gomen ni. kan ramai orang, so cuma akan buat scan pada kandungan yang bermasalah je. wallahualam. oh ye satu lagi, boleh start monthly check-up seawal kehamilan (ada tulis pada belakang buku pink tu nanti). but ada akak sorang tu suggest pegi la bila da 2 bulan pregnant. yang jadi lelah bile kite fikir kena tunggu lama. huh kematu montot. hehe.