Selasa, Ogos 12, 2014

Cerita raya kami tahun ini 2014

Assalamualaikum.........

Hari ini dah masuk syawal ke16. Betul kan? Masih tak terlewat untuk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat sekalian. Mesti uols sibuk dengan jemputan open housekan? Aku takde buat open house semua ni bagai. Datang je la bila-bila pun tapi at least bagitau sehari awal so boleh la masak kan yang light-light sikit untuk di jamu.

Tahun ni kami beraya di kl dulu. Di sini. Rumah keluargaku. Pagi-pagi suami dah pergi solat raya dulu. Aku kena uruskan anak. Dah la malam sebelum tu dia tidur agak lambat so nak bangun memang lewat sikit la. Terpaksa tepuk untuk kejut dia. Untuk hari biasa aku memang biar je dia bangun sendiri pukul berapa pun. Liat jugak asif ni nak bangun. Tidur tak sedar. Sejam jugak nak kejut. Sempat la aku menggosok baju kami dulu. Tapi kesian suamiku pakai baju raya kedut pergi ke surau. Haha. Konon nak gosok baju malam sebelum tapi penangan tidurkan anak, sendiri pun hanyut di buai mimpi. Nasib la suamiku jenis tak kisah je, balik dari surau tu aku suruh lucut untuk di gosok. Ape kes la. Hahaha.

Adik dan isterinya pun tidur kat sini malam sebelum raya. Walau pun rumah mereka hanya 5 minit je dari rumah ni. Hihi. Almaklum mungkin nak merasa macam balik kampung kot. Dan ini raya mereka yang pertama kali sebagai suami isteri. Selepas mereka selesai dan balik dari solat raya, bersiap-siap untuk ke kubur arwah ayah dulu. Tapi sebab jiran sebelah kanan dan kiri kami datang beraya, agak lambat kami bergerak. Menjadi kebiasaan setiap tahun di pagi raya, jiran sebelah kiri akan beri sedulang hidangan masakan mereka. Ketupat, rendang, kuih raya. Jadi kami pun beri jugaklah sebagai membalas budi baik mereka.

Bila dah selesai semua, terus ke kubur arwah ayah. Mak, abang, adik dan isterinya, aku, suamiku dan anak. Jadi kami 7 orang la. Aku drive kereta sendiri dengan suami dan anak. Selesai ke kubur, kami ke rumah atok. Oh sebelum ke kubur sempat ke rumah mak ayah pada adik iparku. Alang-alang lalu dan dekat dengan kubur. Sebab adik cakap kang singgah lepas pergi kubur, takut ketiak masam pulak. Haha ada ke patut gitu.

Ke rumah atok ramai orang. Memang kebiasaan setiap tahun. Havoc!! Tempat berkumpul semua saudara-mara. Penuh. Full house aje memanjang. Seronok sangat. Di sini wajib makan. Yang istimewa masakan nenek adalah daging masak kicap dia. Paling lepak lama di sini la. Sampai ke tengahari. Oh ye, zara tidur kat rumah mama ayah dia. Berjumpa pun kat rumah atok, rombongan kami yang sampai dulu. Hehe. Kami raya berpecah tahun ni, zara ikut je ke mana destinasi mama ayah dia. Selepas tu, aku pergi hantar suami balik kejap sebab dia kerja malam. Nak balik tidur dan rehat. Dia baru balik pagi raya tu sebab hari sebelum shift malam. Tak tidur lagi so takut dia pengsan pulak. Lepas hantar suami, sambung beraya ke rumah pakcik. Rumah dia sebelah bangunan rumah atok tadi. Dah lepas tu balik la. Penat oiii. Kami ni bukanlah jenis kaki beraya sangat, nak beraya sampai malam. Hihi. Balik rumah tunggu orang datang beraya pulak le kan. Tu je la cerita raya kami. Biasa-biasa aje. Rutin setiap tahun kalau beraya di kl.

Tema kami tahun ni kelabu biru. Tiba-tiba rasa asif anakku dah besar bila tengok gambar ni. Hehe.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan