Selasa, Mac 25, 2014

Selamat ulang tahun ke-2 wahai anakku...

Tanggal 25.03.2014..

Menjangkau sudah umurmu ke 2 tahun wahai anakku
Tiada hadiah mahal untuk kamu
Tiada sambutan harijadi yang besar untuk kamu
Cuma kasih sayang yang ibu dan ayah berikan
Tiada belah bagi, tiada pengakhirannya

2 tahun yang indah dalam hidup ibu dan ayah selepas kehadiranmu
Ibu tahu mungkin ibu bukan ibu terbaik di dalam dunia ini
Ibu dan ayah cuma boleh mencuba dan terus mencuba untuk jadi terbaik untuk kamu

Ya.. ibu selalu tegas pada kamu
Walaupun kamu baru berumur 2 tahun tetapi ibu mengajar kamu dengan cara yang tegas
Marah ibu sebab sayang
Pukulan manja ibu sebab sayang
Tiada sebab lain

Seperti mana kamu dilahirkan sebagai bayi lelaki
Ibu mahu kamu kuat
Bukan kuat dari segi luaran sahaja malah dalaman
Bukan kekuatan untuk menindas yang lemah, bukan untuk menindas wanita
Tetapi kuat dalam mengharungi cabaran serta liku-liku hidup kamu di kemudian hari
Terlalu besar harapan ibu.. bukan?

Seperti mana maksud nama kamu
Hamba Allah yang penyayang, yang pemaaf
Ibu doakan sikap kamu juga begitu kelak
Biarlah kamu di sayangi, di senangi walau ke mana kamu pergi
Jua memiliki hati yang pemaaf dan tidak suka berdendam
Jadilah permata berharga di dunia serta di akhirat
Amin amin.. Ya rabbal alamin

Salam sayang.. dari ibu dan ayah kamu
Selamat ulang tahun ke 2 buat kamu.. abdullah asif
Muahxxxx.. :D





Tiada ulasan:

Catat Ulasan