Khamis, Januari 31, 2013

Jangan simpan dalam hati

Kata dia orang.. "jangan simpan dalam hati". Senangnya.
Hari-hari mengadap, hari-hari ada saja tak kena.
Kau stress, aku pun jadi stress.
Hati yang gembira tak pernah ada.
Yang tahu hanya marah dan tinggi suara.
Boleh ke aku tahan?

Air mata meleleh dengan mudah.
Aku bukan seperti itu sebenarnya.
Tapi semenjak ni tak tahu kenapa, adakah aku lemah?
Sakit hati tak payah cakaplah.
Buntu. Perlukah mencari arah lain? Atau hanya terus di sini.
Memanglah dia mahu mengajar tetapi terlalu kasar rasanya bagi aku.
Engkau lain, aku lain.

Ya Allah beri aku kekuatan, beri aku ketabahan.
Sesungguhnya dalam dilema, masa depan yang masih samar.
Beratnya kepala fikir, mata bengkak menahan rasa.

ARRRGGHHHHH!!!!!.......AKU NAK RESIGNNNNNNNN.....!!!!!!!!!!!!!

Ahad, Januari 20, 2013

Ramalanku benar belaka

Wah wah... tajuk dah macam nama lagu je.. wahahahahaha...

Ok kisahnya macam ni... aku ada ler saje meramal jantina untuk kenalan-kenalan aku..

Pertama.. my ex-bos lah. Di sebabkan dia pakai baju yang agak sendat so boleh nampak bentuk perut dia tu. In shaa Allah anak lelaki ni, kata aku.

Kedua.. adik pada my BFF. Dah lama tak jumpa dia, cuma pernah terserempak dia kat supermarket masa dia pregnan 5 bulan macam tu. Dia jenis badan kecik dan kurus. Dan masa tu dia pakai jubah. Tak berapa nampak bentuk perut lagi pun masih awalkan nak nampak bentuk perut masa tu?? Saja borak kat Fb (mukabuku) dan tanya dia, biasa setiap bulan check-up berapa bilangan heartbeat baby dalam perut tu? Kalau tak silap, dia kata atas 140 (aku tak ingat berapa bilangannya). So aku simpulkan in shaa Allah anak lelaki.

Tup-tup bila anak-anak mereka dah melihat dunia, dua-dua betul mengikut tekaan aku. Yang anak my ex-bos lahir hujung tahun lepas. Boy. Dan adik pada my BFF tu dia melahirkan minggu lepas dan dapat boy jugak. Aku takdelah nak kata aku terer meneka ok. Saja suka-suka meneka. Hehe.

Siapa nak order dulang hantaran??

Assalam...

Aku ada terima banyak pertanyaan tak ada ke ambil order untuk belikan dulang hantaran?? Sebelum ni serius tak boleh sebab bawa perut. Sekarang dah rileks sikit cuma sibuk dengan kerja waktu weekdays la.

Dan sekarang tengah berfikir dan mempertimbangkan untuk ambil order dulang hantaran bagi siapa-siapa yang berminat. Tapi untuk majlis bulan 3 (mac 2013) dan selepas la ye. Sebab kemungkinan caranya, aku open order dulu untuk masa tertentu, bila dah closed baru aku pergi ambil barang.

Tapi sebelum tu nak tengok sambutan la, kalau setakat 1-2 order mungkin aku tak buatlah. Sebab tak berbaloi dengan kos minyak dan parking (tempat tu agak jauh dari rumah aku ok!). Plus dengan jem lagi. Huhu.

So start hari ni aku minta siapa yang berminat sila emailkan aku ye yana_comel2104@yahoo.com

Apa yang aku nak tahu??
- Jenis dulang : kayu/besi,bulat/4segi,putih/hitam? (apa-apa jela korang nak explain.ada gambar boleh attach)
- Bajet : 1 dulang berapa bajet korang?
- Cara penghantaran : by hand/pos ke mana? cth kuantan, pahang.

Ini baru nak buat survey ok. Nak tengok sambutan dulu. Then kalau ok, aku pergi tempat tu untuk listing dulang apa yang ada + gambar. Sekian.

Jumaat, Januari 11, 2013

Aizat amdan di anugerah juara lagu 27

Ahad lepas baru je berlangsung anugerah juara lagu yang ke 27 kan. Korang tengok tak? Rugi tak tengok, best! Mesti tak habis-habis lagi orang sok sek sok sek pasal kemenangan aizat kan? Katanya tak layak sebab hanya menggantikan ketiadaan yuna. Hai.. dah rezeki dia. Lagipun dia bawa lagu tu memang best ape! Dia arrange lain sikit dari yang asal yuna bawakan lagu tu.

Hmmmm... ada satu komen kat youtube tu, katanya lepas aizat nyanyi lagu 'terukir di bintang' ni dia jadi minat gilerrrrr dengan lagu ni. Hah tu lah penangan si aizat amdan yang kelihatan low-profile ni.

Aku 'cair' bila aizat nyanyi sampai part....
"hati ini bukan milikku lagi..seribu tahun pun akan ku nantikan KA...MU"
(hah yang aku bold dan besarkan ni..cuba korang dengar.hihi)

Sebenarnya sebelum ni aku takdelah hard fan aizat ni. Masa dia kat akademi fantasia pun aku tak tengok (yelah masa tu aku tak pasang astro kot) cuma apa yang aku tengoklah, suara dia memang sedap dan cute bila dia senyum. Hihi.

Dan korang perasan tak memang susah nak tengok dia pakai smart bila buat persembahan? Selalu je pakai t-shirt/jaket dan jeans sahaja. Bersama gitar dia. Tapi malam tu dia smart sangat seh.. yang menarik perhatian misai kontot dia tu. Kelakar tapi masih comel. Lagi yang kelakar bila dia menari. Kihkih. Keras, kaku, kayu. Selamba je aku kutuk. Tapi tu takpe, dia tetap kelihatan macho dan gentle. Pada awal persembahan tu je macam pelik sikit, apehal la si aizat ni bawa cawan ke hulu ke hilir???? Hahaha.

Ohhh... dan sukanya aku kalau aizat betul bercinta dengan yuna. Dorang macam serasi. Nampak low-profile dan matang masing-masing. Dulu dengan liyana jasmay macam tak sesuwei sebab liyana nampak kebudak-budakan dan 'kecoh'.

Apapun tahniah untuk aizat sebab membawa tuah pada lagu ni hingga boleh menang. Dan dah tentulah dia kerja keras jugak untuk jayakan lagu ni kan?? Juga pada yunalis zarai (yuna) pencipta lagu ni. Mungkin jugak aizat dan yuna boleh buat lagu dan nyanyi duet kan?? Hmmm.. gabungan yang best!

Sekian. Tata.

(kalau nak terus membebel panjang lagi ni)


Khamis, Januari 10, 2013

Port baru favorite

Assalam......

Wuhuuuu.... long time no see ha... :)

Minggu yang agak sibuk dan mencabar sebab baru start dengan kerja baru. Nature bisnes yang berbeza. Quite confuse bagi aku yang dah biasa dengan nature bisnes 'property management' ni selama bertahun-tahun.

Pssstttt.... yang lagi mencabar bila di bahagian (department) aku tu, hanya aku seorang melayu, yang lain cina. Bukan aku bersikap racist ya. Dah la dengan bahagian lain di letakkan lain floor. Hanya bahagian kami yang 'tersembunyi'. Hehehe. So far so good. Cuma tak syok tak dapat gosip-gosip (kalau amoi-amoi yang boleh ngam ok lagi). Tapi bila depa cakap bahasa dorang, menganga la aku. Eh nak kena belajar bahasa cina ni. Baru boleh faham kalau dorang mengata aku. Hehe.

Hokey aku nak cerita pasal anak. Hal kerja kita tolak tepi. Anak aku sekarang dah berani pegang-pegang kepala katil dan berdiri, pegang besi buaian dan berdiri, pegang sofa dan berdiri. Tapi bila nak turun atau duduk balik, menggigil kaki dia. Apa lagi terus menangis meminta pertolongan. So cute ha u...

Port-port favorite dia sekarang ni haaa....


Khusyuk sangat sampai tak nak tengok ibunya tangkap gambar dia.


"Macho tak shaye??" :D


"ibu... saya tengah sibuk ni... janganlah kacau.." huhuhu...


 Bila je aku nak ambik gambar asif, kak yaya wajib nak interprem. :)







Rabu, Januari 02, 2013

Hari pertama di tahun 2013

Semalam takde buat apa-apa aktiviti menarik. Selain tidur dan melepak di rumah. Hihi. Sampai sakit kepala sebab banyak tidur.

Buka mukabuku (fb) kawan-kawan sebaya semua update status tentang akan menjejak ke 3-series tahun ni. Haha. Senyum sorang je aku baca. Terasa tua? Kihkihkih. Hanya pada angka kot. Jiwa tetap muda, barulah awet muda. Huahuahua.

Memang terasa cepat masa berlalu, rasa tak percaya tahun ni akan menginjak ke angka 30 umurku dan kami-kami yang seangkatan. Kami dah banyak makan garam rupanya. Ye betul lah kata pepatah orang yang tua ni lebih makan garam. Yang bermaksud, dah banyak pengalaman yang di jalani. Bila di fikir, ada hal yang rasanya buang masa di lakukan dan kalaulah masa boleh di ulang pasti kita akan lebih hargai masa yang ada tu. So adik-adik tu dengarlah kata-kata dan nasihat orang tua ye, sesungguhnya mereka lebih logik dalam sesuatu hal sebab mereka dah banyak pengalaman dalam hidup mereka.

Apa pun biar umur tua tapi jiwa maintain muda. Hahaha. Yang penting perbaiki apa yang kurang bila semakin menginjaknya umur kita ni.