Ahad, April 07, 2013

Persis arwah ayah

Tahun ni masuk tahun ke-9 arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Terasa cepat masa berlalu. Masih terbayang raut wajah dan senyum dia di mata. Arwah ayah aku sporting. Dia garang dan tegas tapi bertempat. Bukan panas baran yang semberono sampai angkat tangan dan kaki.

Dia mudah marah, dan itu salah satu peel dia yang tempias pada aku. Aku mudah marah tapi mudah juga cool. Hehe. Dia ayah terbaik. Aku harap suami aku seperti dia. Aku tahu tak mungkin nak sebijik perangai, kan? Cuma cara ayah aku mendidik tu. Aku tak mahu suami aku terlalu manjakan anak atau terlalu garang pada anak. Kena belajar didik anak ikut peringkat umur mereka. Arwah ayah aku dia garang tapi sporting. Hah macam mana tu? Maknanya dia boleh fleksibel kan. Taknak macam atok aku yang terlalu garang. Gaya didik zaman kolot. Takut tapi bukan hormat.

Itu cerita serba sedikit pasal arwah ayah aku. Dan yang paling melekat di kotak fikiran aku dan juga famili, bila mana dia suka sangat suruh kami menggaru belakang dia. Agaknya tangan dia pendek dan dia tak sampai nak garu belakang badan dia kot. ^_^

Dulu punyala aku fed-up dan pemalas, aku just letak jari telunjuk kena pada belakang badan dia dan kemudian dia yang akan gerak-gerak badan. Nak garu bahagian badan atas ke, kanan ke, kiri ke. Korang faham tak apa aku cakap ni?? Ala ibarat jari telunjuk aku ni mencungkil-cungkil belakang badan dia. Kalau dia gatal bahagian kanan, so dia gerak ke kiri supaya tangan aku tu menggaru bahagian kanan yang gatal tu. Ok boleh bayangkan? Lucu tau. Tapi bila ingat balik memori tu, bila famili kami borak-borak imbas cerita lama, teringat dia kata "nanti bila dah takde, baru rindu nak garu". Sob sob sob. Kakak aku siap cakap "walaupun gaya kau garu tu paling pemalas, kau jugaklah yang dia favorite suruh garu". Hihi.

Sekarang peel ni tempias pada anak aku pulak. Dia suka bila usap-usap belakang dia. Senang je dia nak lena. Siap dia boleh terlentok-lentok bila pekena usap dan garu belakang badan dia. Haha lucu betul.

 Tengoklah muka dia yang menahan syok dan nak lena tu. Hikhikhik.
 
Kakak zara dia suka nyakat. Dia garu-garu belakang dia dan gelak-gelak. Aku lagilah terguling-guling gelak time ni. Atas ni first time aku tengok dia syok di garu sampai terlentok. Nenek dia lah ni yang biasakan macam ni. Adoi la.
 
So sekarang ni, bila malam dia nak tidur dan agak susah dia nak lena aku garu aje belakang badan dia. Hah terus lena kau. Dan tabiat baru dia, nak tidur dia naik tidur atas badan aku dan aku usap belakang dia. Senang lena. Tapi kadang dia nak dodoi. Ikut jugaklah. Macam-macam kerenah si kecik ni. Sementara dia sorang layankan aje la. Nanti ada adik, ayah je la layan asif ye. Hihi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan