Isnin, Mac 04, 2013

Aku ketagihan

Wah wah wah.. tajuk bagi kontroversi ni. Huhu. Bukan ketagihan yang bukan-bukan hokey.

Awal tahun hari tu kot, bakal adik iparku ada la bagi kami coklat. Katanya baru balik dari pergi Langkawi. Di baginya coklat ni yang pembungkusnya warna merah. Nampak luar macam tak sedap, macam gula budak-budak yang hat murah tu (hoi suka-suka je bagi andaian.haha). Mula-mula makan macam biasa le. Frust kot tak dapat Cadbury ke jadah coklat yang mahal. Haha dasar tamak.

Makin aku makan, makin aku telan... Erm alahai sedap pulak coklat ni. Sekali ngadap habis 5 biji ke atas. Lepas makan nasi, ala-ala dessert pulak jadinya. At last aku tukang perabih. Nasib la siapa yang lambat. Ngeh ngeh ngeh.

Ko nak tau coklat apa yang sedap tu. Yang buat aku ketagihan tu?? Coklat DAIM namanya. Ni hah rupo dia.


** gambar ihsan gugel. cik/encik bayangkan terbang pinjam gambo ye.

Dan aku rasa coklat ni memang femes eh, al-maklumlah ni first time i makan u. Gugel aje daim chocolate, fuh terus keluaq gambar dia la hapa la. Rupanya aku yang ketinggalan zaman. Hahaha. Ye la aku belum berkesempatan pergi Langkawi walaupun dah hidup 30tahun ni. Oppss kantoi umur i tau.

So siapa yang nak pergi Langkawi bolehla aku mengirim sebarang satu atau dua atau lebih pek coklat ni ye. Hihihi. Tak malu.

P/s : Banyak nak di celoteh kat blog tapi masaku amat mencemburuiku....^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan