Rabu, Mei 30, 2012

Yeaayyyy...berjaya marmet!!

Marmet ohh marmet...sebelum ni cuma tengok mommies cite serta komen pasal marmet dan tunjuk hasil dorang je kat KIM-Kumpulan ibu menyusukan...hehe...aku adalah salah sorang member tapi silent reader je la.seronok kat situ,banyak info dan bagi motivasi kat mommy cam aku ni.
Petang tadi tah kenapa rasa nak try (mungkin sebab baca yang salah sorang mommy tu kata jatuh hati pada marmet..best sangat ke??), aku cuma ada baca sekali je cara nak marmet kat blog sape tah.dia buat sebab anak dia yang besar sibuk kacau time dia nak pam. 

Kisahnye...

Minit-minit awal memang susah la, setitik-setitik lepas tu tak kuar apa langsung.tapi tak patah semangat,buat dan terus buat sampai la berjaya.yuhuuu..rupanya memang seronok wooo..croot croot susu kuar..lagi-lagi bila LDR datang laju ke main..hehe

Ni lah hasil aku buat selama 30 minit.. not bad la kan... for the first time

Sedikit Tips :
Untuk betul-betul kosongkan breast masa pump, hujung-hujung masa pump tu (kira susu yang kuar dah sikit), sambil pump try tekan bahagian belakang breast tu (ibarat kau menolak air susu tu ke bahagian depan breast la kan?). insyallah boleh dapat lagi 1-2oz. aku baru je realise semalam. kalau yang dah tau abaikan la ye.

Ahad, Mei 27, 2012

Pengalaman menyusu dan review breastpump - Unimom mezzo manual

Assalamualaikum...

Erm pengalaman mula-mula aku menyusukan anakku tidaklah semudah dan seindah ibu-ibu yang dengan mudah dah ada susu di awal tempoh bersalin. susu tu ada tapi cuma titis-titis je. dan aku terima tekanan sekeliling 'susu takde', 'baby tak kenyang'..aku dah alami sendiri..jadi di awal tempoh tu, aku terpaksa baby susu formula.have to.sebab anak aku pun nangis dan tak tidur lena.

Lepas 3 hari bersalin dan di urut oleh emakku, alhamdulillah dah rasa breast bengkak.start tu baru konfiden dah start proses susu.di samping emak aku bagi makan sayur yang banyakkan susu badan. antaranya daun cili, pegaga, betik muda, bayam, lobak putih (semua just sayur-sayur ok, masa dalam pantang aku kebanyakan cuma makan nasi+kuah sayur).rasa tekak takleh nak cakap ape la kan, redha!so tu yang banyak telan susu dutch lady/milo/susu hi-goat+biskut jacobs.so lepas dari tu susu pun ok.**tapi kadang-kadang tah nape aku rasa susu macam kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.huhu**

Masa terus berlalu dan now dah 2 bulan usia anakku abdullah asif, susu badan alhamdulillah cukup. Beberapa tips untuk yang baru melahirkan atau bakal ibu tentang penyusuan (if susu takde masa mula-mula) :
1-cuba mengurut (of coz bahagian dada)
2-keep on baby's sucking (walau takde susu,usaha je)
3-cari petua apa menu/makanan/sayuran yang boleh banyakkan susu
4-sentiasa alert dan kenali milk booster anda (macam aku tak boleh skip makan nasi, memang kalau aku tak makan nasi producing susu kureng)

**jangan takut gemuk, makan ajela apa ko nak (after pantang ye).so far aku dah turun lebih 13kg iaitu kenaikan masa aku mengandung.sekarang lebih kurus dari time kahwin dulu.setakat ni la kan sok lusa tak tau!hihi.

** gambar terbaru asif

Review breastpump pulak..........

Breastpump memang sinonim la dengan para ibu/bakal ibu kan? yang dah jadi ibu sekurang-kurangnya miliki satu, yang bakal ibu sibuk survey mana yang murah / mudah / berbaloi.. apa pun breastpump ni memang memudahkan ibu-ibu dari segi penyusuan badan ni, lagi-lagi yang tak reti marmet macam aku (kena belajar lagi!hihi).

Aku beli breastpump kalau tak silap lepas sebulan pantang kot.banyak sangat berfikir yang jenis mana nak di beli.survey sana sini lagi.at last aku pilih Unimom mezzo jenis manual.sebab apa?aku nak cuba dan sesuaikan diri dengan dunia pam-pam ni.hehe.ada terbaca unimom ni lebih kurang sama 'rasanya' dengan avent manual tu.dan aku terjumpala site One Baby World ni, dia jual set dengan botol susu,cooler bag,ice pack dsb.maka beli la secara online walaupun kedai tu kalau pergi adalah dalam setengah jam kot dari rumah kalau tak jem.

** set ni la yang aku pilih - RM 220

Pendapat aku :
1- memang best gila sebab sucking lembut je macam baby sucking, hasil banyak (tak macam breastpump akak aku yang tah ape-ape tu)
2- nak di cuci pun mudah, ringan
3- boleh fit jugak dengan botol autumnz set ni, so tak payah nak kena transfer susu tu after pump. botol susu lain belum try

Kalau beli pump aje harga RM 118, ada paling murah RM 90 kat page mana tah. so rajin-rajin la survey ok. kalau nak beli jenis ni memang tak rugi dan berbaloi. lepas ni nak beli yang jenis elektrik pulak insyallah. tak salah ade 2 or lebih sebab bagi aku menda ni sangat berguna. (kan kaum-kaum ibu..hehe)

** ni la breastpump akak aku tu. pakai sakit gile kau!nak tercabut tang tu.nak dapat 1oz menangis aku.rasanye peluh aku lagi banyak menitik gaknye.huhu.

Sabtu, Mei 12, 2012

Bersalin first time di hospital ampang. Pandangan aku.

Assalam dan salam berhujung minggu..

Banyak topik nak di sharekan dengan pengalaman baru-baru ni. Pengalaman bersalin dah settle cerita, pengalaman pantang yang ala-ala tapi banyak pengajaran yang aku dapat tambah lagi dengan pelbagai masalah di hadapi semasa awal bersalin ie anakku demam kuning/jaundis, susu badan yang tak ada, ruam-ruam pada anakku dsb. Kekangan masa buat aku tak sempat share kat sini.

Bila dah dekat nak bersalin mesti kita dah merangka-rangka tempat nak melahirkan anak kita tu kan? lagi anak pertama, tak ada pengalaman dan nak terbaik for the first time. either go to swasta atau kerajaan. teringat pulak pada salah seorang saudaraku yang bakal melahirkan jugak minggu ni. dia agak bertuah sebab company dia nak tanggung kos dia bersalin. erm kalau fikir mestilah nak pilih swasta kan? bukan kita keluar satu sen pun. tapi bila dia tanya pada aku, aku memang awal-awal dah fikir dan pilih nak bersalin kat hospital ampang. sebabnya? senang je.. dekat dengan rumah. senang untuk suami dan famili aku ulang-alik if ada kes atau masalah. yang lain aku redha.

Pros dan cons SWASTA :
- layanan istimewa, servis lebih (toiletries+tuala tak perlu bawa kot), selesa
- ada kata : mereka ni laju je kalau nak operate, tak boleh tunggu lama untuk normal deliver-untung kot. (tapi tak tahu kebenarannya ye)
- if ada masalah berat, tetap juga tolak ke hospital kerajaan.

Pros dan cons KERAJAAN :
- share katil dengan ramai pesakit. (time aku bernasib baik, sebelum dan selepas lahir anak dapat duduk dalam wad yang bilik tu, 4 orang 1 wad)
- tunggu giliran untuk masuk labor room (ini kenyataan kena pada aku, ada kes emergency so pesakit walk-in tu di dahulukan memandangkan aku pun masa tu baru 3 cm kan. dalam 3 jam kot)
- doktor dan nurse layan ko bermacam-macam. aku kene induce 3 kali pun sume doktor berbeza,belum yang dalam labor room lagi. huhu. (paling segan bila kena seluk tapi mereka sopan je, say sorry sebelum seluk. redha je la).

Bab hospital swasta aku tak boleh komen lebih sebab aku tak tahu sangat. Tapi hospital kerajaan tak lah seteruk mana.

Hospital ampang BEST ; takde la nurse atau doktor yang kurang ajar atau sombong (ada doktor tu siap explain lanjut bila aku tanya, so tak la dia fikir pesakit mereka bodoh-bodoh kan??), tempat selesa, murah pun murah.

Hospital ampang TAK BEST : aku tak di ajar detail cara menyusu (aku tau time tu 4 am tapi aku adalah first timer dan zero bab ni, sampai baby aku nangis-nangis haus.kesian.), suami tak boleh tunggu (aku rasa lah kan pihak sepatutnya kena pertimbang supaya suami boleh tunggu bagi yang first timer ni.dah la sakit bawah dengan baby pulak asik nangis je.aku nak nangis rasa, da la tak rehat dan tidur langsung sampai la suami dapat masuk melawat).

Ni je lah kesimpulan pandangan aku tentang hospital ampang. Kalau bagi rate, erm 8 out 10. Bersyukur dengan apa yang di terima.

Oh ye kos aku selama 4 malam dan 3 hari = RM 41.

Jadi sapa-sapa yang masih was-was nak bersalin kat hospital ampang, jangan di fikir lagi. Just carry-on. Nanti banyak fikir jadi tekanan darah tinggi pulak lagi bahaya jadinya kan? :P Tawakal aje.