Khamis, September 13, 2012

Meniarap pada umur 5 bulan lebih... lambat ke??

Assalam........

Sekarang baru la aku faham bila dah ada anak, segalanya pasal anak sangat la excited bagi aku. Dulu mengandung, tak sabar nak tengok dia lahir ke dunia. Bila dah lahir, tak sabar nak tengok 1st perkembangan iaitu meniarap then berjalan dan lain-lain.

Tak nafikan aku sedikit risau bila anak walau menganjak ke umur 5 bulan still tak tau meniarap, siap google 'normal ke umur 5 bulan tak tahu meniarap?'. Dan kesimpulan yang aku dapat, memang normal dan perkembangan bayi adalah tidak sama semuanya.

Sebelum ni... seorang anak pada saudara, umur tua seminggu je dari anakku dan pada umur 3 bulan dah pandai meniarap. sedikit terganggu. Then anak pada seorang lagi saudara, anak aku tua sebulan lebih, pun dah pandai meniarap.

Dari seawal 2 bulan aku dan suami ajar la anak bagaimana nak meniarap. Tapi dia sangat tak suka nak meniarap. Mengamuk sakan. Lama-lama aku biar je la. Suami pun ada cuba sedapkan hati aku jugak.

Hari berlalu... ngam 5 bulan pada 25 ogos yang lepas.. masih ajar dia, macam mana nak mengiring then meniarap. Tapi masih tak ada keinginan dia nak meniarap sendiri. Pada 6 sep lepas, dia dah boleh meniarap hanya aku tarik sikit tangan dia ke sisi. Tapi masih tak ada keinginan meniarap. Lepas 2-3 hari lepas tu baru la dia laju nak meniarap. Sekarang ni pantang letak baring, dia akan meniarap pantas ke sisi kiri. Memang laju dan terer. Dan 2 hari ni jugak, dia aktif nak melompat-lompat. Anak aku lambat meniarap tapi perkembangan agak cepat. Tak boleh di samakan dengan bayi lain, itu fakta. Tapi sebagai ibu, mesti la agak risau kan? Dia lambat meniarap, tapi aktif. Jadi kerisauan tidak la keterlaluan sangat.

*** yeyyyy... ibu sy hepi bile sy dah pandai meniarap... hihi

Yang paling penting, tanam dalam otak dan diri 'ANAK AKU AKAN BUAT BILA DIA DAH SEDIA'. Jangan di paksa-paksa ok (ingatan juga buat diri aku). Percaya la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan