Rabu, Julai 18, 2012

Cara aku keluarkan taik hidung

Bukan taik hidung aku okey. Taik hidung anak aku yang baru berusia 3 bulan ++. haha. Aku yang dah tua gayut takkan la tak reti korek hidung sendiri ye tak?? (maaf la kalau bahasa aku ni straight to the point yang boleh menjijikkan orang lain).
Semua parents especially mommies mesti kesian kan kalau tengok anak mereka lagi-lagi yang masih kecil yang nampak rimas / tak selesa sebab susah nafas kan? Almaklum serombong penuh. Kesian sangat.

Laki aku suka korek pakai sepit rambut ladies tu. Ala yang hitam tu. Kan macam cangkuk hujung tu, so dia pakai tu je. Tapi aku tak berani takut tercucuk dalam pulak. Mak aku suruh sedut especially time lepas dia mandi, Tapi agak ngeri kot bagi aku. Pernah jugak laki aku kata macam tersedut 'something' masa sedut hidung anak kami untuk keluarkan hingus dia time selsema hari tu. Wakakaka. Mak aku pulak siap sound bile aku kata ngeri "eh korang sume masa kecik-kecik, mak dan arwah ayah sedut je. Takde geli-geli. Anak sendiri pun bukan anak orang lain". Erkk. Pernah la aku sedut jugak sekali dua tapi tak berjaya, lepas tu siap mengamuk anak aku. Skil takdo la. Hahaha.

So cara aku, aku TIARAPKAN anak aku tu walau dia tak suke. Tak sampai seminit mesti dia meronta dan nangis tak selesa. Mungkin sebab perutnya tersepit dan dia sesak kot (tu la anak, sape suruh perut tu buncit.ekekeke). Tapi aku biar jugak agak lama sikit, baru aku pusing balik pose berbaring. Tup-tup bile pusing, mesti ada hasilnya. hahaha. Mudah kan??

Mimik muka anak aku tiap kali di paksa tiarap. Marah benor.


P/s : ini hanya cerita merapu, kalau tak suke tak payah baca ye. hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan