Ahad, Mei 27, 2012

Pengalaman menyusu dan review breastpump - Unimom mezzo manual

Assalamualaikum...

Erm pengalaman mula-mula aku menyusukan anakku tidaklah semudah dan seindah ibu-ibu yang dengan mudah dah ada susu di awal tempoh bersalin. susu tu ada tapi cuma titis-titis je. dan aku terima tekanan sekeliling 'susu takde', 'baby tak kenyang'..aku dah alami sendiri..jadi di awal tempoh tu, aku terpaksa baby susu formula.have to.sebab anak aku pun nangis dan tak tidur lena.

Lepas 3 hari bersalin dan di urut oleh emakku, alhamdulillah dah rasa breast bengkak.start tu baru konfiden dah start proses susu.di samping emak aku bagi makan sayur yang banyakkan susu badan. antaranya daun cili, pegaga, betik muda, bayam, lobak putih (semua just sayur-sayur ok, masa dalam pantang aku kebanyakan cuma makan nasi+kuah sayur).rasa tekak takleh nak cakap ape la kan, redha!so tu yang banyak telan susu dutch lady/milo/susu hi-goat+biskut jacobs.so lepas dari tu susu pun ok.**tapi kadang-kadang tah nape aku rasa susu macam kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.huhu**

Masa terus berlalu dan now dah 2 bulan usia anakku abdullah asif, susu badan alhamdulillah cukup. Beberapa tips untuk yang baru melahirkan atau bakal ibu tentang penyusuan (if susu takde masa mula-mula) :
1-cuba mengurut (of coz bahagian dada)
2-keep on baby's sucking (walau takde susu,usaha je)
3-cari petua apa menu/makanan/sayuran yang boleh banyakkan susu
4-sentiasa alert dan kenali milk booster anda (macam aku tak boleh skip makan nasi, memang kalau aku tak makan nasi producing susu kureng)

**jangan takut gemuk, makan ajela apa ko nak (after pantang ye).so far aku dah turun lebih 13kg iaitu kenaikan masa aku mengandung.sekarang lebih kurus dari time kahwin dulu.setakat ni la kan sok lusa tak tau!hihi.

** gambar terbaru asif

Review breastpump pulak..........

Breastpump memang sinonim la dengan para ibu/bakal ibu kan? yang dah jadi ibu sekurang-kurangnya miliki satu, yang bakal ibu sibuk survey mana yang murah / mudah / berbaloi.. apa pun breastpump ni memang memudahkan ibu-ibu dari segi penyusuan badan ni, lagi-lagi yang tak reti marmet macam aku (kena belajar lagi!hihi).

Aku beli breastpump kalau tak silap lepas sebulan pantang kot.banyak sangat berfikir yang jenis mana nak di beli.survey sana sini lagi.at last aku pilih Unimom mezzo jenis manual.sebab apa?aku nak cuba dan sesuaikan diri dengan dunia pam-pam ni.hehe.ada terbaca unimom ni lebih kurang sama 'rasanya' dengan avent manual tu.dan aku terjumpala site One Baby World ni, dia jual set dengan botol susu,cooler bag,ice pack dsb.maka beli la secara online walaupun kedai tu kalau pergi adalah dalam setengah jam kot dari rumah kalau tak jem.

** set ni la yang aku pilih - RM 220

Pendapat aku :
1- memang best gila sebab sucking lembut je macam baby sucking, hasil banyak (tak macam breastpump akak aku yang tah ape-ape tu)
2- nak di cuci pun mudah, ringan
3- boleh fit jugak dengan botol autumnz set ni, so tak payah nak kena transfer susu tu after pump. botol susu lain belum try

Kalau beli pump aje harga RM 118, ada paling murah RM 90 kat page mana tah. so rajin-rajin la survey ok. kalau nak beli jenis ni memang tak rugi dan berbaloi. lepas ni nak beli yang jenis elektrik pulak insyallah. tak salah ade 2 or lebih sebab bagi aku menda ni sangat berguna. (kan kaum-kaum ibu..hehe)

** ni la breastpump akak aku tu. pakai sakit gile kau!nak tercabut tang tu.nak dapat 1oz menangis aku.rasanye peluh aku lagi banyak menitik gaknye.huhu.

12 ulasan:

  1. tgh pikir2 nk beli pump electric atau normal jer hehehe

    BalasPadam
  2. bb sy nak masuk 3bulan.dia x berapa nak susu perah.asyik tolak kuar je.huhu.ada tips x

    BalasPadam
  3. bazilah: if ada bajet, terus beli je yg elektrik.tak la penat perah.huhu.cuma kebaikan pam manual ni, dia tak pakai ape2 (bateri o elektrik) so kat mana pun blh beroperasi.hihi.

    tanpa nama: tips??huhu. sy pun mak budak yg baru belajar. insyallah ade info nti sy share ye.

    BalasPadam
  4. Singgah sini..tengah surrvey breast pump Unimom..thanks for the review ye..sgt2 membantu!

    BalasPadam
  5. Unimom mezzo jenis manual ni senang x nak pam? letih x tgn masa pam tu? ke sama mcm manual yg lain? bukan apa, sy ada pureen manual pye, punya lah ketat n susah nak pam. mtak pendapat. :)

    BalasPadam
  6. Pam ni memang best. serius! lenguh tu memanglah sebab manualkan?? tapi takdelah perlu tekan kuat, tekan soft2 je. breast pun takde rasa sakit.recommended la pada sapa nak cari manual punya.

    BalasPadam
  7. kalau yg elektrik dh survey pump mana?...review ok ke?..tq

    BalasPadam
  8. pump tu fit gn btol avent x er?

    BalasPadam
  9. yg elektrik sy belum try mana2.. :)

    pump ni fit dengan botol autumnz..

    BalasPadam
  10. Tq 4 entry,saya pun tgh survey gak ni..td terjatuh hati ngan brand pureen yg elektrik punya, 189 harganya..n satu lagi brand yg agak murah bagi pump elektrik setakat dok survey brand fiffy 159.. Tu la,tertanya2,apa beza pam2 ini..

    BalasPadam
  11. Tq 4 entry..mmg saya pun tgh survey psl breast pump ni.. Td jumpa 2 brand yg agak murah bagi elektrik pump,iaitu fiffy 159, pureen 189.. Tp x tau apa beza nya..

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas review.. Sy ade jmp breastpump manual mazzo unimom ni harga rm99.. Mmg confirm la amik ni.. Hehe

    BalasPadam