Jumaat, Julai 01, 2011

Fars review : Kad kahwin dan bunting

Assalam...

Malam ni nak review kad jemputan kahwin dan bunting majlis perkahwinan aku. actually vendor yang sama. servis ok sgt2! senang nak berurusan.


Ni la kad kahwin aku yang sangat simple ye. idok le meriah macam orang punye. but i likeee. :P


Aku tempah kad ni masa pegi event wedding di wangsa walk pada bulan 3/2011. 2 bulan lebih sebelum majlis. masa tu memang saje jalan2 dengan famili. tapi da bear in mind gak apa yang nak di fokuskan. so memang cuba nasib untuk tengok2 para vendor kad kahwin. tup2 jumpa la booth ni. bincang2 terus book dan bayar deposit. sebelum ni da survey2 lain gak secara online dan offline tapi tak kene pada bajet dan taste aku. hihi. proses selepas tu hanya melalui online. aku pilih contoh dan kaler aku nak then ber email2 la dengan designer/bos dia. edit2, draf2 then setel. yang best aku collect tak pegi kedai tu. aku minta jumpa dan drop depan ampang point je. hah memang senang la proses order kad kahwin aku ni. memang langsung takde masalah. alhamdulillah..

Bercerita tentang kos pulak (1000 pieces - 1 kad 2 pihak);

Kad : RM 300 / 1000 = 0.30
Envelope : RM 40 / 1000 = 0.04
Tambahan artwork maps : RM 30 / 1000 = 0.03

So harga sekeping jatuh RM 0.37 / net (takde caj lain lagi). sangat jauh dari bajet aku tetapkan. alhamdulillah berjimat lagi kan..






Bunting pulak order last minit. fikir2 takut ada macam was2 nak masuk sebab salah pasangan pengantin kan. hehe. ade da kes masa sedara aku kahwin. dia tanya penyambut tetamu pulak pengantinnya sape, memang salah orang. nasib dia tak duduk makan lagi. haha. sebagai tuan rumah kita tak kisah la, cuma tetamu tu yang rasa segan la kan. Kosnya RM 45. kalau beli lebih dapat murah lagi. tapi aku fikir apa sangat la sampai nak order banyak2 kan?? hihi. cumanya masa nak collect bunting ni ada masalah je. maybe sebab cuma order se, so macam banyak hal je nak jumpa dan drop tempat sama lagi. takpela. nasib baik adik aku dapat g amik masa hari aku nikah (sabtu tu). kalau tak, sia2 je tempah bunting ni.

Review ni sesuai la untuk sape2 yang bajet k. kalau rasa kad kahwin aku ni 'bodo-bodo', sila la abaikan. hanya membantu untuk orang yang memerlukan. bukan kad dan bunting je, banyak lagi produk dia macam paper bag, kotak doorgift dan macam2 lagi la.

Kat mana dan siapa aku order kad dan bunting ni?? ni dia.. aku bukan promote ok (takde apa2 hubungan antara aku dan mereka). pilihan d tangan anda. hihi.

>>> rajasehari2u

Tu saje.. tata.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan